Sabtu, Februari 06, 2010

Rakyat IMalaysia Yang Berintegriti

Bernama,03 Februari, 2010 19:56 PM
Rakyat IMalaysia Yang Berintegriti
Oleh Rohana Mustaffa

Sempena pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat di Melaka 4 Feb

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- "Jangan Cemarkan Imej Badan Berkanun" ialah antara beberapa siri peringatan yang disalurkan kepada penjawat awam melalui MY INTEGRITI, Informasi Integriti Secara Maya, yang dibangunkan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Peringatan itu merujuk kepada peraturan tata tertib yang meminta penjawat awam supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama baik badan berkanun seperti berkhalwat, berkelakuan sumbang, menerima dan memberi rasuah, terlibat dengan kegiatan jenayah dan dadah serta melakukan gangguan seksual.

Baru-baru ini peringatan yang disampaikan melalui MY INTEGRITI, ialah lebih semasa. Ia merujuk kepada pekeliling perkhidmatan awam tahun 2009 yang melarang penjawat awam daripada menyertai Skim Cepat Kaya.

Penjawat awam diingatkan tentang ciri-ciri Skim Cepat Kaya seperti janji kadar pulangan yang tinggi, tidak realistik, tidak berdaftar dengan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau pihak berkuasa lain, pelaburan yang bebas daripada risiko, pelan atau aktiviti pelaburan yang menyalahi undang-undang.

Peranan MY INTEGRITI secara yang tersirat ialah menyokong satu daripada lapan nilai murni yang mendukung konsep 1Malaysia - Integriti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan