Isnin, Januari 04, 2010

e-Rokok & Harga Minima Rokok RM6.20


MStar OnlineAhad Januari 3, 2010
Rasa Dan kelihatan Seperti Rokok Tetapi .....


PETALING JAYA: Kita ada e-kerajaan, e-kasih, e-pembayaran dan banyak lagi. Kini, senarai itu turut diisi oleh e-rokok, satu cara elektronik untuk menghentikan tabiat merokok.

Alat itu kelihatan dan rasa seperti rokok. Asap yang dihembus keluar juga kelihatan seperti asap yang sebenar. Tetapi itu sahaja persamaan di antara rokok sebenar dan e-rokok.

E-rokok tidak berbau dan tidak berasap serta tidak akan membunyikan alat pengesan asap.

Ia juga dilengkapi alat pengecas, bateri,katrij dan pemipit. Bahagian kartrij, bateri dan gabus dipasang sekali agar e-rokok kelihatan seperti sebatang rokok biasa.

Sementara itu, apabila pengguna menyedut dengan menggunakan e-rokok, aliran udara dikesan dengan bantuan sensor.

Sebuah mikropemproses kemudiannya akan mengaktifkan gabus yang menukar kandungan nikotin kepada kepulan gas berwap. Kabus wap ini disedut oleh pengguna tersebut.

Salah seorang pengguna e-rokok, Raja Faisal Raja Hishan Shah berkata, selain menjimatkan kos, alat tersebut juga dapat menghindarkan perokok dari terus merokok.

“Pengguna e-rokok dapat menjimatkan kos RM70 hingga RM75 tanpa membeli rokok biasa. Ia jauh lebih murah dan selamat kalau dibandingkan dengan rokok biasa,” tambahnya.

Walaubagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tidak ada kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan e-rokok yang dikatakan dapat menggalakkan perokok-perokok menghentikan tabiat atau mengawal tabiat mereka.

“Mungkin ini adalah salah satu cara untuk menhentikan tabiat merokok. Saya berharap ia dapat menghilangkan ketagihan mereka.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesahkan keadah ini kerana kekurangan data tetapi apa yang penting adalah isu amalan merokok akan membahayakan kesihatan,” tambahnya.

Menurut Liow, nikotin masih akan membahayakan kesihatan.

“Walaupun e-rokok tidak mengandungi 4,000 lagi bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam rokok biasa,” ujarnya.

Katanya, e-rokok perlu didaftarkan di bahagian farmaseutikal di kementeriannya kerana mengandungi nikotin.

Sementara itu, Presiden Pesatuan Perubatan Malaysia, Dr. David Quek pula berkata e-rokok merupakan satu ‘gimik industri.’


Penguatkuasaan Harga Rokok Minima RM6.20 Mulai 1 Januari 2010 (Petikan Bernama 28/10/09)

Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang peningkatan golongan perokok terutamanya remaja.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan tersebut turut dipersetujui pejabat Peguam Negara dan telah diwartakan untuk dilaksanakan awal tahun depan.

"Kerajaan perlu menetapkan harga minimum rokok bagi menyukarkan perokok terutamanya remaja daripada mendapatkan bahan itu. Selain itu ia juga bertujuan mengawal lambakan rokok-rokok murah yang mungkin memasuki negara ini selepas Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dikuat kuasakan pada Januari tahun depan.

"Kementerian telah menghantar cadangan melaksanakan peraturan harga minimum tersebut kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk pertimbangan dan pihak AG telah bersetuju untuk mewartakan cadangan tersebut dengan penguatkuasaannya akan bermula awal Januari tahun depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.


Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak.

Liow berkata dengan jumlah tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, adalah cukup penting untuk harga minimum ini dikuatkuasakan.

Beliau berkata dengan penguat kuasaan ini, kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah perokok selain mengawal kemasukan rokok-rokok seludup yang dipercayai mempunyai kadar toksid yang lebih tinggi daripada rokok yang dibenarkan.


"Umum telah tahu kesan daripada merokok, di mana asap rokok itu sendiri mempunyai lebih daripada 4,000 bahan toksik yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit paru-paru dan jantung.

"Jadi usaha kerajaan ke arah pengawalan tabiat merokok adalah dengan memastikan rokok susah untuk didapati di pasaran," katanya.

Liow berkata, walaupun kerajaan sedar kesan daripada merokok, tetapi kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyekat atau menghapuskan terus penjualan rokok di negara ini.

"Dengan jumlah tiga juta perokok yang ada, adalah mustahil untuk kerajaan menghapuskan terus penjualan rokok...kita perlu fikirkan kaedah lain. Jadi kaedah terbaik yang dirasakan sesuai ialah mengawal kemasukan rokok dengan menguatkuasakan harga minimum," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tetap melakukan inisiatif lain untuk mengurangkan jumlah perokok sedia ada dengan menawarkan pelbagai cara antaranya menyediakan klinik berhenti merokok serta membuat iklan besar-besaran sepertimana iklan dimuatkan di kotak-kotak rokok. - Bernama

 


 












2bz4money:
Selepas je kuatkuasa harga minima rokok, muncul pulak e-rokok..Pelbagai kaedah untuk berhenti merokok seperti pil, gula-gula nikotina dll. Cara berhenti merokok yang paling berkesan secara holistik adalah dengan menerima fatwa pengharaman merokok. 

Dari sudut kewangan, berapa banyakkah penjimatan RM sekiranya seorang perokok yang merokok 1 kotak sehari berhenti merokok?
- Sehari RM6.20!
- Sebulan RM186.00!
- Setahun RM2,232.00!
- Sepuluh tahun RM22,320.00!


Sekiranya penjimatan RM186.00 sebulan  dilaburkan ke dana PNB secara potongan gaji mulai 1 Januari 2010 dengan pulangan minima 7%,  Jumlah pelaburan terkumpul seperti pada
- 31/12/2010 (hujung tahun ni)= RM2,318.00!

- 31/12/2020 (sepuluh tahun lagi)= RM32,381.57! Woww..



Kisah benar seorang penghisap rokok tegar, 2 kotak sehari telah berhenti merokok 12 tahun yang lepas, dan telah menikmati pulangan penjimatan seperti ini. Penjimatan lain pulak adalah kos rawatan perubatan atas sebab merokok dapat dihindarkan pada jangka masa hadapan serta menikmati kehidupan yang lebih sihat dan cergas. Ianya praktikal dan berhemah dari sudut kewangan, bukan..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan