Rabu, Februari 24, 2010

Inflasi Naik.. Utiliti Naik?

Indeks Harga Pengguna Januari naik 1.3% kepada 113.2

24/02/2010 6:43pm

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Januari 2010 meningkat 1.3 peratus kepada 113.2 daripada 111.7 dalam tempoh yang sama tahun lepas. Bagi Disember 2009, IHP, yang digunakan untuk mengukur inflasi, menyaksikan pertambahan 1.1 peratus tahun atas tahun.

Jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya, indeks Januari 2010 mengukuh 0.2 peratus, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini. Pertambahan ini adalah ekoran meningkatnya indeks bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan, masing-masing 1.2 peratus dan 1.4 peratus daripada setahun yang lepas dan sebanyak 0.2 dan 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya iaitu Disember.

Kenaikan ini disebabkan oleh kenaikan dalam semua kumpulan utama kecuali indeks Pakaian & Kasut (-0.7 peratus) dan Komunikasi (-0.4 peratus), kata jabatan itu.
Kenaikan paling ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks Makanan & Minuman bukan Alkohol ( 1.2 peratus); dan Perumahan, Elektrik, gas dan Bahan Api lain ( 1.1 peratus), katanya.

Kenaikan indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol adalah hasil daripada kenaikan indeks Makanan di Rumah ( 0.8 peratus); Makanan Di Luar Rumah ( 2.1 peratus); dan Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( 0.4 peratus). Antara subkumpulan Makanan di Rumah yang mengalami kenaikan signifikan dalam tempoh ini ialah gula, jem, madu, coklat dan manisan ( 7.4 peratus); buah-buahan ( 2.3 peratus); daging ( 1.3 peratus); beras, roti & bijirin lain ( 0.7 peratus); dan ikan & makanan laut ( 0.6 peratus).

Jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP bagi Januari disebabkan peningkatan oleh kumpulan utama seperti Pendidikan ( 0.8 peratus); Pakaian & Kasut ( 0.6 peratus) dan Kesihatan ( 0.3 peratus), sementara tiga kumpulan utama yang lain terdiri daripada Minuman Alkohol & Tembakau; Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api lain, dan Komunikasi kekal tidak berubah. – Bernama

---

Isu tarif air: Kerajaan Selangor sedia ke mahkamah

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia berdepan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan syarikat utiliti itu menaikkan tarif air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Syabas melalui firma guaman Tetuan Cheang dan Ariff menghantar surat bertarikh 12 Februari lalu menuntut Kerajaan Selangor membayar sejumlah RM339 juta sebagai pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Kerajaan negeri menerima nasihat daripada panel peguam berhubung perkara itu dan mendapati Syabas tidak layak membuat tuntutan sedemikian kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menghalang sebarang usaha atau cubaan untuk menaikkan tarif air di Selangor.

"Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa Syabas melanggar beberapa perkara penting dalam perjanjian konsesi dan perkara itu diperakui oleh Jabatan Audit Negara. Perlanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan untuk menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengelakkan kenaikan tarif air.

Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kerajaan negeri membuat tawaran munasabah untuk pengambilalihan itu supaya Syabas mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk dijadikan suntikan modal dan membuat pelaburan.

"Kerajaan negeri berpendapat tiada sebab untuk Syabas menuntut bayaran pampasan jika syarikat utiliti itu menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri. Sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan tiga pihak iaitu kerajaan negeri, pemegang konsesi dan Kerajaan Pusat," katanya.

Abdul Khalid berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan tarif air dan akan terus menyimpan hak sebagai pembekal air mentah. - Bernama

----

Tarif elektrik masih dipertimbangkan: Kementerian

PUTRAJAYA: Kertas cadangan mengenai tarif elektrik masih dalam pertimbangan Kabinet dan tiada sebarang pengumuman mengenainya, hari ini, demikian pengumuman Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air

Pengumuman itu bagi menjelaskan kenyataan Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, semalam bahawa kementeriannya sudah menyerahkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan dan mengumumkan sama ada akan berlaku kenaikan kepada tarif elektrik, hari ini.

2bz4money: 
Nampaknya pengguna akan mula 'suffer' secara perlahan kenaikan ini. Desas-desus kenaikan harga petrol juga akan terasa. Pelaksanaan GST 4% pertengahan 2011 menambahkan lagi derita pengguna. OPR akan dinaikkan oleh BNM nanti yg akan mendukacitakan peminjam2.Bersiap sedialah..kurangkan perbelanjaan yg 'mahal', tingkatkan income sampingan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan