Khamis, Januari 14, 2010

Makan Untuk Hidup atau Hidup Untuk Makan



Sekiranya anda memilih frasa yang pertama iaitu Makan Untuk Hidup ianya membawa maksud makan dalam kuantiti mencukupi bagi memastikan badan dan minda yang sihat. Manakala frasa Hidup Untuk Makan bermakna kehidupan yang meletakkan makanan sebagai keutamaan dari yang lain-lain. Tidak dipersoalkan lagi, makanan adalah asas keperluan dalam kehidupan. Banyak belanja seharian yang kita habiskan untuk makanan. Dari aspek pengurusan kewangan, terdapat pelbagai cara untuk menjimatkan perbelanjaan makanan.

Beli atau sediakan  sendiri makanan di rumah. Kosnya amat berbeza sekali bergantung kepada kuantititi makanan yang perlu disediakan. Bagi makanan  nasi campur (RM1) berlaukkan ikan (RM2) dan sayur (RM0.50) dengan harga RM3.50 untuk makan tengahari seorang. Adakah berbaloi sekiranya menyediakannya sendiri. Kos pengangkutan ke pasar/kedai mini harian RM2, Beras 1kg RM2.00, Sayur seikat RM0.50, Bawang RM0.50, Ikan seekor RM1.00, Minyak masak RM3, Gula, garam & kunyit RM5.00. Kos menyediakan sendiri sahaja sudah melebihi RM10.. Tapi kos menyediakan makanan akan menjadi lebih murah bagi keluarga yang besar...



Beli atau sediakan sendiri makanan di pejabat. Memandangkan tugasan pejabat  perlu diberi keutamaan, penyediaan makanan yang ringkas dan segera menjadi pilihan. Bagi berjimat sediakanlah makanan yang ringkas dan mengenyangkan. Bagi pilihan sarapan pagi, anda boleh membeli sebungkus roti RM3 dan kaya RM2 yang boleh digunakan selama 3 hari. Atau nasi lemak RM1.20 atau bihun goreng RM1 menjadi pilihan. Manakala minuman boleh disediakan sendiri di pantri pejabat menggunakan milo segera. Bagi pilihan makan tengahari, memadai pakej makanan RM3.50 menjadi pilihan.

Makan dahulu di rumah sebelum membeli belah. Ini tips yang boleh diamalkan bagi mengelakkan diri dari terpaksa makan di luar yang agak mahal dan tiada banyak pilihan apabila kelaparan. Pastikan ada membawa bekalan air minuman sendiri (dimasak di rumah) apabila keluar dari rumah.

Membeli lauk/sayur bermasak pilihan dan nasi dimasak di rumah. Kaedah penjimatan ini amat bersesuaian bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa menyediakan masakan.



Makan di luar. Cuba elakkan dari makan di restoran/kedai makan kerana kos yang tinggi terutamanya harga minuman yang mahal.

Makanan segera sejuk beku. Ianya  semakin diminati terutamanya karipap,samosa, onde-onde,pau dan pizza. Bandingkan harganya sekiranya menyediakan sendiri.

Sediakan stok makanan secara bertani. Buka buku hijau. Biasa kita lihat tanaman serai, pandan, kunyit, cili di dalam pasu bunga. Sayuran seperti bendi, kangkung, terung dan tomato pun dah banyak ditanam di kawasan perumahan.


Berdikari, Memasak Sendiri, Mencuba Pelbagai Resepi. Inilah cara paling menjimatkan. Dengan kemahiran memasak yang ada, anda juga boleh mendapat pendapatan sampingan. Contohnya dengan menjual nasi lemak/bihun goreng/karipap/pau  di pejabat.

Makanlah untuk kesihatan... Badan Sihat, Minda Cerdas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan