Ahad, Februari 28, 2010

Perokok Tak Cerdik?


Are non-smokers smarter than smokers?

NEW YORK (Feb 24, 2010): Cigarette smokers have lower IQs than non-smokers, and the more a person smokes, the lower their IQ, according to a study of over 20,000 Israeli military recruits.

Dr. Mark Weiser and colleagues from Sheba Medical Center in Tel Hashomer found that young men who smoked a pack of cigarettes a day or more had IQ scores 7.5 points lower than non-smokers.

"Adolescents with poorer IQ scores might be targeted for programmes designed to prevent smoking," they conclude in the journal Addiction.

While there is evidence for a link between smoking and lower IQ, many studies have relied on intelligence tests given in childhood, and have also included people with mental and behavioral problems, who are both more likely to smoke and more likely to have low IQs, Weiser and his team noted.

To better understand the smoking-IQ relationship, the researchers looked at 20,211 18-year-old men recruited into the Israeli military.

The group did not include anyone with major mental health problems, because these individuals are disqualified from military service.

According to the researchers, 28% of the study participants smoked at least one cigarette a day, around 3% said they were ex-smokers, and 68% had never smoked.

The smokers had significantly lower intelligence test scores than non-smokers, and this remained true even after the researchers accounted for socioeconomic status measured by how many years of formal education a recruit's father had completed.

The average IQ for non-smokers was about 101, while it was 94 for men who had started smoking before entering the military.

IQ steadily dropped as the number of cigarettes smoked increased, from 98 for people who smoked one to five cigarettes daily to 90 for those who smoked more than a pack a day.

IQ scores from 84 to 116 are considered to indicate average intelligence.

Recruits aren't allowed to smoke while intelligence tests are administered, the researchers said, so it is possible that withdrawal symptoms might affect smokers' scores.

To address this issue, they also looked at IQ scores for men who were non-smokers when they were 18 but started smoking during their military service.

These men also scored lower than never-smokers, 97 points, on average) "indicating that nicotine withdrawal was probably not the cause of the difference," the researchers said.

The researchers also compared IQs for 70 pairs of brothers in the group in which one brother smoked and the other did not. Again, average IQs for the non-smoking sibling were higher than for the smokers.

The findings suggest that lower IQ individuals are more likely to choose to smoke, rather than that smoking makes people less intelligent, Weiser and his team conclude. -
Reuters
Updated: 12:30PM Wed, 24 Feb 2010 

2bz4money:
Do you feel silly when you're smoking?

Jumaat, Februari 26, 2010

Service Charges Abolished

 

Friday February 26, 2010   By ZUHRIN AZAM AHMAD newsdesk@thestar.com.my

To improve the delivery system, the Malaysian government has abolished three types of application charges. The government has abolished three types of application charges in its efforts to improve delivery system, reduce red tape and ease public’s burden.

The abolished charges are for forms, processing and to obtain approval which ranged between RM1 and RM50. Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) Director General Datuk Normah Md Yusof said so far, 30 agencies had stopped collecting charges for the forms.

Normah said all government agencies are advised to provide free forms via their websites. On the other hand, agencies also are urged to widen their online services. Through this online service, all communities can easily get free forms very fast without dealing directly with the agencies.She said it is expected that all government agencies will widen their online services from time to time.

 2bz4money:
Kalu nak jimat dalam urusan dgn gomen, semak dulu di laman web agensi berkenaan, download dan isi borang yang diperlukan..

Dua Hadhari Yang Disyaki Haram!

SSM serbu dua syarikat disyaki tawar skim pelaburan haram

24/02/2010 8:55pm

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Dua syarikat yang disyaki menawarkan skim kepentingan yang tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada orang ramai, diserbu SSM di sini semalam.

SSM, dalam kenyataan hari ini, berkata, melalui siasatan yang dilakukan, syarikat berkenaan iaitu Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. dan Hadhari Agro Holding Sdn. Bhd. dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur di dalam satu skim yang dikenali sebagai ”Projek Pembangunan Usahawan”.

"Menurut aduan yang diterima SSM, para pelabur yang telah melabur dalam skim tersebut tidak menerima pulangan yang dijanjikan oleh pihak pengurusan syarikat.
"Ia juga mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 yang melarang sesiapa yang merupakan pegawai atau agen syarikat yang memperolehi apa-apa wang sama ada untuk syarikat, diri sendiri atau orang lain secara menipu atau berjanji palsu dengan niat untuk memperdaya,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur skim tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Bernama

2bz4money:
Biz online/offline  sama jugak risiko utk tertipu..Cluenya, untung besar dan cepat..

Rabu, Februari 24, 2010

Inflasi Naik.. Utiliti Naik?

Indeks Harga Pengguna Januari naik 1.3% kepada 113.2

24/02/2010 6:43pm

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Januari 2010 meningkat 1.3 peratus kepada 113.2 daripada 111.7 dalam tempoh yang sama tahun lepas. Bagi Disember 2009, IHP, yang digunakan untuk mengukur inflasi, menyaksikan pertambahan 1.1 peratus tahun atas tahun.

Jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya, indeks Januari 2010 mengukuh 0.2 peratus, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini. Pertambahan ini adalah ekoran meningkatnya indeks bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan, masing-masing 1.2 peratus dan 1.4 peratus daripada setahun yang lepas dan sebanyak 0.2 dan 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya iaitu Disember.

Kenaikan ini disebabkan oleh kenaikan dalam semua kumpulan utama kecuali indeks Pakaian & Kasut (-0.7 peratus) dan Komunikasi (-0.4 peratus), kata jabatan itu.
Kenaikan paling ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks Makanan & Minuman bukan Alkohol ( 1.2 peratus); dan Perumahan, Elektrik, gas dan Bahan Api lain ( 1.1 peratus), katanya.

Kenaikan indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol adalah hasil daripada kenaikan indeks Makanan di Rumah ( 0.8 peratus); Makanan Di Luar Rumah ( 2.1 peratus); dan Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( 0.4 peratus). Antara subkumpulan Makanan di Rumah yang mengalami kenaikan signifikan dalam tempoh ini ialah gula, jem, madu, coklat dan manisan ( 7.4 peratus); buah-buahan ( 2.3 peratus); daging ( 1.3 peratus); beras, roti & bijirin lain ( 0.7 peratus); dan ikan & makanan laut ( 0.6 peratus).

Jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP bagi Januari disebabkan peningkatan oleh kumpulan utama seperti Pendidikan ( 0.8 peratus); Pakaian & Kasut ( 0.6 peratus) dan Kesihatan ( 0.3 peratus), sementara tiga kumpulan utama yang lain terdiri daripada Minuman Alkohol & Tembakau; Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api lain, dan Komunikasi kekal tidak berubah. – Bernama

---

Isu tarif air: Kerajaan Selangor sedia ke mahkamah

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia berdepan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan syarikat utiliti itu menaikkan tarif air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Syabas melalui firma guaman Tetuan Cheang dan Ariff menghantar surat bertarikh 12 Februari lalu menuntut Kerajaan Selangor membayar sejumlah RM339 juta sebagai pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Kerajaan negeri menerima nasihat daripada panel peguam berhubung perkara itu dan mendapati Syabas tidak layak membuat tuntutan sedemikian kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menghalang sebarang usaha atau cubaan untuk menaikkan tarif air di Selangor.

"Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa Syabas melanggar beberapa perkara penting dalam perjanjian konsesi dan perkara itu diperakui oleh Jabatan Audit Negara. Perlanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan untuk menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengelakkan kenaikan tarif air.

Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kerajaan negeri membuat tawaran munasabah untuk pengambilalihan itu supaya Syabas mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk dijadikan suntikan modal dan membuat pelaburan.

"Kerajaan negeri berpendapat tiada sebab untuk Syabas menuntut bayaran pampasan jika syarikat utiliti itu menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri. Sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan tiga pihak iaitu kerajaan negeri, pemegang konsesi dan Kerajaan Pusat," katanya.

Abdul Khalid berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan tarif air dan akan terus menyimpan hak sebagai pembekal air mentah. - Bernama

----

Tarif elektrik masih dipertimbangkan: Kementerian

PUTRAJAYA: Kertas cadangan mengenai tarif elektrik masih dalam pertimbangan Kabinet dan tiada sebarang pengumuman mengenainya, hari ini, demikian pengumuman Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air

Pengumuman itu bagi menjelaskan kenyataan Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, semalam bahawa kementeriannya sudah menyerahkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan dan mengumumkan sama ada akan berlaku kenaikan kepada tarif elektrik, hari ini.

2bz4money: 
Nampaknya pengguna akan mula 'suffer' secara perlahan kenaikan ini. Desas-desus kenaikan harga petrol juga akan terasa. Pelaksanaan GST 4% pertengahan 2011 menambahkan lagi derita pengguna. OPR akan dinaikkan oleh BNM nanti yg akan mendukacitakan peminjam2.Bersiap sedialah..kurangkan perbelanjaan yg 'mahal', tingkatkan income sampingan..

Jumaat, Februari 19, 2010

Tertinggi: Bank Rakyat catat untung pracukai RM1.55b

UtusanOnline 19/02/2010 3:10pm

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.55 bilion bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2009, peningkatan sebanyak 25.6 peratus berbanding RM1.234 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Jumlah ini dicapai dengan kenaikan 18.3 peratus dalam pendapatan kasar kepada RM3.783 bilion daripada RM3.197 bilion pada 2008.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pencapaian keputusan berkenaan terutama disebabkan keseluruhan pendapatan yang lebih tinggi daripada semua segmen perniagaan dan kos dana yang baik."Jumlah ini merupakan keuntungan tertinggi yang dicatatkan dalam masa 55 tahun operasinya,” kata beliau pada majlis pengumuman prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat di sini hari ini.

Susulan prestasi cemerlang berkenaan, bank mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus berjumlah RM299 juta yang akan dibayar kepada anggota mulai 22 Februari, kata Ismail Sabri. Pendapatan bersih Bank Rakyat selepas pengagihan untung kepada pendeposit berkembang sebanyak 28.4 peratus kepada RM2.61 bilion, dirangsang oleh pertumbuhan kukuh berterusan dalam pembiayaan berkualiti, deposit dan peningkatan berterusan dalam kualiti aset.

Pendapatan daripada pembiayaan berjumlah RM3.396 bilion berbanding dengan RM2.804 bilion pada 2008, di mana 93.4 peratus adalah daripada perbankan pengguna, manakala perbankan komersial menguasai 6.6 peratus jumlah pendapatan pembiayaan. Ia juga mencatatkan asas fi sebanyak RM81.7 juta, peningkatan 41.6 peratus, berbanding dengan RM57.7 juta pada tahun sebelumnya, di mana 65.6 peratus datang dari fi khidmat wasiat, komisyen bagi Takaful dan Mesin Teler Automasi (ATM).
Jumlah aset Bank Rakyat berkembang sebanyak 21.3 peratus atau RM8.9 bilion kepada RM50.6 bilion sehingga akhir tahun lepas, dipacu kebanyakannya oleh pertumbuhan dalam pembiayaan. – Bernama

Komen 2bz4money : Good Debts via Pinjaman Peribadi yg digunakan untuk pembelian saham ketika waktu dahulu terus memberi pulangan hasil yg cukup lumayan.. Dividen tunai yg boleh dikeluarkan terus via Kad ATM wajar dipindahkan pula ke akaun Tabung Haji untuk meraih lebih dividen. Ianya praktikal..

Ahad, Februari 14, 2010

Penipuan Siber e-Perbankan


Cybersecurity: Penipuan siber e-perbankan meningkat di Malaysia KUALA LUMPUR, Feb 14 — Cybersecurity Malaysia mengingatkan pengguna internet supaya berwaspada apabila menerima e-mel dari institusi bank dengan meminta mendedahkan maklumat peribadi bagi mengelak ia digunakan untuk tujuan khianat oleh pihak tertentu. Pengguna menerima e-mel dari bank meminta mengemaskinikan butiran peribadi, mengaktifkan semula akaun perbankan dalam talian atau menyertai dalam kaji selidik yang menawarkan ganjaran RM200. Mereka yang menerima e-mel dengan pesanan seperti itu dinasihatkan supaya memadamkannya kerana dengan menjawab soalan itu mereka mungkin menjadi mangsa penipuan penjenayah siber yang kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Husin Jazri, berkata menjawab pesanan itu dengan memasukkan butiran peribadi seperti nama akaun perbankan dalam talian dan kata laluan merupakan percubaan untuk mencuri wang dalam akaun pemegang.
Oleh kerana laman web palsu itu menyerupai laman web bank yang sah, maka pelanggan terpedaya dengan memasukkan butiran peribadi sulit dan dengan itu nama dan kata laluan pemegang akaun dapati dicuri tanpa disyaki,” katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya, tahun lepas, Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima sebanyak 3,564 aduan mengenai insiden penipuan dalam internet iaitu meningkat 68 peratus aduan berbanding tahun sebelumnya. Husin berkata laman web palsu dibangunkan sama seperti laman web bank terkenal tempatan dan penghantaran e-mel dengan menggunakan soalan yang menyakinkan untuk pelanggan membuka hubungan kepada laman web palsu itu.

Bank tidak pernah tanya pelanggannya khususnya pengguna e-perbankan untuk mengemaskinikan akaun, mengubah semula kata laluan atau butiran peribadi menerusi e-mel,” katanya. Husin berkata pihaknya, sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kini mengawasi keadaan itu dan bekerja rapat dengan Polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan menyediakan sokong teknikal cara mengatasi ancaman siber ini.Katanya kegiatan penipuan siber semakin menonjol setiap tahun dan dianggap salah satu ancaman besar dalam negara dan kerajaan mengambil langkah untuk memerangi jenayah siber dengan menubuhkan CyberSecurity Malaysia dan penggubalan Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSP).

Katanya dalam usaha mendidik masyarakat dan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan internet, CyberSecurity telah membangunkan program ‘CyberSAFE’ di mana orang awam boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan internet dalam portal di alamat www.cybersafe.my. Pengguna internet yang ingin mendapatkan nasihat dan sokongan teknikal boleh menghubungi CyberSecurity di Pusat Bantuan Cyber999 di alamat e-mel cyber999@cybersecurity.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . — Bernama

Mangsa Samun & Implikasi Kewangan

Semalam, isteri saya telah menjadi mangsa samun ragut sewaktu memandu pulang di Jalan Reko, Kajang ke rumah. Syukurlah tiada berlaku apa-apa kecederaan pada beliau dan juga anak-anak. Cuma selepas kejadian tersebut, beberapa langkah perlu diambil bagi mengelakkan implikasi kewangan yang lebih memudaratkan sekiranya berlaku kehilangan barangan berharga. Antara tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:


Segera Buat Laporan Polis
Bagi tujuan penggantian kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit/atm bank dan lain-lain dokumen penting dan barangan berharga perlulah mempunyai bukti salinan  report polis. Pastikan semua barangan hilang/disyaki hilang disenaraikan dalam laporan report tersebut. Ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kad pengenalan dan juga lesen memandu bagi kegunaan permohonan pinjaman/paspot.

Hubungi Pihak Bank/Kad Kredit Dengan Segera 
Anda boleh mendapatkan nombor telefon pihak bank melalui laman web dan meminta pihak berkenaan menyekat/membatalkan transaksi kad. Walaupun  nombor pin dirahsiakan, namun kemungkinan kad-kad anda tersebut boleh diklon. Dengan ini, semua transaksi kredit dan atm dapat dihentikan serta merta.

Hubungi Telco Operator Telefon Bimbit
Sekiranya kehilangan telefon bimbit, sekat penggunaan nombor telefon tersebut dan hubungi juga pengeluar model telefon untuk tidak mengaktifkan sistem telefon tersebut. Ini dapat mengurangkan kos telefon secara pasca bayar.

Pasca Kejadian, Penukaran Dokumen
Musibah daripada kejadian ini akan melibatkan stress emosi/trauma dan implikasi kewangan tambahan seperti denda dan penalti pengganti dokumen yang baru. Bersedialah menerima keadaan ini sebagai satu dugaan duniawi dan bersyukurlah sekiranya tiada kejadian yng lebih buruk berlaku..

Jumaat, Februari 12, 2010

Shell Winner to Buy House

NST ONLINE 2010/02/11

ALOR STAR: Housewife Raziana Ismail is getting a new home soon, courtesy of Shell Malaysia, for her husband has won first place in the company's RM100,000 Weekly Cash Contest.



Amran Yusof, 43, said he was lost for words when he was informed that he was the contest's Week 9 grand prize winner last week.

"I have never won any contest before," he said after receiving a RM100,000 cheque from the firm's retail manager, Calvin Eng, at a Shell petrol station in Simpang Ampat yesterday.

The auxiliary policeman said the win was timely since Raziana had recently expressed her wish for a better home for their four children.

2bz4money:
Cubalah, sekurang-kurangnya ada peluang untuk menang..ianya mudah $ praktikal!

Khamis, Februari 11, 2010

Enjoy Toll-Free And Discounts

TheStarOnline,Tuesday February 9, 2010

Motorists to enjoy toll-free and discounts during CNY period

By YUEN MEI KENG and ZANI SALLEH

newsdesk@thestar.com.my
KAJANG: Motorists using the Kuala Lumpur-Karak and the East Coast highways will not be charged any toll for certain hours in conjunction with the Chinese New Year celebrations while other highways will offer discounts of between 5% and 20%.
Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said the move was a gesture of goodwill or “ang pow” to motorists returning home to celebrate the Chinese New Year on Sunday.

The toll-free periods are between 11.30pm on Feb 11 and 4.30am on Feb 12, and between 11.30pm on Feb 15 and 4.30am on Feb 16.
Among other highways that are offering discounts on Feb 14 are the North-South Highway (PLUS), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sprint Highway, New Pantai Highway (NPE), Putrajaya Highway, Duke Highway, Kesas Highway, Silk Highway and Besraya Highway.

In PETALING JAYA, PLUS Expressways Bhd managing director Noorizah Abdul Hamid said highway users will be given a discount of 20% when they used PLUS highways between midnight and 7am during the Chinese New Year holidays.
Cars, excluding taxis, will be given an additional 10% discount on top of the existing 10% rebate given everyday during the off-peak hours. “The discount will be given on Feb 10, 11, 12, 17, 18 and 19 in conjunction with the celebrations,” she said in a statement yesterday.

The discount will be applicable at the North-South Expressway, Seremban-Port Dickson Highway, ELITE and Linkedua but excluded toll plazas near the borders such as Tanjung Kupang, Johor Baru Causeway and Bukit Kayu Hitam.The additional festive season toll discounts are offered during Hari Raya, Chinese New Year, Deepavali and Christmas to reflect the 1Malaysia concept. PLUS has spent almost RM20mil on toll discounts since PLUS Travel Incentive programme was introduced in January last year.

Joy for road users
Toll Free
> Kuala Lumpur - Karak Highway
> East Coast Highway
Discount on tolls
> North-South Expressway
> Seremban – Port Dickson Highway
> North-South Expressway Central Link
> Malaysia-Singapore Second Link Expressway
> Lebuhraya Damansara Puchong
> Sprint Highway
> New Pantai Highway
> Putrajaya Highway
> Duta-Ulu Kelang Expressway
> Shah Alam Expressway
> Silk Highway
> Besraya Highway
Applicable to certain hours only

2bz4money:
Rancangkan perjalanan percutian anda dengan lebih jimat dan berhemat. Berhati-hati memandu di jalanraya!

Rabu, Februari 10, 2010

Penipuan Pelaburan Kopi Tiam

Pengarah Eksekutif Didakwa Menipu
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah eksekutif Syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd dan anak lelaki yang juga pengarah syarikat tersebut, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang terhadap tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan 93 pelabur lebih RM1 juta. Kedua-dua mereka, Teow Wooi Huat, 44, dan anaknya, Teow Chee Chow, 21, didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di syarikat tersebut di Pandan Indah antara 1 Januari 2008 dan 28 Februari 2009.

Dalam pertuduhan pertama, mereka didakwa dengan niat menipu dan memperdayakan 93 orang untuk membuat pelaburan dalam program "Island Red Cafe" di mana pelabur itu telah membayar sebanyak RM1,040,400 kepada syarikat tersebut. Anak beranak itu juga telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965, dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka juga menghadapi pertuduhan kedua dengan didakwa sengaja melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(d) Akta Syarikat 1965, iaitu mempelawa orang awam untuk mendepositkan wang berjumlah RM21,320,100 ke dalam akaun syarikat itu bagi tujuan memasuki program 'Island Red Cafe' untuk tempoh lima tahun.Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(8) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Anak beranak itu turut menghadapi pertuduhan ketiga iaitu menawarkan kepada orang awam untuk membeli saham syarikat melalui satu program yang dikenali sebagai 'Program Island Red Cafe', walhal sewaktu tawaran itu dibuat ia bukanlah perniagaan biasa yang menjalankan perniagaan jual-beli saham.Jika sabit kesalahan yang dibuat mengikut Seksyen 363(5) akta yang sama, mereka boleh didenda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

Hakim Noradidah Ahmad membenarkan Wooi Huat diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin warga negara Malaysia, manakala anaknya Chee Chow, RM80,000 dengan dua penjamin. Noradidah menetapkan 9 Mac depan untuk sebutan bagi membolehkan mereka melantik peguam.Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azmi Ariffin, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

2bz4money:
Tiada jalan singkat menuju kekayaan. Berhati2 dgn pelaburan saham dan perkongsian perniagaan.

Sindiket Pelaburan Emas

ARKIB Utusan Online : 09/02/2010

Sindiket pelaburan emas: 60 individu dakwa rugi RM25j

09/02/2010 6:44pm

PULAU PINANG 9 Feb. – Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lepas selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata, setakat ini, polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.

"Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000."Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga."Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya.

Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menguruskan urusan jual beli emas. Katanya, setakat ini, pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu. – Bernama

2bz4money:
Hati-hati bila membuat pelaburan. Pastikan due diligiance dilakukakan. Pelaburan saham koperasi juga ada yg bermasalah seperti Kopraha. Melaburlah di tempat yg selamat. Diversifikasi pelaburan anda.

Isnin, Februari 08, 2010

Penyewa Dajal

Penyewa dajal

Oleh Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/02/05
AMPANG: “Disebabkan penyewa saya yang terpaksa menanggung bebannya,” kata Jaafar Abdul Aziz, 69, pemilik rumah teres setingkat di Ampang Jaya, dekat sini, yang menanggung akibat apabila diminta membayar bil elektrik rumah sewa miliknya berjumlah hampir RM10,000.
TERTUNGGAK
...Jaafar menunjukkan bil elektrik hampir RM10,000 lebih yang tidak mampu dilangsaikan.
TERTUNGGAK ...Jaafar menunjukkan bil elektrik hampir RM10,000 lebih yang tidak mampu dilangsaikan. 

Menurut Jaafar, bil elektrik terakhir pada November lalu RM9,650.05 dan sekarang dijangka semakin bertambah.

Katanya, rumah yang disewakan sejak lebih 10 tahun lalu kini dipotong bekalan elektrik sejak Ogos tahun lalu selepas penyewa berpindah empat bulan sebelum itu.

“Penyewa sekarang menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.

“Saya tidak sangka akan jadi begini kerana penyewa bayar sewa tiap-tiap bulan tanpa tertunggak dan saya yakin dia membayar bil lain tanpa masalah,” katanya.

Jaafar berkata, dia bertanggungjawab untuk melangsaikan tunggakan bil berkenaan, tetapi ia membebankan kerana pendapatan yang tidak seberapa sebagai pesara kakitangan awam.

“Pencen kerani RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kehidupan harian saya sekeluarga apatah lagi untuk membayar jumlah sebanyak itu,” katanya.

Jafaar mempersoalkan tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik rumah terbabit hanya selepas lebih 10 tahun ia tertunggak dan tidak memotongnya sebelum tunggakan mencecah ribuan ringgit. “Kalau TNB ambil tindakan dari awal keadaan ini tidak akan berlaku dan setahu saya paling lama pun bil tertunggak tiga bulan sebelum bekalan dipotong,” katanya.

Menurutnya, bagi menyelesaikan masalah terbabit dan bekalan elektrik disambung semula untuk penyewa baru dia ke TNB Kuala Lumpur di Menara THSelborn.

Dalam perbincangannya dengan TNB, dia membuat perjanjian untuk membayar secara ansuran 10 bulan bagi menyelesaikan segala tunggakan, namun tidak berkemampuan untuk membayar bil berkenaan.

Katanya, selepas membuat perjanjian terbabit, bekalan elektrik disambung semula pada September lalu dan penyewa baru hanya membayar bil semasa.

“Walaupun berjanji nak bayar ansuran, saya masih tidak mampu melaksanakannya dan saya khuatir bekalan akan dipotong semula serta jumlah tertunggak semakin bertambah.

“Saya minta TNB untuk selesaikan masalah ini secara baik dan mempertimbangkan untuk beri sedikit kelonggaran atau diskaun,” katanya.

Sementara itu, jurucakap TNB, berkata pihak ibu pejabat maklum mengenai perkara terbabit dan menjalankan siasatan.

“Mengikut siasatan awal dan rekod kami, bekalan ke rumah pengguna itu pernah dipotong pada 2007, namun pengguna membuat penyambungan semula secara haram. “Pengguna juga membuat pertukaran nama bagi akaun yang dimaksudkan dan tunggakan bagi akaun lama dipindahkan ke akaun baru terbabit,” katanya.

Katanya, pihak TNB akan melakukan siasatan mengenai masalah terbabit.

Menurutnya, terbaru pengguna ada datang berjumpa pegawai Kawalan Kredit TNB KL Pusat bagi tujuan pembayaran secara ansuran.

Ahad, Februari 07, 2010

Panduan ICAEW Bantu Perniagaan

KORPORAT

UtusanOnline, ARKIB : 04/02/2010

Panduan ICAEW bantu perniagaan

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) telah menerbitkan panduan untuk membantu perniagaan di Asia Tenggara mengambil peluang terhadap keyakinan global terhadap ekonomi mereka.
Panduan yang bertajuk From Survival to Sustainability itu memberi penekanan terhadap tujuh strategi utama perniagaan.
Strategi tersebut melibatkan persediaan menghadapi pemulihan, merancang pada masa hadapan, mencari pasaran baru dan sebagainya.
Pengarah Serantau ICAEW Asia Tenggara, Mark Billington berkata, pengekalan perniagaan melibatkan operasi yang memberi kesan orang ramai dan masa hadapan.
''Ia mengambil kira pandangan jangka panjang, serta membangunkan perniagaan dan ekonomi yang membolehkan perkembangan perniagaan dan melindungi sumber,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Tambah Billington, akauntan bertauliah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan perniagaan boleh kekal dan pemulihan ekonomi dapat memberi peluang serta cabaran.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.icaew.com/southeastasia.

Sabtu, Februari 06, 2010

Rakyat IMalaysia Yang Berintegriti

Bernama,03 Februari, 2010 19:56 PM
Rakyat IMalaysia Yang Berintegriti
Oleh Rohana Mustaffa

Sempena pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat di Melaka 4 Feb

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- "Jangan Cemarkan Imej Badan Berkanun" ialah antara beberapa siri peringatan yang disalurkan kepada penjawat awam melalui MY INTEGRITI, Informasi Integriti Secara Maya, yang dibangunkan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Peringatan itu merujuk kepada peraturan tata tertib yang meminta penjawat awam supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama baik badan berkanun seperti berkhalwat, berkelakuan sumbang, menerima dan memberi rasuah, terlibat dengan kegiatan jenayah dan dadah serta melakukan gangguan seksual.

Baru-baru ini peringatan yang disampaikan melalui MY INTEGRITI, ialah lebih semasa. Ia merujuk kepada pekeliling perkhidmatan awam tahun 2009 yang melarang penjawat awam daripada menyertai Skim Cepat Kaya.

Penjawat awam diingatkan tentang ciri-ciri Skim Cepat Kaya seperti janji kadar pulangan yang tinggi, tidak realistik, tidak berdaftar dengan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau pihak berkuasa lain, pelaburan yang bebas daripada risiko, pelan atau aktiviti pelaburan yang menyalahi undang-undang.

Peranan MY INTEGRITI secara yang tersirat ialah menyokong satu daripada lapan nilai murni yang mendukung konsep 1Malaysia - Integriti.

Jumaat, Februari 05, 2010

Mahu Cepat Kaya..

Petikan BHarian 4/2/10..
Mahu cepat kaya, suri rumah ditipu RM80,000

KUALA LUMPUR: Hanya kerana ingin menukar nasibnya menjadi lebih kaya, seorang suri rumah kerugian RM80,000 apabila ditipu seorang bomoh palsu yang menjanjikannya peluang menjadi kaya melalui nombor ekor. Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata mangsa yang dikenali sebagai Miss Low, 50, dari Sungei Way dekat sini menerima satu risalah di pagar rumahnya pada Mac tahun lalu dengan iklan tertera peluang untuk mengubah nasib.

Katanya, mangsa yang terpikat iklan itu memberanikan diri menghubungi nombor telefon di risalah itu dan berhubungan dengan bomoh yang dikenali sebagai Master Yang."Mangsa mahukan bomoh itu supaya mengubah nasibnya dan lelaki itu berjanji akan memberikannnya satu nombor 4-D supaya mangsa akan mendapat keuntungan."Lelaki itu mahukan mangsa bertaruh sebanyak RM3,000 pada nombor yang diberikan dan memberitahu, kelak mangsa akan memenangi wang sebanyak RM600,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chong berkata, dari Mac hingga Ogos tahun lalu, mangsa mendakwa telah memasukkan wang sebanyak RM80,000 ke dalam akaun lelaki itu di mana wang itu didakwa untuk kegunaan upacara sembahyang.
Beliau berkata, mangsa yang sabar menunggu untuk mendapatkan apa yang dijanjikan itu mula mengesyaki sesuatu apabila nasibnya masih lagi tidak berubah."Mangsa kemudian cuba menghubungi lelaki itu untuk mendapatkan semula wangnya namun panggilannya tidak dijawab," katanya.

Katanya, lelaki itu menghubungi mangsa selang beberapa hari kemudian dan mahukan mangsa memasukkan wang sebanyak RM3,000 lagi jika inginkan kembali wangnya itu (RM80,000).Chong berkata mangsa yang sedar dirinya telah ditipu kemudian membuat laporan polis pada 4 November lalu dan datang ke pejabatnya untuk mendapatkan bantuan dan nasihat. - Bernama

Khamis, Februari 04, 2010

Jujur & Amanah

Petikan 2 kisah daripada MyMetro ..

Pengawal curi peti keselamatan

2010/02/04
KUANTAN: Seorang pengawal keselamatan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini ditahan polis semalam selepas dipercayai terbabit mencuri wang milik klinik mata di institusi tersebut tahun lalu.Namun wang terbabit dikatakan sudah habis dibelanjakan oleh suspek.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Haris Daud berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Bukit Setongkol kira-kira 9.30 pagi. "Suspek dipercayai mencuri RM15,000 iaitu hasil kutipan dua minggu di dalam peti keselamatan yang berada dalam klinik itu pada 21 Disember tahun lalu.

"Kecurian itu disedari oleh kakitangan klinik tersebut apabila laci peti keselamatan itu terbuka dan mendapati wang di dalamnya lesap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Haris berkata kakitangan wanita tersebut kemudiannya membuat laporan polis dan hasil maklumat orang awam, polis berjaya menahan suspek. - Bernama

Petugas majlis perbandaran kembalikan wang berjuta silap dibayar

2010/02/04
DUBAI: Dia boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua wang berjumlah 5.19 juta dirham (kira-kira US$1.4 juta) yang silap dimasukkan ke dalam akaunnya, dan menghilangkan diri. Namun warga Sudan ini, Hashim Mohammed, 55, tidak mudah tunduk pada nafsu, sebaliknya melaporkan kesilapan itu kepada pihak berkuasa.

"Saya takutkan Tuhan. Saya mahu kekal jujur dan memastikan keluarga saya
mendapat manfaat dari pendapatan yang halal," kata petugas Majlis Perbandaran
Ajman kepada harian The National.

Hashim menuju ke bank pada Isnin lalu untuk memeriksa sama ada gaji sebanyak 5,000 dirham sudah masuk ke dalam akaun. "Mula-mula, saya ketawa kerana saya tidak mempercayainya. Saya masukkan kad ATM sekali lagi dan menanyakan baki. Jumlahnya 5,196,000 dirham," kata Hashim.

Harian itu melaporkan dua anak lelaki Hashim tercicir dari universiti kerana bapa mereka tidak mampu membayar yuran, menjadikan kejujurannya lebih luar biasa.

Kerana kejujurannya, inspektor di Jabatan Kesihatan Awam ini diberikan
tambahan sebulan gaji dan sijil penghargaan oleh majikannya. -Bernama

Isnin, Februari 01, 2010

PTPTN Loans Only for the Needy


NST Online, 2010/01/31 by Regina Lee 
PUTRAJAYA: The government will review the loan conditions set by the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) to ensure money is made available only to those who really need them.
Currently, a loan is given to just about anybody who applies for one.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said it was time the fund gave out loans to those who truly could not afford their higher education. “Parents who can pay for their children’s higher education should make way for those who really need help.

“Last year, we gave out RM3 billion in loans. If unchecked, we could end up giving out RM5 billion in loans by 2013,” he told a press conference after launching the REAL Undergraduate Conference 2010 here yesterday.

He said the ministry would also have to examine how sustainable the fund was. "Loan repayments are staggered. When we give out RM3 billion in loans, it does not mean that we will get it back immediately," he said, adding that aggressive loan repayments would not be enough.

Some 1.4 million people have taken loans from the fund, which is owed nearly RM1 billion in default payment despite the low interest rate of one per cent a year.

The loans help to cover the students' tuition fees and pay for their day-to-day expenses.


2bz4money:
Seperti yang pernah saya jangkakan kemampuan kerajaan untuk membantu rakyat semakin terhad. Walaupun saya telah menabung dalam SSPN sejak 2 tahun lepas untuk kesemua anak saya, saya juga mengambil takaful pendidikan serendah RM50 sebulan ditambah pula tabungan Amanah Saham Didik dari semasa ke semasa. Perbelanjaan sebegini mendapat potongan cukai pendapatan seperti Takaful pendidikan/perubatan had 3k, Takafulnyawa/kwsp 6k, SSPN 6k dll. Kos pendidikan semakin meningkat dan kita perlu bersedia menghadapinya..