Rabu, Januari 13, 2010

Semak Sebelum Melabur



BERNAMA 12 Januari, 2010 12:49 PM
Semak Sebelum Berlabur, Nasihat Suruhanjaya Syarikat

Oleh Intan Norashikin Mohd Ariffin

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Orang ramai dinasihati menyemak senarai syarikat yang menawarkan skim pelaburan dengan agensi kerajaan dalam bidang berkaitan bagi mengelak daripada ditipu, kata Pengarah Kanan Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhammad Redzuan Abdullah.

Beliau berkata jika sesebuah tawaran pelaburan berkaitan bidang pertanian, pelabur dan pengusaha boleh merujuk pejabat-pejabat pertanian untuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu tentang kemajuan dan kemampuan syarikat tersebut beroperasi.

Muhammad Redzuan berkata langkah itu penting bagi mengelak kejadian seperti yang berlaku terhadap 3,000 pelabur penternakan cacing di Kulim, Kedah yang kerugian lebih RM25 juta, berulang.

Beliau memberitahu Bernama SSM tidak boleh melakukan penyiasatan dan mengganggu operasi sesebuah syarikat selagi tiada dakwaan rasmi dibuat.

"Bagaimanapun, untuk kes ini, SSM segera membuat penyiasatan, dan jika sabit kesalahan, penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd, boleh didakwa mengikut akta syarikat, sekali gus dikenakan denda atau dipenjara," katanya.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas, SSM berjaya menyelesaikan 30 daripada 61 aduan yang melibatkan 161 jenis pelaburan skim berkepentingan iaitu yang mirip dengan pelaburan penternakan cacing.

Muhammad Redzuan berkata kes-kes penipuan berlaku kerana sesebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM tidak melaporkan aktiviti operasi perniagaan sebagai proses pemantauan.

"Bukan kita yang sepatutnya bertanggungjawab memantau sesebuah syarikat, namun kita boleh mengenakan hukuman jika mendapati ada syarikat yang melanggar undang-undang yang diperuntukan mengikut akta SSM," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Roseley Khalid dalam kenyataan pada Isnin, berkata kementerian itu menyediakan senarai nama syarikat yang berkemampuan menawarkan pakej latihan dan berupaya memasarkan suatu produk.

Beliau berkata Jabatan Pertanian tidak terlibat dengan mana-mana wakil syarikat pelaburan tetapi hanya memberikan khidmat nasihat teknikal bagi membantu pengusaha mengurangkan kos pengeluaran.

Dalam laman web MOA, tersenarai 58 usahawan dan syarikat yang dipantau oleh kementerian itu.



Lebih 3,000 Pelabur Tertipu RM25 Juta Dalam Skim Ternakan Cacing
KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kirakira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari. Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd di Kilang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lepas kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000.Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.


Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008. Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.
Ketua Polis daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu.


Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lepas.
Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus.
"Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lepas," kata Omar.

2bz4money:
Semak sebelum melabur ataupun dipanggil 'due diligence'  ke atas penganjur pelaburan terlebih dahulu sebelum membuat komitmen bayaran..


What Does Due Diligence - DD Mean?
1. An investigation or audit of a potential investment. Due diligence serves to confirm all material facts in regards to a sale.

2. Generally, due diligence refers to the care a reasonable person should take before entering into an agreement or a transaction with another party.
Investopedia Says
Investopedia explains Due Diligence - DD
1. Offers to purchase an asset are usually dependent on the results of due diligence analysis. This includes reviewing all financial records plus anything else deemed material to the sale. Sellers could also perform a due diligence analysis on the buyer. Items that may be considered are the buyer's ability to purchase, as well as other items that would affect the purchased entity or the seller after the sale has been completed.

2. Due diligence is a way of preventing unnecessary harm to either party involved in a transaction.

Catatan 2bz4money setengah jam selepas menghantar entri di atas
tadi pagi aku dapat panggilan telefon drpd seorang wanita  yang menawarkan skim simpanan yang memberi pulangan 12% tahunan dan hanya boleh dikeluarkan apa tahun ke 10. beliau mendesak aku menerima skim ini dengan pengesahan telefon sahaja di mana kad kredit aku secara automatik akan ditolak 2 bulan ansuran, manakala perjanjian akan dihantar dalam tempoh 3 hingga 4 minggu. bila aku minta berjumpa, dia taknak dan menyatakan proses skim ini hanya disahkan melalui telefon.  kesimpulannya, jangan mudah tergoda dgn pulangan/dividen/bonus 'istimewa' yg ditawarkan. buatlah due diligence atau semak sebelum melabur..

1 ulasan:

  1. adehhh, ni kes selalu jadi. sendiri kena hati2 penat2 keje kumpul duit. silap2 ilang camtu jerr

    BalasPadam