Sabtu, Disember 19, 2009

Perlukah Menguruskan Kewangan?

Bila terantuk baru tengadah...berbelanja tanpa batasan, dapat pula kemudahan kad kredit percuma..harga barangan asas meningkat tanpa disedari..Shopping spree..YES, year end sales..promosi, dugaan bagi menarik minat pembeli...Kisah Benar Pengurusan Kewangan

-Ketika ini, ibubapa sedang sibuk menyediakan peralatan persekolahan anak2...
-Ketika ini, ada yg menggaru kepala menyediakan ongkos bayaran insuran/road tax bagi kereta baru jenis MPV yg bernilai lebih 100k..
-Ketika ini, ada yg termenung memikirkan macamana nak bayar hutang kos kenduri kahwin..
-Ketika ini, ada dikalangan kita sedang memikirkan kad kredit mana yg nak dipotong bagi elakkan cukai RM50.
-Ketika ini, yg beragama Islam, sedang mengira zakat pendapatan..mungkin ada yg buat2 x tahu..
Bagi yg pendapatan bulanan melebihi 3k semestinyabperlu bersiap sedia utk membayar income tax pada akhir bulan Mac tahun depan..


Fenomena berbelanja ini bermusim..yg kita sering lalui...sekiranya tiada perancangan awal, pasti ianya menjadi bebanan dan sesuatu yg menakutkan (dikejar Along)..sesuatu yg memalukan (kereta kena tarik atau perabut baru diusung keluar)..sesuatu yg menyusahkan (dihalau keluar rumah sewa)..sesuatu yg mengecewakan (putus tunang pasal lambat menikah, awek dah dikebas orang)..situasi ini akan lebih buruk sekiranya ia datang serentak ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga..setengah2nya  ambil jalan pintas yg dilaknat tuhan seperti bunuh diri..atau alami masalah mental.Inilah akibatnya jika tidak menguruskan kewangan dengan baik..Sudah Teratuk, Baru Tengadah...


Justeru itu, pengurusan kewangan peribadi adalah perlu..Saya akan melihatnya dari sudut pengalaman diri, pemerhatian, pembacaan dan perkongsian bistari bersama tuan/puan pengunjung blog 1Emas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan