Selasa, Disember 29, 2009

Promosi Kempen Kad Kredit

Petikan Utusan Online,

Promosi Kempen Kad Kredit MBF

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Memulakan tahun baru dengan berjimat memang sukar untuk dilakukan, lebih-lebih lagi dengan perbelanjaan yang semakin bertambah pada musim perayaan akhir tahun dan permulaan penggal baru persekolahan.


Kempen 'Pemindahan Baki Kuasa MBF Cards' menawarkan pemindahan baki kepada pemegang kad kredit, pada kadar faedah sifar peratus untuk 12 bulan, selain penjimatan segera sebanyak RM1,200 dan subsidi cukai perkhidmatan kad kredit RM50 berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Kempen yang dilancarkan oleh MBF Cards bertujuan menarik ahli kad baru yang mana mereka dapat menjimat beribu-ribu ringgit apabila memindahkan baki kepada kad MBF.
"Ini adalah satu kempen yang serba baru, mungkin juga yang pertama di dunia," kata Naib Presiden Kanan, MBF Cards, Rajjish Verronn dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

"Pemindahan baki ini sebenarnya menawarkan kemudahan kredit percuma untuk setahun, dan memberi kelonggaran kepada ahli kad untuk mengguna, membayar balik sebahagian atau sepenuhnya dan menggunakan semula kredit pada kad mereka sehingga jumlah pemindahan baki diluluskan pada kadar faedah sifar," katanya.

Misalnya, jika jumlah pemindahan baki yang diluluskan di bawah kempen itu ialah RM7,500 dan ahli kad memilih untuk membayar sepenuh jumlah yang belum dibayar pada bulan kedua, ahli berkenaan akan mempunyai pilihan untuk mengguna atau mengguna semula sehingga RM7,500 had kemudahan kredit yang disediakan pada kadar faedah sifar untuk baki 10 bulan.

Pada prinsipnya, ahli kad MBF Cards mampu menjimatkan wang apabila mereka menggunakan kad untuk perbelanjaan harian dan untuk membayar bil.

Komen 2bz4money: 
Cukai kad kredit (CC) RM50 mulai 2010 telah memberi kesan kepada pengguna untuk mengurangkan pemilikan CC mereka. Saya juga terpaksa membatalkan sebilangan besar CC antaranya yang melibatkan bayaran ansuran bulanan tanpa faedah. 

Antara perbelanjaan lain menerusi caj kepada CC yang tidak dapat dielakkan lagi pada akhir tahun adalah insuran kereta, penyelenggaraan kereta, yuran profesional dan zakat pendapatan. Jumlah terkumpul adalah $6,000. Nahhh..inilah kesempatan bagi menggunakan Pindahan Baki MBf. Secara tidak langsung, ianya adalah seperti bayaran ansuran mudah tanpa faedah selama 12 bulan. RM6k/12bulan=RM500bulanan. 

Saya juga diwajibkan membuat perbelanjaan tambahan sekurang-kurangnya RM300 sebulan; jika tidak akan dikenakan penalti RM20. RM300 bulanan dapat dipenuhi bila dicampuraduk perbelanjaan utiliti seperti Elektrik, Air, Internet & Telekomunikasi juga bayaran petrol serta membeli belah di hypermarket. Oleh yang demikian, saya boleh menyelesaikan semua bil-bil kad kredit tertunggak dengan jumlah RM800 (RM500+RM300) sebulan selama 12 bulan tanpa faedah! Tampak berhemah dan praktikal kan..

3 ulasan:

  1. Salam Tuan..
    Salam Ziarah..Semoga blog tuan dapat memberi ilmu kepada semua warga pencari ilmu..termasuk saya..

    PG
    pgcare.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Tahniah kerana merupakan individu pertama memberi komen di blog ini. Terima kasih juga kerana sudi singgah di sini. Semoga bermanafaat.

    BalasPadam
  3. tu belum kena "kes" dgn MBF lagi tu. kih kih kih

    BalasPadam