Ahad, Februari 14, 2010

Mangsa Samun & Implikasi Kewangan

Semalam, isteri saya telah menjadi mangsa samun ragut sewaktu memandu pulang di Jalan Reko, Kajang ke rumah. Syukurlah tiada berlaku apa-apa kecederaan pada beliau dan juga anak-anak. Cuma selepas kejadian tersebut, beberapa langkah perlu diambil bagi mengelakkan implikasi kewangan yang lebih memudaratkan sekiranya berlaku kehilangan barangan berharga. Antara tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:


Segera Buat Laporan Polis
Bagi tujuan penggantian kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit/atm bank dan lain-lain dokumen penting dan barangan berharga perlulah mempunyai bukti salinan  report polis. Pastikan semua barangan hilang/disyaki hilang disenaraikan dalam laporan report tersebut. Ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kad pengenalan dan juga lesen memandu bagi kegunaan permohonan pinjaman/paspot.

Hubungi Pihak Bank/Kad Kredit Dengan Segera 
Anda boleh mendapatkan nombor telefon pihak bank melalui laman web dan meminta pihak berkenaan menyekat/membatalkan transaksi kad. Walaupun  nombor pin dirahsiakan, namun kemungkinan kad-kad anda tersebut boleh diklon. Dengan ini, semua transaksi kredit dan atm dapat dihentikan serta merta.

Hubungi Telco Operator Telefon Bimbit
Sekiranya kehilangan telefon bimbit, sekat penggunaan nombor telefon tersebut dan hubungi juga pengeluar model telefon untuk tidak mengaktifkan sistem telefon tersebut. Ini dapat mengurangkan kos telefon secara pasca bayar.

Pasca Kejadian, Penukaran Dokumen
Musibah daripada kejadian ini akan melibatkan stress emosi/trauma dan implikasi kewangan tambahan seperti denda dan penalti pengganti dokumen yang baru. Bersedialah menerima keadaan ini sebagai satu dugaan duniawi dan bersyukurlah sekiranya tiada kejadian yng lebih buruk berlaku..

2 ulasan:

  1. Mungkin si peragut bersimpati.. empat hari selepas kejadian, IC dan lesen memandu dikesan semula di Saujana Impian dan kemudiannya dikembalikan oleh Hamba Allah yg ikhlas..

    BalasPadam