Sabtu, Mac 13, 2010

Lagi Bank Koperasi Muncul


Ismail Sabri Yaacob menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Bank Rakyat yang diwakili Kamaruzzaman Che Mat (kanan) dengan Prof. Dr. Mohd. Ali Baharum bagi pihak Angkasa di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, semalam.

Petikan UtusanOnline
KUALA LUMPUR 12 Mac - Kerajaan telah menerima dua lagi permohonan untuk menubuhkan bank koperasi di negara ini selain Coop Bank yang dijangka ditubuhkan menjelang akhir tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak mengulas lanjut berkata, pihaknya belum menerima permohonan rasmi penubuhan Coop Bank milik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa).
Coop Bank merupakan bank koperasi ketiga di Malaysia selepas Bank Rakyat dan Bank Persatuan, sekiranya penubuhannya menjadi kenyataan.

''Coop Bank masih mempunyai masa (mengemukakan permohonan) kerana mereka meminta tempoh tiga bulan bagi menyiapkan segala dokumen yang berkaitan,'' kata Ismail Sabri.

Pada masa yang sama, beliau menambah, Bank Persatuan yang berpusat di Butterworth, Pulau Pinang dijangka beroperasi pada pertengahan tahun ini selepas segala syarat dan keperluan dipenuhi.

Ismail Sabri berkata, Coop Bank tidak akan bersaing dengan bank koperasi sedia ada kerana ia menawarkan kemudahan pinjaman kepada korporat dan bukannya orang awam.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kad pelbagai guna koperasi antara Bank Rakyat dan Angkasa di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Yang Dipertua Angkasa, Prof. Dr. Datuk Mohd. Ali Baharum.
Sementara itu, Mohd. Ali ketika ditemui berkata, pihaknya telah memohon kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menubuhkan Coop Bank.
"Angkasa memenuhi syarat kecukupan modal berjumlah RM300 juta ditetapkan SKM untuk menjadi sebuah bank koperasi. "Syarat jumlah modal ini sudah pun dipenuhi dan kami bersedia menjadi bank koperasi ketiga di negara ini," katanya. Menurut Mohd. Ali, pihaknya telah mengadakan dua mesyuarat jawatankuasa pemandu bagi merangka kertas cadangan itu yang dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Katanya, Angkasa mempunyai pilihan untuk menubuhkan Coop Bank di mana jika didaftarkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mereka tidak tertakluk kepada Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) ."Kami akan lebih menumpukan perhatian kepada perbankan korporat. Coop Bank akan memberikan pinjaman kepada koperasi, dan koperasi pula memberikan pinjaman kepada orang perseorangan.
"Ini untuk mengelakkan kami daripada bersaing dengan dua bank koperasi yang sedia ada," katanya.

2bz4money: Saya menanti keputusan tambahan modal saham BR sebanyak 0.5 B pada April nanti, disamping memberi pertimbangan menambah modal saham BP sebanyak 10k..Bank Koop, masih baru dan tidak mempunyai track record dlm biz ini..

2 ulasan:

  1. Salam,
    Harap tuan buat posting tentang pengumuman untuk ahli Bank Rakyat tambah saham nanti.

    Saya buat loan saham Bank Persatuan. Sebulan kena bayar 136. Dividen tahunan 10%

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Kita sama2 memantau berita baik yg amat diharapkan drp Bank Rakyat.

    BalasPadam