Ahad, Disember 20, 2009

Gaji Kakitangan Awam 2010


        Kita (keje gomen) sering teruja bila tibanya hari gaji..tentunya sudah bersedia membuat komitmen berbelanja. Dan ramai yg merungut kerana gaji habis terlalu cepat. Buatlah perancangan awal iaitu BAJET..
        Ingat! 10% dari gaji bersih adalah utk tabungan masa depan; mungkin dalam bentuk simpan Tabung Haji, ASB dll. Bagi memastikan komited utk tabungan ini paksalah diri buat secara potongan gaji. Gaji bersih yg terus masuk ke akaun bank itulah digunakan untuk perbelanjaan dalam bulan tersebut.
        Pastikan di kalangan kita juga mempunyai reserve (tabung kecemasan) dalam bentuk aset cair (tunai/asb/emas) yg bersamaan 6 bulan gaji bagi menghadapi saat2 yg tak terduga. Lebih2 lagi dalam suasana ekonomi negara yg masih suram ini. Pegawai bertaraf PKS, Sambilan dan Kontrak perlulah bersedia mencari alternatif sumber pendapatan yg lain. 'Sediakan Payung Sebelum Hujan' kerana 'Ku Sangka Panas hingga ke Petang, rupanya Hujan di Tengahari'..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan