Khamis, Disember 31, 2009

Signifikan 4 Januari 2010

Pasti  hari Isnin, 4/1/2010 nanti ibu bapa akan bercuti untuk menyelesaikan hal-hal persekolahan anak mereka di sekolah. Manakala yang lain mungkin akan memulakan rentak 2010 dengan tekad dan azam yang membara.


Bagi pelabur ASB, mereka tersenyum kerana penantian selama setahun akhirnya berbaloi. Mereka bakal menuai dividen 2009 sebanyak 7.3% dan bonus sebanyak 1.25%. Ilustrasi trend Dividen/Bonus ASB bagi tahun 1990-2009 (ehsan fortunesense.blogspot.com) menunjukkan trend yang agak sekata mulai 2001. Namun jika dijumlahkan pulangan bonus dan dividen, ianya memperlihatkan sedikit penurunan.


Adakah tuaian dividen akan berakhir  pada tarikh 4 Januari 2010 sahaja? Tidak..ada banyak lagi produk PNB yang boleh dinantikan tuaianya seperti ASM (31 Mac 2010), ASD (30 Jun 2010), ASW (31 Ogos 2010) dan AS1M(30 September 2010).

Sekiranya berhasrat untuk mendapatkan dividen secara lebih kerap, sila buat conversion antara produk PNB pada 1 haribulan (hari bekerja sahaja) di pejabat ASNB. Kaedah ini sesuai bagi yang menyimpan menggunakan buku dan ianya dapat mengelakkan dari berlakunya  kerugian dividen bulanan. Contohnya, pada 1 Februari 2010, lakukan pindahan transaksi dari ASB ke ASM. Transaksi ini akan membuahkan hasil sebanyak 2/12 daripada dividen tahunan ASM pada 31 Mac 2010. Rancanglah pelaburan PNB anda secara berhemat dan praktikal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan