Khamis, Mac 11, 2010

Elak Penjawat Awam Jumud


(Petikan dari UtusanOnline)
PUTRAJAYA 9 Mac – Kerajaan akan mengkaji konsep Perkhidmatan Bukan Guna Sama (closed service) bagi mengelakkan penjawat awam menjadi jumud, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, ini kerana para penjawat terbabit sudah terlalu selesa dengan kedudukan masing-masing akibat tidak dapat lagi meningkat dalam kerjaya masing-masing.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi lebih perhatian kepada (hal) ehwal pembelajaran berterusan, peningkatan kemahiran, perancangan kejayaan dan peluang meningkatkan kerjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam amanatnya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Najib berkata, para penjawat awam muda terutama yang terlibat tugas-tugas diplomasi dan rundingan antarabangsa perlu didedahkan dengan pengalaman yang secukupnya.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya dan jangan melihat sebagai satu kerugian menghantar pegawai-pegawai muda ini untuk terlibat dengan rundingan antarabangsa kerana dengan cara ini sahaja mereka dapat menimba pengalaman.
“Sehubungan itu, para penjawat awam hendaklah juga dari semasa ke semasa memahirkan diri dengan menguasai pelbagai bahasa,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengarahkan supaya satu kajian komprehensif dibuat terhadap penggunaan sistem ‘pool’ yang wujud sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum.
Katanya, elemen keadilan semula jadi (natural justice) iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlulah menjadi sebahagian daripada prosedur.

Tidak harus terhad jabatan sendiri

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penjawat awam tidak seharusnya memiliki mentaliti silo yang melihat kepentingan terhad kepada jabatan, agensi dan kementerian mereka sahaja.
Menurut Perdana Menteri, sepatutnya penjawat awam menekankan kepada budaya bekerja sebagai satu pasukan dan saf yang kukuh merentasi silo atau kokun masing-masing demi kepentingan rakyat.
‘‘Barulah nanti kerajaan akan dapat menunaikan amanahnya untuk memberi khidmat kepada rakyat secara tuntas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam amanatnya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Najib berkata, penjawat awam juga perlu mendakap realiti berkhidmat untuk rakyat sebagai satu keluarga besar.
‘‘Maksud saya, janganlah ada budaya dan mentaliti keterpisahan antara penjawat awam dan rakyat yang selama ini hanya dianggap pelanggan.
‘‘Dalam erti kata lain, khidmat yang diberi hendaklah mencerminkan kesungguhan seperti mana kita ingin memberi yang terbaik kepada keluarga sendiri dan pastinya nanti laungan Rakyat Didahulukan tiba pada maknanya,” katanya.
Kesimpulannya, beliau berkata, jika lapan tonggak perdana yang merangkumi empat tiang utama dan empat nilai asas yang diumumkan beliau sebelum ini dijunjung dan dipegang erat, ia akan memandu para penjawat awam, rakyat dan negara ke arah masa depan yang dicita-citakan bersama.

2bz4money: Pembayar cukai terpaksa membayar gaji penjawat awam yg bilangannya melebihi 1.2 juta orang dan ada di kalangan mereka adalah 'free passenger' dapat gaji free dan elaun2 yg byk tapi tidak produktif serta tiada kreativiti. Terlalu byk outsourcing, sepatutnya dilakukan downsizing dan restructuring. Lebihan tenaga kerja perlu diserapkan ke sektor swasta yg lebih memerlukannya.  Semua 'CEO' kementerian, jabatan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan perlu ada KPI yg telus di mana rakyat menjadi penilai prestasinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan