Rabu, Januari 06, 2010

Daftar Naik Haji 2029



Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.
Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, maka tertubuh Lembaga Tabung Haji pada tahun 1962.-Petikan Wikipedia

7 Kelebihan & Faedah Menyimpan Di Tabung Haji

1. SYIAR ISLAM - Melaksanakan Sistem Kewangan Islam
2. ZAKAT - Zakat perniagaan dibayar bagi pihak pendeposit
3. HALAL - Simpanan dilabur menepati tuntutan syarak
4. BONUS - Bonus yang kompetitif
5. PENGECUALIAN CUKAI - Bonus dikecualikan cukai pendapatan
6. DIJAMIN - Simpanan dijamin oleh kerajaan
7. KEKERAPAN PENGELUARAN - Pengeluaran wang tanpa had kekerapan

2bz4money:
Walaupun saya dan isteri telah lama membuka akaun di LTH, namun kami tak perasan bahawa amaun yang disimpan telah bercambah dan mencukupi untuk daftar naik haji iaitu sekurang-kurangnya RM1,300. Maka pada hari Selasa, 5/1/2010, kami berdua didaftarkan untuk menunaikan haji pada tahun 2029; iaitu 19 tahun lagi!

Jangan berlengah-lengah lagi untuk mendaftar, giliran seterusnya akan mengambil masa yang panjang..

1 ulasan:

  1. Tahniah Tuan..2029 tu rasanya sama dengan saya tu sebab saya pun baru daftar 2 bulan lepas. Xpe kerana semuanya bermula dengan niat.....besok2 kalau duit dah cukup boleh follow up dengan TH utk percepatkan tarikh (mana tahu rezeki)

    Untuk makluman bersama, transaction TH boleh juga dibuat melalui ATM Bank Islam & Bank Rakyat. Kalau ada 2 kad ATM ni, pengeluaran dan pindahan duit boleh dilakukan melalui ATM tanpa perlu pergi ke TH outlet (info drp TH officer)

    BalasPadam