Khamis, Disember 31, 2009

Hadiah Terakhir Anak

Petikan dari Harian Metro,30/12/09

Hadiah terakhir anak




SERAH...Rusli (dua dari kiri) menyerahkan cek kepada <br>Abdillah sambil disaksikan Ruzila (kanan), semalam.
SERAH...Rusli (dua dari kiri) menyerahkan cek kepada
Abdillah sambil disaksikan Ruzila (kanan), semalam.


KUALA TERENGGANU: “Mungkin wang ini hadiah terakhir daripada anak untuk kami, Insya-Allah, wang ini akan digunakan sebaik mungkin,’’ kata Ruzila @ Marizan Ishak, 42, ibu kepada seorang remaja, Amirul Azwan Abdillah, 16, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Kesom, Manir di sini, pada Aidilfitri keempat lalu.

Menurutnya, dia bersyukur dengan pemberian wang pampasan RM44,309.26 daripada Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) selepas mencarum dalam Pelan Pendidikan Anak-Anak (Sarjana) untuk anak keduanya itu sejak dua tahun lalu.

Katanya, walaupun wang berkenaan tidak dapat mengembalikan anaknya, namun ia tetap bermakna dan akan digunakan untuk pembelajaran dua lagi anaknya yang masih bersekolah.

‘’Wang selebihnya pula akan digunakan untuk mengadakan tahlil bagi mendoakan kesejahteraan arwah,’’ katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Petiti, Manir, dekat sini, kelmarin.


Harian Metro pada 26 September lalu melaporkan Amirul Hazwan yang menunggang motosikal Yamaha LC bertembung dengan sebuah motosikal LAIN di Kampung Kesom, Manir, dekat sini, jam 4.30 petang.


Mangsa yang cedera teruk di kepala dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan hari.

Sementara itu, Pengurus Agensi Kumpulan Etiqa Kuala Terengganu, Rusli Mejah, berkata ibu mangsa yang juga pencarum pelan itu diberikan pampasan berkenaan kerana penama meninggal dunia sebelum layak menerima wang terbabit pada usia ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak 70 peratus ibu bapa di negeri ini belum mencarum dengan mana-mana syarikat atau agensi insurans untuk anak mereka.

Katanya, masih ada ibu bapa yang tidak sedar pentingnya mereka menyertai polisi Sarjana Etika Takaful bagi menjamin masa depan anak masing-masing.

“Saya dapati kebanyakan pelajar yang mahu menyambung belajar terpaksa memohon pinjaman bank atau syarikat kredit bagi menampung kos pembelajaran mereka,’’ katanya

NOTA: Manfaat anda sebagai pembayar ialah :

1) Sekiranya si pembayar (ayah atau ibu) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, pihak eTiQa Takaful Berhad akan meneruskan sumbangan hingga tempoh matang.

Oleh itu simpanan pendidikan untuk anak tetap terjamin. Bagi pihak penjaga atau anak tidak perlu membayar sumbangan.

Dengan pelan eTiQa Takaful Sarjana ini, simpanan pendidikan untuk anak akan lebih terjamin selain ada perlindungan untuk anak. Selain itu faedah lain menabung di eTiQa Takaful Berhad, sudah dipotong zakat dan di selenggara oleh Majlis Pengawasan Syariah. Selain itu ada jugak pelan simpanan untuk individual.
* manfaat akan berubah jika umur meningkat tetapi jumlah simpanan untuk tempoh caruman adalah sama.
2) Pengecualian Pembayaran Cukai



Akta Cukai Pendapatan, 1976. Seksyen 49(1B) telah diperkenalkan mulai tahun taksiran 1996, untuk memberi potongan sejumlah yang tidak melebihi TIGA RIBU RINGGIT bagi premium yang dibayar bagi mana-mana insurans mengenai pendidikan dan manfaat perubatan atas nama individu, isteri individu atau anaknya.

 

"Tinggalkan Anak dan Isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"-Hadith Riwayat Al-Bukhari.

2bz4money:
Agak mengecewakan ibu bapa apabila kehilangan anak mereka tatkala baru menamatkan pengajian di peringkat siswazah. Dengan caruman takaful, dapat meringankan sedikit beban kewangan dan pulangan penat lelah membesarkan anak. Saya pastikan setiap anak saya mempunyai caruman takaful pendidikan sejak umur 6 bulan dengan caruman seminima RM50 sebulan. Sekiranya mempunyai 5 orang anak, anda perlu mengeluarkan RM3,000 setahun yang merupakan pelepasan cukai maksima untuk takaful pendidikan. 
"Sama Berlindung, Sama Beruntung".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan