Selasa, Mac 09, 2010

Rugi RM7,000 kerana RM70,000

                           Gambar rekod: Mangsa kekejaman penyangak 'Along'

MyMetro 8/3/2010,KUALA LUMPUR: Terdesak mendapat pinjaman peribadi, seorang lelaki terpaksa berputih mata selepas diperdaya seorang ‘pegawai bank’ yang menguruskan pinjaman kewangan berkenaan.
Difahamkan mangsa berusia lewat 30-an itu diminta menyerahkan RM6,500 sebagai pendahuluan iaitu syarat untuk mendapat pinjaman wang tanpa masalah dan akan diluluskan dalam masa tempoh seminggu. Namun, selepas menunggu beberapa minggu, wang pinjaman dijanjikan tidak diterima dan wang diberikan kepada suspek juga lesap.
Mangsa yang mengesyaki ditipu lelaki menyamar sebagai pegawai bank itu kemudian membuat laporan polis. Menurut sumber, kejadian berlaku awal tahun ini apabila mangsa mahu membuat pinjaman RM70,000 dari sebuah bank.

Menurutnya, mangsa mengenali lelaki itu melalui rakannya yang mendakwa boleh membantunya mendapatkan pinjaman wang dalam masa terdekat dan kelulusan yang mudah. “Kerana percaya mangsa kemudian bertemu dengan ‘pegawai bank’ terbabit di sebuah restoran di Desa Tasik di sini.

“Dalam pertemuan itu, suspek meminta mangsa memberikan wang proses RM3,500 yang didakwa akan dipulangkan semula apabila pinjaman diluluskan,” katanya.

Suspek menyerahkan cek RM3,500 kepada mangsa, kononnya membayar semula wang proses yang pernah dibayar mangsa sebelum ini.

Sumber itu berkata, mangsa dihubungi suspek beberapa hari kemudian untuk meminta bayaran RM700 untuk melicinkan lagi proses pinjaman.

“Selepas beberapa hari, mangsa dihubungi seorang pegawai bank memaklumkan permohonan pinjaman RM70,000 diluluskan.

“Namun, mangsa terpaksa membayar RM2,500 kepada sebuah akaun bank. Dalam masa sama, ‘pegawai bank’ itu berjanji yang lelaki terbabit akan mendapat wang dipinjam dalam masa seminggu,” katanya.

Kerana percaya, mangsa membayar jumlah wang seperti diminta lelaki terbabit dan memindahkan wang ke nombor akaun diberikan suspek.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun mula curiga apabila selepas beberapa minggu, pinjaman wang dijanjikan masih tidak diterima.

“Mangsa cuba menghubungi suspek, bagaimanapun lelaki terbabit gagal dihubungi.

“Dia (mangsa) yang khuatir ditipu dua lelaki terbabit segera membuat pemeriksaan di bank pinjaman dilakukan dan kecewa dimaklumkan namanya tiada dalam senarai peminjam.

“Mangsa juga bertambah yakin dia diperdaya suspek selepas gagal menunaikan cek RM3,500 yang diberikan sebelum itu,” katanya.

2bz4money: Berhati-hatilah dengan situasi BCM (banyak, cepat & mudah)..ada penyangak sedang memasang perangkap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan