Jumaat, Januari 08, 2010

Mata Ganjaran Keahlian


 
Sejak 10 tahun lepas, saya tidak pernah membeli tuala mandi! Bukan kerana saya tidak mampu membelinya atau tak menggunakannya..Tapi saya mendapatkannya saya percuma!
Ya, secara penukaran mata ganjaran BonusLink di kedai stesen minyak Shell. Dengan mata ganjaran terkumpul yang mencukupi saya bukan sahaja boleh menukarkannya dengan tuala mandi malah pelbagai barangan lain seperti windbreaker, payung, porch bag, tumbler dan lain-lain lagi.
 

Kad keahlian BonusLink diberikan secara percuma dan pendaftarannya agak mudah di mana-mana stesen minyak Shell.  Mata ganjaran diperolehi secara swipe ketika melakukan transaksi di mesin ATM petrol atau di kaunter bayaran. Ianya tidak terhad dengan produk Shell sahaja malah dengan pembelian barangan/perkhidmatan syarikat tertentu yang mempunyai afiliasi dengan BonusLink.

Inilah juga kaedah praktikal yang memberi penjimatan wang untuk mendapatkan barangan/perkhidmatan secara percuma..


Sila rujuk laman web http://www.bonuslink.com.my/ untuk keterangan lanjut


1 ulasan: