Rabu, Disember 30, 2009

Insurans, Cukai Jalan, Lesen Memandu dan ..

Cukai jalan kereta saya akan tamat pada 7 Januari 2010. Manakala lesen memandu pula tamat pada 20 April 2010. Saya perlu bersiap sedia bagi memastikan kenderaan saya selamat dan saya menjadi pemandu yang sah. Kenderaan merupakan satu aset keperluan bagi menguruskan kehidupan secara lancar dan teratur. Bagi saya, memadailah kereta yang dapat membawa saya ke tempat yang dituju tanpa sebarang masalah yang besar. Untuk tujuan berulang alik bertugas di bandaraya seperti KL, pastinya Kancil memenuhi citarasa kos yang menjimatkan. Selain daripada jimat kos petrol, mudah bagi saya mendapat parkir dan meletak kereta. Juga saya hanya perlu membayar insuran dan cukai jalan yang rendah memandangkan ianya keluaran 1997.

Kekadang terdengar juga kata-kata yang menggesa supaya menukar kereta MPV dan baru; tak kiralah samada dari mertua, sahabat handai dan rakan sepejabat. Sememangnya saya sudah lali dengan sindiran tersebut. "Yang menanggung bayar ansuran bulanan nanti, aku gak sendiri..Tak der saper yang nak menolong kecuali tolong tumpang/pinjam/bawa". Sendiri pakai, sendirilah tanggung. Itu prinsip ku. Tak hairan bagi ku melihat kawan-kawan yang mundar-mandir dengan kereta MPV mewah mereka. Dan aku pun tak ingin tahu berapa banyak ansuran bulanan, insuran dan cukai kereta yang perlu mereka jelaskan.

Aku juga memiliki kereta Honda CB3 2.0i keluaran 1993. Syukur, kereta Kancil dan Honda telah bebas dari hutang. Cuma perlu pastikan penyelenggaraan rapi seperti penukaran minyak hitam, penjagaan bateri dan tayar mengikut jadual. Perlu juga kita mempunyai mekanik yang mahir serta worksyop yang dipercayai.  Rekod penyelenggaraan kereta disimpan rapi oleh worksyop yang mempunyai kemudahan tempat menunggu berhawa dingin serta bayaran secara kad kredit. Mekanik pula memberi cadangan bernas dan alternatif mengikut kemampuan kita.

Pihak insuran kereta telah memberi peringatan untuk memperbaharui insuran 2 bulan sebelum tamat tempoh perlindungan. Aku memilih coverage secara komprehensif bagi mendapat perlindungan menyeluruh dan ditambah perlindungan kos penyewaan kereta sekiranya berlaku kemalangan. Pihak insuran juga bagi kemudahan towing free. Bagi tahun 2009 ni saja, Honda aku ni dah 3 kali kena towing pasal bateri weak, distributor kong dan engine starter problem; biasalah kereta lama. Pada 15/12/09 lepas, aku telah menyempurnakan polisi baru kereta secara bayaran kad kredit. Amaun premium polisi agak rendah kerana menerima 55% NCD.

Pada jam 10.00 pagi, 30/12/09 aku selesai memperbaharui cukai jalan, lesen memandu dan pembatalan hakmilik kerajaan di JPJ, Bangi (Cawangan baru di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi) dalam masa yang singkat sahaja. Tahniah kepada  pegawai JPJ ini dan aku telah memberi rating * * * * *.


p/s: Daftarlah sebagai pengguna MyEG. Banyak kelebihannya seperti makluman status saman pdrm via e-mel, bayaran online MyEG untuk insuran dan cukai jalan diskaun hingga 30% dan lain-lain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan