Ahad, Februari 07, 2010

Panduan ICAEW Bantu Perniagaan

KORPORAT

UtusanOnline, ARKIB : 04/02/2010

Panduan ICAEW bantu perniagaan

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) telah menerbitkan panduan untuk membantu perniagaan di Asia Tenggara mengambil peluang terhadap keyakinan global terhadap ekonomi mereka.
Panduan yang bertajuk From Survival to Sustainability itu memberi penekanan terhadap tujuh strategi utama perniagaan.
Strategi tersebut melibatkan persediaan menghadapi pemulihan, merancang pada masa hadapan, mencari pasaran baru dan sebagainya.
Pengarah Serantau ICAEW Asia Tenggara, Mark Billington berkata, pengekalan perniagaan melibatkan operasi yang memberi kesan orang ramai dan masa hadapan.
''Ia mengambil kira pandangan jangka panjang, serta membangunkan perniagaan dan ekonomi yang membolehkan perkembangan perniagaan dan melindungi sumber,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Tambah Billington, akauntan bertauliah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan perniagaan boleh kekal dan pemulihan ekonomi dapat memberi peluang serta cabaran.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.icaew.com/southeastasia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan