Sabtu, Januari 09, 2010

Free Trial Offers..Jangan Terperangkap




Kita sering menerima e-mel dan pop-out mesej di internet yang menawarkan “free trial” offers bagi mencuba perisian yang tampak menarik, “free report” dan ianya adalah PERCUMA!  Berhati-hatilah  dengan onlinemarketer yang kemudiannya mengenakan bayaran pendahuluan apabila tempoh PERCUMA telah tamat. Untuk membaharui pakej yang telah tamat tempoh, caj akan dikenakan terus ke kad kredit samada secara bulanan atau tempoh-tempoh berkala yang tertentu. Scam sebegini memerangkap pengguna untuk membayar pakej tawaran melalui kad kredit tanpa disedari...Akhirnya anda terpaksa menanggung beban kewangan 'percuma'



Sekiranya sudah menjadi mangsa, anda perlu menghubungi segera pihak pengeluar Kad Kredit untuk 'reverse' atau batalkan transaksi urusniaga tersebut.

Ingat! Jangan dedahkan maklumat kad kredit  anda sebelum memastikan kesahihan empunya laman web, online marketer, produk/barangan/perkhidmatan dan terma syarat perjanjian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan