Sabtu, Januari 23, 2010

CUEPACS MINTA NAIK GAJI

Harakah Daily,Sabtu, 2010 Januari 23
HUJAH TV9: CUEPACS MINTA NAIK GAJI UNTUK ELAK RASUAH

oleh Azamin Amin

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata dengan kenaikan gaji oleh kerajaan di antara 10 hingga 40 peratus itu juga secara tidak langsung dapat memotivasi kakitangan awam demi meningkatkan produktiviti serta memperbaiki mutu serta penyampaian maklumat kerajaan kepada awam dengan lebih berkesan.
 
"Saya percaya nak hapuskan secara terus memang susah tetapi sedikit demi sedikit, sama ada rasuah dan produktiviti akan dapat diperbaiki jika tuntutan kenaikan gaji ini dipenuhi," katanya dalam Rancangan Hujah di TV9 semalam. Selain beliau, ahli panel lain adalah Presiden Fomca M. Marimuthu Madison bagi membincangkan topik yang bertajuk :'Kenaikan gaji kakitangan awam, kesan dan kewajarannya'dan rancangan tersebut dipengerusikan oleh Profesor Agus Yusoff.

"15 tahun dahulu kita tidak pernah mendengar keluhan dan bantahan, tetapi sekarang dari masa ke sama, gaji tidak semak, sara hidup makin tinggi dan masyarakat mempertikaikan.Produktiviti menurun, rasuah berlaku dan rangking rasuah kita naik," katanya lagi. Katanya statistik Cuepacs mendapati, kakitangan kerajaan atau individu yang bergaji RM5,000 ke atas,53 peratus daripadanya terlibat dengan rasuah manakala 30 peratus terlibat dengan gejala itu terdiri daripada yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.Bagi yang bergaji RM1,500 ke bawah pula sebanyak 18 peratus terbabit dalam rasuah dan kenaikan gaji diharap dapat menghapuskan gejala ini secara berperingkat termasuk dapat meningkatkan kualiti serta matlamat minda kelas pertama akan tercapai, katanya lagi.

Marimuthu turut menegur sikap kerajaan selama ini yang sering membiarkan satu-satu perkara atau isu terlalu lama tanpa sebarang semakan dan kajian dibuat dan ini turut berlaku terhadap gaji kakitangan awam, begitu juga dengan barangan keperluan dan makanan.
Tanpa sebarang kajian yang betul maka kenaikan harga barang akan dilihat naik secara mendadak dan secara tidak langsung dianggap akibat daripada kenaikan gaji kerajaan.
"Seperti harga gula, sudah 15 tahun tak semak. Dan kita perlu tahu kos kehidupan semakin meningkat, kita bukan negara pengeluar makanan dan kita bergantung penuh daripada sumber negara luar," katanya. "Jika disemak sudah tentu harga barangan ini akan dinaik secara sedikit demi sedikit tidak akan berlaku seperti sekarang mendadak naik," katanya.

 
Beliau turut menambah masalah gaji yang tidak mencukupi ini akan menimbulkan masalah sosial yang lain seperti tekanan perasaan yang kemudiannya menjurus ke arah perbuatan bunuh, bunuh diri, curi dan rompak yang berpunca daripada tidak cukup pendapatan. - mr

5 ulasan:

  1. Adie@019-9829025
    Salam,
    sering kali saya perhatikan salah satu kerja cuepacs adalah mintak naik gaji, dan tren ini mungkin berterusan kita akan dengar sampai la bila-bila. Cuma saya ada terfikir mungkin betul rakan -rakan kita buat cadangan cuepacs perlu kaji pendekatan lain selain dari mintak gaji lebih tu. Andaikata gaji diberikan banyak mana pun, still tak cukup jugak. Mungkin CUEPACS perlu laksanakan program seperti AKPK.bagi kesedaran tentang pengurusan kewangan. itu yang lebih baik.ILMU FIRTS.

    BalasPadam
  2. Terimakasih Adie atas pandangan bernas sdr. Kursus kesedaran kewangan mcm AKPK telah pun dilaksankan di Institut Tadbiran Awam Negara, Bukit Kiara dalam bentuk modul Pengurusan Kewangan Peribadi.

    Tuntutan gaji yang diminta Cuepacs bergantung kepada suasana ekonomi negara seperti apabila berlaku inflasi, kenaikan harga barangan dan servis serta kenaikan ketara harga petrol tidak lama lagi. Ini juga sejajar dengan model ekonomi baru negara ke arah pendapatan tinggi di mana produk pengilangan/perkhidmatan akan dijual dengan harga yang tinggi mengikut harga pasaran dunia. Sila rujuk N3 sebelumini yg bertajuk 'rakyat-perlu-sedia-bayar-lebih'

    BalasPadam
  3. Bukan tak cukup gaji..tapi bila gaji naik, upgrade sana-sini...gaji banyak mana pun tak cukup kalau sikap macm tu.

    BalasPadam
  4. x patut war2 kan dlm media massa mende ni.

    salah ke kalau isytihar guna pekeliling je?

    diorg ni x sedar ke ade effect kat harga barang?

    ingat, bukan semue rakyat malaysia yang keje kerajaan.

    jadi, kenaikan tu bukan 100% rakyat malaysia (yg layak bekerja) dapat rase.

    tapi, bile harga barang naik, 100% rakyat malaysia rasa.

    CUEPACS kene lebih rasional, walaupun memang keje diorang jage kepentingan gomen servant, tapi kene jugak consider kesan2 lain untuk rakyat yang x berkhidmat dengan kerajaan.

    BalasPadam
  5. alasan naik gaji utk elak gejala rasuah tak sesuai la,,,,, gaji naik banyak mana pun kalau tak de berkat nye tak akan cukup wallahualam

    BalasPadam