Isnin, Mei 24, 2010

8 ciri eksekutif syarikat berbakat gagal dalam kerjaya

SYDNEY, Australia 23 Mei - Kajian terbaharu yang dijalankan oleh pakar perancangan penggantian ketua pegawai eksekutif, TalentInvest telah mengenal pasti lapan ciri-ciri yang boleh menyebabkan eksekutif syarikat yang paling berbakat 'tergelincir' di dalam kerjaya mereka.

Satu daripada empat eksekutif kanan gagal dalam tempoh 18 bulan pertama selepas pelantikan mereka, demikian menurut Majlis Kepimpinan Korporat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Ini hanya dipercepatkan sejak krisis kewangan global ekoran kesulitan dan kekaburan yang belum pernah berlaku yang dihadapi oleh banyak perniagaan.

Ketua TalentInvest, Meena Thuraisingham berkata, "Punca utama kegagalan di dalam kerjaya bagi para eksekutif adalah kerana terlalu mengikuti dan bergantung kepada sifat dan tindak-tanduk yang berjaya dan digunakan oleh mereka di dalam kerjaya sebelum ini. Kekuatan yang telah memacukan seseorang eksekutif ke puncak sesebuah organisasi boleh juga menjadi punca yang menyebabkan kejatuhan mereka." "Ketika perniagaan menjadi lebih rumit, ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri dan belajar dengan pantas dan cekap menjadi punca utama kegagalan mereka.

Perkara ini sangat ketara semasa krisis kewangan global, yang menguji ketabahan walaupun pemimpin perniagaan yang paling berjaya."Thuraisingham menawarkan khidmat nasihat kepada syarikat- syarikat senarai awam di United Kingdom, Singapura, Hong Kong dan India mengenai perancangan penggantian ketua pegawai eksekutif telah menjalankan penyelidikan itu pada 2008.

Penyelidikan itu memberi tumpuan kepada eksekutif yang telah menjadi sebahagian daripada proses formal perancangan penggantian ketua pegawai eksekutif dan telah dikenal pasti semasa proses ini sebagai mempunyai potensi memiliki ciri- ciri ketua pegawai eksekutif.

Lapan ciri-ciri penting yang dapat menggagalkan eksekutif itu ialah;
  • Membiarkan kekuatan untuk menjadi liabiliti
  • Salah tanggap orang dan perhubungan
  • Memperkecilkan kerumitan cabaran
  • Tidak dapat menerima hakikat
  • Menjalani pemulihan terlalu perlahan selepas sesuatu kekecewaan
  • Kegagalan untuk belajar dan menyesuaikan diri
  • Mengetepikan kelemahan atau maklumat balas mengenai kelemahan ini
  • Terlalu lama berada dalam kumpulan yang salah. 
Ciri-ciri ini dan toksid dan mengehadkan struktur organisasi yang membawa kepada satu peningkatan di dalam kegagalan eksekutif telah dimasukkan di dalam buku terbaru Thuraisingham, bertajuk Derailed - What Smart Executives Do to Stay on Track. "Buku ini bertujuan memaklumkan kepada para eksekutif kepada gejala bahaya yang tersorok dan isyarat amaran dan menyediakan kepada mereka dengan beberapa strategi kejayaan yang praktikal untuk membantu mereka membina GPS dalaman seperti sistem bagi mengemudi menerusi halangan dan cabaran yang tidak boleh dielak," kata Thuraisingham.


Namun, ia juga penting untuk merealisasikan bahawa kegagalan dan halangan itu tidak semestinya tidak baik. Pembelajaran peribadi yang penting boleh terbit daripada kekecewaan dan kegagalan bagi seorang eksekutif yang bersifat terbuka untuk belajar daripada kekecewaan itu.

Maklumat latar belakang Meena Thuraisingham adalah merupakan Pengetua TalentInvest (www.talentinvest.com.au) dan adalah seorang ahli psikologi organisasi, yang memberi nasihat kepada syarikat-syarikat senarai awam di Australia, Asia dan United Kingdom mengenai perancangan penggantian ketua pegawai eksekutif.Beliau adalah penulis 'Careers Unplugged-Essential Choices for a Great Career' (Blue Toffee) yang telah mencatatkan jualan paling laris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan