Rabu, Disember 30, 2009

Tunaikan Zakat & Dapatkan Rebet Cukai 2009 - 1 Hari Lagi


 "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)
 
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)

         Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki. 

Sudahkah anda menjelaskan ZAKAT bagi tahun ini? Tahniah sekiranya
anda telah menunaikan tanggungjawap berzakat. Sekiranya masih belum
menunaikannya anda masih mempunyai 1 hari lagi. Tarikh akhir bayaran
zakat bagi mendapatkan rebet cukai LHDN ialah 31 Disember 2009.


Bagaimana Mengira Zakat Pendapatan Saya?

Bagi mengira Zakat Pendapatan bagi tahun ini pihak LZS menyediakan
Kalkulator Zakat Pendapatan di http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp.@ di link pada Tools Kewangan.

Bagaimana Membuat Bayaran Zakat?

Bagi menjimatkan waktu dan memudahkan cara bayaran, LZS telah berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pembayaran zakat untuk semua. Dari panggilan telefon sehingga ke kaunter bank, wakil kami sedia membantu anda.

Kesemua usaha ini untuk memastikan tiada seorang pun yang layak berzakat memberi seribu satu alasan untuk mengelak atau dikecualikan dari menunaikan salah satu rukun Islam ini.


Bayaran zakat boleh dibuat melalui 23 buah kaunter LZS yang dibuka
dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Pada 31 Disember kaunter-kaunter
akan dibuka dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Senarai kaunter-kaunter
boleh didapati di http://www.e-zakat.com.my/baru/organisasi/kaunter.asp

Tiada Kemudahan Bayaran Zakat Secara Online?

Ada. Kini zakat boleh dibayar secara online di http://www.e-zakat.com.my/eZakatPay.
Resit bayaran zakat akan diposkan ke alamat yang diberikan.

Kemudahan-kemudahan lain boleh didapati di http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/cara%20bayaran.asp

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan sila hubungi talian khidmat
pelanggan di 03-5522 7777 atau layari http://www.e-zakat.com.my
 
Sekian dan Salam Maal Hijrah. 
 
2bz4money:
Petikan artikel ini telah diambil daripada e-mel dan laman web LZS. Alhamdulillah saya telah menyelesaikan urusan Zakat Pendapatan di kaunter LZS, Kajang pada jam 9.00 pagi 30/12/09. Sebelum itu saya telah mengira zakat pendapatan  menggunakan Tools Kewangan di sebelah kanan blog ini.
 
Urusan secara bersemuka di kaunter LZS memudahkan kita memperolehi resit rasmi dan membuat bayaran menggunakan kad kredit islamik (amex tidak boleh, hanya visa & mc sahaja). Sekiranya kad kredit bermasalah, kita boleh membayar menggunakan kad ATM yang mempunyai logo Bankcard. Bermakna tidak perlu membawa tunai. Disamping itu kita diberi kalendar hijrah yang lengkap dengan waktu solat di Selangor.

Mungkin kita boleh gunakan  juga perbankan internet tetapi resit  diterima secara pos sahaja. So, apa ditunggu lagi, cuma tinggal sehari sahaja lagi. Bersihkanlah pendapatan anda, sucikanlah jiwa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan