Sabtu, Disember 19, 2009

Dilema Kad Kredit

Saya menggunakan kad kredit (CC) atas dasar berikut:-

- Keperluan tanpa bawa cash yg byk bila travelling atau outstation.Bengkel kereta pun guna CC.
- Menguntungkan pengguna jika ada rebet minyak, diskaun kat hypermarkat, reward bonuslink dll
- Sebagai tool mengurangkan interest overdraf (ODASB)
- Memudahkan pembayaran online bil utiliti spt celcom, syabas, tnb dan cukai pintu/tanah dll
- Boleh buat bayaran ansuran EPP 0% spt peralatan komputer
- Penyata CC adalah dokumen kemana duit keluar..cth Citibank utk minyak; Cimb utk hypermkt.
- Tiada yuran tahunan. Kalu adapun, dgn satu panggilan telefon dah boleh waive.


     Dan semestinya saya bayar penuh dan pastikan bayaran dilakukan 2-3 hari sebelum Due Date. Pembelian mengikut kemampuan/keperluan dan tak secara semberono. Koleksi CC pun dah byk. Pilih dan guna CC yg mempunyai tawaran/promosi bermusim yg menarik. E.g. diskaun/rebet 5-10% dihypermarket/stesen minyak tertentu. Mata reward CC yg terkumpul bole ditukarkan dgn barangan yg menarik. Bila CC expired, saya jadikan ianya kraftangan spt key-chain dan book marker yg cukup ekslusif (pasal tertera nama dan Gold/Platinum pulak tu).

   Penggunaan CC secara negatif; tanpa kawalan akan menyebabkan bebanan hutang yg terlampau. Akibatnya mulalah menambah CC yg baru secara Credit Balance Transfer. Tutup lubang lama, gali lubang baru. Kadar faedah CC cukup tinggi hingga 18% p.a atau 1.5% monthly. Inilah jerangkap samar yg dipasang Bank bagi mengaut untung riba jika gagal membayar penuh atau secara minima. Ramai dah jadi muflis.


   Bajet 2010 yg diumumkan PM amat mengecewakan  saya kerna cukai yg dikenakan mulai 1/1/2010 adalah RM50 bagi setiap pemegang CC, manakala supplementari RM25. Ini membebankan. Justeru itu saya perlu memilih CC yg memberi pulangan ROI (Return on Investment) melebihi kadar cukai CC tsbt. Pihak bank sbg operator CC ini pula mengambil langkah berdiam diri 'status quo', kononnya menunggu appeal mrk kpd pihak gomen. Tiada satupun operator CC ini yg confirm utk serapkan kos cukai gomen. Pengguna CC spt saya kini dlm Dilema.

Setelah menghubungi semua operator CC, saya telah mengambil langkah berikut:
- memilih CC yg perlu dibatalkan (pastikan mata rewards ditebus terlebih dahulu)
- mengfaxkan borang pembatalan CC (proses ini menyusahkan krn form tsbt datang dari bank), setengah CC just confirm cancel by phone jer. yg lain perlu dihantar surat.
- step seterusnya 'Potong' CC..
Takkkk, itu bukan pendekatan saya..Jadilah CC tu sbg himpunan koleksi kraftangan xclusif!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan