Ahad, Januari 10, 2010

Hanya RM1 di Klinik 1Malaysia



Pada 7 Januari 2010, KLINIK 1Malaysia dilancar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur dan serentak dengan itu juga sebanyak 44 buah lagi klinik serupa memulakan operasinya. Kehadiran klinik itu menggembirakan rakyat jelata kerana kedudukannya yang dekat dengan kediaman mereka, selain dapat menjimatkan kos mendapatkan rawatan kesihatan. Akses untuk perkhidmatan kesihatan pada kadar kos yang paling minimum iaitu RM1, iaitu yang termurah di dunia atau boleh disifatkan sebagai hampir percuma.

Pesakit tidak perlu tunggu lama kerana Klinik 1Malaysia akan memberikan layanan pantas. Dalam keadaan ini, Kementerian Kesihatan mendapat untung kerana boleh mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan asas

Klinik 1Malaysia akan beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dan masa perkhidmatan adalah dari pukul 10 pagi hinggga 10 malam dengan dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah rawatan ringan seperti batuk, demam dan selesema, rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma, prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan serta khidmat nasihat kesihatan


Rangkaian klinik-klinik 1Malaysia adalah seperti berikut

PERLIS (Jan 1)
1. Klinik 1Malaysia Kangar, No 6 Grd Floor, Jalan Lintasan Kangar, Taman Pertiwi, Kangar
KEDAH (Jan 6)
1. Klinik 1Malaysia Bandar Puteri Jaya, No 41, Grd Floor, Jalan BPJ 1/1, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani
2. Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari, No 208, Jalan Kota Kenari 3 shophouses, Taman Kota Kenari, Kulim
PENANG (Jan 6)
1. Klinik 1Malaysia Jelutong, 116, Grd Floor, Jalan Jelutong
2. Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar, No 6, Kedai 1 Tingkat, Lorong Teluk Air Tawar 14, Butterworth
3. Klinik 1Malaysia Batu Kawan, No 19, Lorong Cempaka 1, Taman Cempaka, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan
4. Klinik 1Malaysia Sungai Ara: 2A1, Tkt Kenari 5, Taman Desa Ria, Sungai Ara Bayan Lepas
(Jan 7)
5. Klinik 1Malaysia Alma Jaya, No 38, Grd Floor, Lorong Alma Jaya 11, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam
PERAK (Jan 8)
1. Klinik 1Malaysia Teluk Intan, No 1, Taman Medan Maharaja, Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan
2. Klinik 1Malaysia Bandar Seri Iskandar, No 32, Blok D, Bandar Seri Iskandar shophouses, Perak Tengah
3. Klinik 1Malaysia Aulong, No 51 dan 53, Jalan Medan Bersatu, Taman Medan Bersatu, Taiping
4. Klinik 1Malaysia Bercham, No 6A1 dan 10, Persiaran Medan Bercham 7, Pusat Bandar Bercham Timur, Ipoh
SELANGOR (Jan 7)
1. Klinik 1Malaysia Lembah Subang, No 112 dan 113, Blok A, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya
(End of January)
2. Klinik 1Malaysia Seri Setia, Community Hall, Jalan 230, Seksyen 51 A, Petaling Jaya
3. Klinik 1Malaysia Puchong Intan, Multipurpose Hall, Jalan 1, Puchong Intan, Batu 12, Puchong
4. Klinik 1Malaysia Kota Kemuning, Sri Nevilia Hardcore Poor Housing Programme, Kota Kemuning, Shah Alam
5. Klinik 1Malaysia Taman Samudera, Taman Samudera, Batu Caves
KUALA LUMPUR (Jan 4)
1. Klinik 1Malaysia Perkasa, B01, Blok B, Perkasa People’s Housing Programme, Jalan Nakhoda Yusof, Kampung Pandan
2. Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, B01 , Kuala Lumpur City Hall Quarters, Jalan Pantai Permai 1, off Jalan Pantai Dalam
3. Klinik 1Malaysia Taman Melati, Gombak Community Centre, Taman Melati
4. Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, B005, PPR Intan Baiduri, Kepong Utara, Mukim Batu, Kepong
5. Klinik 1Malaysia Desa Rejang, Blok B00, PPR Desa Rejang, Setapak
NEGRI SEMBILAN (Jan 7)
1. Klinik 1Malaysia Taman Rasah Jaya, No 3773 (Grd Floor), Jalan RJ611, Taman Rasah Jaya
2. Klinik 1Malaysia Taman Seremban Jaya, No 2294 (Grd Floor), Jalan SJ10/1, Taman Seremban Jaya
3. Klinik 1Malaysia Taman Semarak 2 Nilai, PT 5742 (Grd Floor), Jalan TS 2/1E, Taman Semarak, Nilai
MALACCA (Jan 7)
1. Klinik 1Malaysia Taman Merdeka, Batu Berendam, No 39, Jalan M1, Batu Berendam
2. Klinik 1Malaysia Bukit Katil, 17, Jalan IKS, Bukit Katil
3. Klinik 1Malaysia Sri Pengkalan, Alor Gajah, KM 4615, Jalan Samarinda 2, Taman Samarinda, Pengkalan, Alor Gajah
JOHOR (Dec 28)
1. Klinik 1Malaysia Taman Megah Ria, No 15 dan 15A, Jalan Bayan 37/2, Taman Megah Ria, Masai
(Jan 4)
2. Klinik 1Malaysia Taman Manis, No 392, Jalan Manis 17, Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulaijaya, Kulai
3. Klinik 1Malaysia Stulang Laut, Blok G, Sri Stulang 1 Flat, Bakar Batu, Johor Baru
4. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Alam, Blok A, Sri Alam Flat, Masai, Johor Baru
5. Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, JKKMB Hall, Taman Seri Lambak, Kluang
PAHANG (Jan 1)
1. Klinik 1Malaysia Kempadang, No 2E, Lot 4629, Kampung Kempadang, Kuantan
2. Klinik 1Malaysia Padang Jaya, Grd Floor, B32, Kampung Padang Jaya, off Jalan Sungai Lembing, Kuantan
3. Klinik 1Malaysia Temerloh, No 12, Grd Floor Jalan Pak Sako 4, Bandar Sri Semantan, Temerloh
TERENGGANU (Jan 3)
1.Klinik 1Malaysia Bukit Payong, Marang, No 8216, Tkt Bawah, Permint shophouses, Bukit Payong, Marang
(Jan 6)
2. Klinik 1Malaysia Wakaf Baru, Kuala Terengganu, Lot PT30712, Wakaf Baru, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu
3. Klinik 1Malaysia Binjai, Kemaman, GM562, Lot 1190, Mukim Binjai, Kemaman
KELANTAN (Jan 8)
1. Klinik 1Malaysia Sri Cemerlang, Lot 348, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27, Kota Baru
(Jan 3)
2. Klinik 1Malaysia Jelawat, Lot 34, Bandar Jelawat, Bachok
3. Klinik 1Malaysia Pengkalan Batu, Lot 633B, Kampung Pengkalan Batu Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas
SABAH (End of January)
1. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Indah Tawau, Lot 334, TB 15058, Batu 10, Jalan Apas, Tawau
(Jan 6)
2.Klinik 1Malaysia Bundusan Square, Lot 67, Grd Floor, Blok H, Bundusan Square, Penampang
(Jan 7)
3. Klinik 1Malaysia Sandakan, Lot 7A dan 7B, Grd Floor Blok B Bandar Leila, Jalan Leila, Sandakan
(Jan 15)
4. Klinik 1Malaysia Kota Kinabalu, Lot 37, Grd Floor, Blok E, Fasa 2 Sulaiman Sentral, Kota Kinabalu
SARAWAK (Dec 31)
1. Klinik 1Malaysia Jalan Teku, Sibu, Lot 302, Blok 7, Teku Road, Sibu
(Jan 4)
2. Klinik 1Malaysia Matang Jaya, Lot 9746, Seksyen 65, KTLD Taman Lee Ling, Jalan Matang, Kuching
(Jan 5)
3. Klinik 1Malaysia Taman Tunku, Lot 2350, Blok 5, LLD Jalan Kuching, Taman Tunku, Miri
4. Klinik 1Malaysia Sungai Plan, S/L 517, Sungai Plan, Tanjung Kidurong, Bintulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan