Isnin, Ogos 30, 2010

Illegal scams investors may be penalised

By Tim Leonard

KUALA LUMPUR (Aug 29, 2010):
In a bid to curb the rising number of "investment" scams which have fleeced thousands of people of millions of ringgit, authorities are studying a proposal to make investors liable for participating in illegal schemes.

If this materialises, investors in illegal scams will not only lose their money to fraudsters, but may find themselves being hauled to court, or even spending time in jail.

The proposal is being jointly studied by Bukit Aman's Commercial Crimes Investigations Department (CCID), the Securities Commission of Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) and the Domestic Trade and Consumerism Ministry as an alternative approach to stamp out investment scams that causes millions of ringgit in losses to gullible investors yearly.

A senior CCID official told theSun the proposal looks into making investing in investment schemes not licensed by the authorities as an offence itself, similar to corruption cases where both the ‘giver’ and the ‘taker’ of a bribe are equally punishable.

“In future, anyone who wishes to invest in any investment scheme had better first check with the authorities on whether the scheme is approved by Bank Negara or SC,” said the official.

“Any scheme not approved is certainly an illegal scheme, and in most cases, a complete scam such as a 'Ponzi' scheme.

(A Ponzi scheme is a fraudulent investment operation that pays returns to separate investors from their own money or money paid by subsequent investors, rather than from any actual profit earned.)

“The existing laws are sufficient to deal with the perpetrators of such schemes and many have already been charged in court for various investment-related offences, but this is inadequate to keep the problem away.

“As long there is demand, there will be new players who will cleverly mastermind some sort of scheme to milk investors of their money."

“But if the law is a worded in a way that investing in an illegal scheme itself is an offence, then we believe it will be a good deterrent," he added.

The official said however the proposal is at its infancy stage and needs to be studied in greater detail, especially on its technical aspects, before it can be forwarded to the Cabinet for deliberation.

He said while there are many genuine cases of investors being duped into joining such schemes, many are also culpable for joining willingly, or even getting more people to join, in a desperate bid to make easy money and get rich quick.

"The temptation to make easy money quick is a key factor that drives many people, even professionals such as doctors and lawyers, to invest in such schemes," he said.

Investment scams, which forms a high percentage of while collar crimes, is on an upward rise in Malaysia over the last 10 years.

Examples of investment scams include supposed "investments" related to commodities, foreign exchange (forex), futures, stock broking, gold, mutual funds and hedge funds.

In most cases, no actual profits are made, but money from new investors are used to pay old investors in typical Ponzi-style. Most are also based on deposit-taking which is illegal without a licence.

Some scams are more sophisticated as they involve "selling" specific products such as gold bars, investment instruments such as forex software, internet investment schemes, unlicensed fund management and high-yield investment programmes.

Last month, the Kuala Lumpur sessions court sentenced a 49-year-old businessman to four years jail for running an illegal Ponzi scheme through an internet investment scam involving a staggering RM65 million collected from 52,000 investors.

There were also other cases involving a tea garden and coffee products, as well as countless other scams that went bust or the owner ended up facing multiple charges in court. -- theSun

Ahad, Ogos 29, 2010

Young and in debt

2010/08/29
Audrey Vijaindren


GETTING the keys to your first car, buying a piece of designer wear and furnishing a new service apartment are proud moments for any youngster, however, the urge to splurge can quickly lead to financial downfall. It has been shockingly revealed that 41 Malaysians aged between 25 and 44 have been declared bankrupt daily for the past five years, making it a total of 38,357 bankrupt individuals in 65 months.

The Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) chief executive officer Mohamed Akwal Sultan says the number of young adults seeking advice is high.

“During the economic slowdown last year, more than 3,000 people were coming to AKPK for consultation and advice on a monthly basis. Almost 50 per cent of them were between 30 to 40 years old, and 15 per cent were in their 2 0 s. ” Financial problems for young people are generally sparked off by two things — cars and credit cards.
“The main problem with youngsters, for example when it comes to purchasing cars, is that they overlook other cost factors attached to a car such as insurance, toll, parking and maintenance of the vehicle. Car buyers need to look beyond monthly instalments of the vehicle concer ned.

“Many youngsters are opting to finance the vehicles purchased for longer loan periods and many decide to change their cars after five years or so. Some may even change the vehicle earlier as well.

“For this, they must take note that in the first few years of paying for a vehicle, they will be paying a large portion consisting of interest payments first.
“Hence, before considering to sell your vehicle, best to check with the bank concerned on what the final settlement value of the car is and to inquire around the approximate price they can sell their vehicle for.

“If the price they can get on their vehicle is higher than the final settlement amount to the bank, then they can consider selling their vehicle without having to worry about any differential settlement to the bank.” He says there are people in their 30s who have financial problems because their parents could no longer bail them out.

“The rationale is many people start working in their 20s and during that period, their parents are still able to help them financially when the need ar ises.
“But once they get to their 30s, most of their parents have retired and they are left to fend for themselves.

“Hence it points to good money management skills which are ver y much needed by that individual to ensure he or she is able to be financially independent.” Another big mistake, he says, is mismanagement of credit cards.

“We always tell people to be wise in using their credit card. When using a credit card for purchases, firstly ensure you are able to pay it back when the statement arrives.

A credit card is to be treated as if it’s your own cash and all transactions should be tracked to ensure repayment capability.

“If unable to repay the outstanding in full, always pay more than the minimum five per cent due each month.”

Rabu, Ogos 25, 2010

Perbelanjaan kurang berhemah

Oleh Ruhaiza Rusmin, ruhaizarusmin@hmetro.com.my,2010/08/23

MESKIPUN menerima pinjaman atau biasiswa pendidikan, masih ada mahasiswa mengeluh tidak cukup duit menampung perbelanjaan sewaktu pengajian.
SENTIASA INGAT...bantuan kewangan yang diberikan bertujuan meringankan bebanan sepanjang pengajian, jangan gunakan bagi melunaskan kehendak diri.
SENTIASA INGAT...bantuan kewangan yang diberikan bertujuan meringankan bebanan sepanjang pengajian, jangan gunakan bagi melunaskan kehendak diri.
  BIARLAH SEDERHANA...sebagai mahasiswa yang tidak ada pendapatan tetap, bersederhanalah dalam semua aspek. TIMBA ILMU...ambil peluang menghadiri pelbagai bengkel pengurusan kewangan supaya dapat membantu dalam urusan perbelanjaan. CEKAP...pengurusan kewangan yang cekap dapat mengelak berlaku pembaziran. BOLEH BELI...manfaatkan duit pinjaman bagi tujuan pembelajaran. BANTU...berikan nasihat kepada rakan supaya tidak terjebak dengan pembaziran.


Buku mahal, tinggal menyewa dan kos sara hidup meningkat adalah antara faktor menyumbang, sekali gus menyulitkan proses pembelajaran. Lebih menyedihkan apabila terpaksa berhenti belajar kerana tidak mampu bertahan. Bagaimanapun ada pihak melihat senario itu disebabkan sikap mahasiswa sendiri yang mudah terikut budaya berbelanja tanpa sempadan.Pinjaman bukan untuk tujuan menampung perbelanjaan di menara gading namun melunaskan kehendak diri. Bila sudah tersepit, baru menyesal hingga sanggup mengorbankan pelajaran dan masa depan.
Persoalannya, benarkah duit pinjaman itu memang tidak mencukupi atau mahasiswa terlalu boros berbelanja? Pensyarah Ekonomi Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Ghafarullahhuddin Din, berkata isu tidak cukup pinjaman adalah antara rungutan paling popular di kalangan mahasiswa.Menurutnya, meskipun jumlah pinjaman terbabit sudah diselaraskan dengan keperluan sepanjang tempoh pengajian, perbelanjaan kurang berhemah boleh mencetuskan masalah. “Isu ini paling popular di kalangan mahasiswa, rungutan terhadapnya tidak pernah surut meskipun ada menerima jumlah agak besar.

“Menyedihkan ketidakcukupan itu bukan disebabkan perbelanjaan pengajian, tapi tujuan tidak penting hingga menimbulkan pelbagai konflik kemudian hari.“Malah, ada sanggup menderita mengikat perut selepas kehabisan duit gara-gara sikap tidak beringat sedangkan tempoh pengajian masih panjang,” katanya.
Biarpun begitu, kekurangan itu perlu dinilai pelbagai sudut kerana bukan semua mempu­nyai sumber kewangan cukup bagi tujuan pengajian.Malah, ada kalanya pinjaman diterima hanya cukup makan terutama jika membabitkan program pengajian mahal seperti sains kesihatan dan kejuruteraan menyebabkan terpaksa mengikat perut bagi meneruskan kehidupan di kampus.

“Ada mahasiswa peroleh pinjaman atau biasiswa lumayan hingga boleh berbelanja mewah. Bagaimanapun, kebanyakannya pinjaman cukup makan.“Mereka sering terhimpit antara tuntutan perbelanjaan umum dan pengajian. Jika tidak dibantu, bagaimanakah mahu meneruskan pengajian dengan selesa,” katanya.
Beliau mengakui masyarakat sering memandang serong mahasiswa bebas berbelanja dan mengaitkannya dengan penyalahgunaan duit pinjaman.Bagaimanapun masyarakat perlu sedar mahasiswa turut mempunyai kehendak seperti orang lain.

“Mereka masih muda dan belum matang dalam menguruskan perbelanjaan hidup. Masyarakat perlu beri panduan dan jangan sentiasa menghentam.“Selain itu tiada pendapatan tetap namun berbelanja umpama golongan bekerjaya. Masalahnya kehendak individu berbeza.

“Semua pihak ada panda­ngan, tidak boleh dipersalahkan sebab penilaian itu berdasarkan apa dilihat depan mata meskipun belum tentu benar,” katanya yang menyifatkan siswa mudah terpengaruh pujukan rakan faktor utama.“Rakan pengaruh terkuat mahasiswa lupa diri dan tujuan asal pinjaman itu diberikan. Fenomena ini nampak remeh namun perlu dipantau.“Bukan saja mengganggu tumpuan, terpaksa pula me­nanggung beban lain seperti hutang, konflik diri, keluarga, dan sebagainya, sekali gus menambah beban psikologi,” katanya.

Hanya segelintir mahasiswa menyalahgunakan pinjaman itu, kebanyakannya tahu menghargai, malah sanggup berkorban menggunakannya menampung keperluan keluarga.Ada juga sanggup berhenti belajar kerana tidak mampu selain memastikan keluarga tidak terus menanggung beban.“Keadaan membuatkan mereka tiada pilihan, pinjaman tidak cukup, tidak mahu susahkan keluarga hingga ambil keputusan berhenti. Ia tidak harus berlaku kerana banyak saluran boleh membantu,” katanya. Di UiTM, kewujudan Pusat Zakat adalah antara alternatif boleh dimanfaatkan mahasiswa menghadapi masalah kewangan.Berteraskan matlamat membantu dan memastikan tiada lagi mahasiswa tercicir gara-gara kemiskinan, pusat berkenaan menjadi nadi harapan sesiapa berkelayakan.

Ditanya cara menangani masalah itu, beliau berkata mahasiswa perlu meletakkan kepentingan pengajian di peringkat tertinggi selain mencari pelbagai maklumat mengenai pengurusan kewangan.“Ada pelbagai bengkel percuma di universiti bagi membantu mereka mempelajari pengurusan kewangan, ambil inisiatif menghadirinya.
“Ingatkan diri, duit itu hanya pinjaman dan perlu dibayar semula, justeru, jangan gunakan­nya bagi tujuan pembaziran, kelak bakal menanggung akibatnya,” katanya.

Isnin, Ogos 23, 2010

Car loan takers top bankruptcy list

Sunday August 22, 2010

By LEE YUK PENG
yukpeng@thestar.com.my


PETALING JAYA: At least 500 people who take out hire-purchase loans for vehicles are declared bankrupt every month.The majority, comprising 37% (950) of the 2,565 cases in the first five months of this year, were aged between 35 and 44 years. (See Table) Insolvency Department director-general Datuk Abdul Karim Abdul Jalil told The Star the incidence of bankruptcy from unserviced car loans was extremely high in the first five months of the year, an average of 513 cases a month.
He said this was in contrast to the average of 330 cases a month last year, 227 in 2008 and 265 in 2007.
He added that becoming bankrupt because of one’s inability to service vehicle loans had also topped the list of bankruptcy cases in Malaysia, accounting for about 24% of the total 80,370 cases between 2005 and May this year.“Personal loan borrowers and business loan borrowers accounted for 12% and 11% of the total number of bankruptcy cases respectively within the same period.”

Once a person is declared a bankrupt he will be restricted from, among others, travelling overseas, holding the post of company director, and will have to give up his assets, including property and cars.He must contribute to the bankruptcy estate, and will only be discharged once the sum owed is settled.Abdul Karim is concerned that the number of bankruptcy cases involving car loans among those aged below 25 had shot up to 156 last year, against 55 cases each in 2008 and 2007.

There were 27 such cases as at May this year.Under the hire purchase agreement, the bank repossesses the car if the borrower defaults on the monthly instalments for three consecutive months.It will sell off the car to recover the sum owed and if the amount still owed is more than RM30,000 the bank will file a bankruptcy petition in the High Court.In cases where the sum owed is below RM30,000, the bank will wait until the amount, with accumulated interest, balloons to RM30,000 before filing the petition.

On the rising incidence of bankruptcy involving those taking car loans, Fomca claims there is a reason why banks prefer to repossess and sell the cars instead of negotiating with the borrowers to come up with a scheduled repayment that they could afford.According to its secretary-general Mohd Sha’ani Abdullah, some bank officers receive kickbacks from car repossessors and auctioneers for giving them business.He said Fomca had complained to Bank Negara on the zero downpayment for car loans as advertised by some car salesmen last year: “How can this be allowed when borrowers have to pay at least 10% of the price as downpayment?”

2bz4money: Pakailah kereta ikut kemampuan bukannya atas sindiran rakan taulan..

Jumaat, Ogos 20, 2010

Awas! Jualan Murah..

Sumber: MStar Online, Oleh NURUL AIN MOHD HUSSIN
Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.
MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.
PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.
Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.
Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.
“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.
“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.
“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.
“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.
2bz4money: Berbelanjalah secara bijak dan berhemah. Menabung untuk masa depan."Langit tidak selalunya cerah".

People rarely succeed unless they have fun in what they are doing

Rabu, Ogos 18, 2010

Analysts expect up to 20 sen hike per 20-cigarette pack





Written by Koo Jie Ni   
theedge,Tuesday, 17 August 2010 15:37
KUALA LUMPUR: Analysts project an increase of 10 to 20 sen per cigarette pack of 20 sticks stemming from the new cess of half a sen per stick as reported recently.

This represents a hike of up to 2% for a cigarette pack retailing at RM9.30.

“Although the tax will amount to 10 sen per pack, we have seen from past experience that cigarette manufacturers tend to increase the selling price above the additional taxes to make up for possible loss of sales,” said an analyst.

He added that cigarette companies have been able to wholly pass on their costs to consumers, hence there was little chance of them subsidising the increase.

2bz4money: Eloklah berhenti saja merokok dan buat tabungan yang lebih bermanafaat..

Mangsa 'lintah darat'

Oleh Suzaini Sulaiman
bhnews@bharian.com.my
2010/08/18

SEBAHAGIAN pelabur meluahkan rasa tidak puas hati selepas pelaburan gagal beri pulangan yang dijanjikan pengusaha ternakan lintah.
SEBAHAGIAN pelabur meluahkan rasa tidak puas hati selepas pelaburan gagal beri pulangan yang dijanjikan pengusaha ternakan lintah.
Pelabur dakwa ditipu pengusaha projek di Kampung Sungai Yu

KUALA SELANGOR: Lebih 10 pengusaha ternakan lintah mendakwa ditipu sebuah syarikat pengurusan ternakan lintah yang beroperasi di Kampung Sungai Yu di sini apabila pelaburan yang mereka lakukan tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan. Mereka melabur antara RM50,000 hingga RM90,000 sejak 2008 selepas terpengaruh dengan promosi hebat projek berkenaan yang dikatakan disokong Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

Seorang pelabur, Rozaidah Abdul Razak, 37, berkata beliau hanya mendapat RM20,000 daripada RM50,000 yang dilaburkannya pada November 2008 hingga November 2009. “Setiap satu lot bernilai RM10,000 dan mengikut perjanjian, kami akan mendapat RM1,500 sebulan bagi tempoh tiga tahun selepas lintah membesar pada bulan keempat tarikh pelaburan. “Pada mulanya saya hanya melabur satu lot tetapi berikutan promosinya hebat dan disokong MECD ketika itu membuatkan saya lebih yakin,” katanya ketika ditemui Sentral. Beliau turut menunjukkan sijil kursus yang dihadirinya yang ditandatangani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang mempunyai logo Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MECD.
Sentral difahamkan lebih 300 menjadi mangsa penipuan syarikat pengusaha lintah terbabit termasuk pengusaha yang meminjam kewangan daripada Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) dan MARA.

Malah, ramai penjawat awam juga membuat pelaburan itu kerana mereka dijanjikan pulangan yang amat memberangsangkan tanpa membuat apa-apa kerja.

Tapak projek ternakan lintah di Kampung Sungai Yu juga dikatakan sudah tidak berfungsi dan tiada lagi tangki ternakan lintah yang boleh digunakan.

Maimunah Karim, 57, sebagai pewaris anaknya yang melaburkan seluruh wang simpanannya RM50,000 terkilan kerana tidak menduga turut menjadi mangsa penipuan. “Pada awalnya rakan menggalakkan saya untuk menyertainya kerana kami yakin adanya ladang yang besar, manakala kursus pula dikendalikan MECD bersama MARA. “Saya tidak membaca isi kandungan surat perjanjian kerana cukup yakin dengan skim pelaburan ini dan kecewa kerana baru tahu mengikut perjanjian itu, kami tidak boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya sambil menunjukkan surat perjanjian.

Norhayati Ahmad 31, pula memohon skim pinjaman TEKUN semata-mata untuk melabur kerana menjangkakan pulangan yang lumayan. “Ramai lagi rakan saya yang meminjam melalui TEKUN menjadi mangsa kerana mereka berjanji akan membayar pinjaman kami dan kami hanya menunggu keuntungan saja.
“Kami amat kecewa kerana mereka sanggup menggunakan kemudahan yang diberikan kerajaan semata-mata ingin mengaut keuntungan,” katanya sambil menunjukkan resit pembayaran dari pihak TEKUN.

Penjawat awam, Salehuddin Hussin, 36, berkata beliau kecewa dengan tindakan pengusaha lintah terbabit kerana sudah melabur hampir RM90,000 untuk syarikat itu. “Kami tidak tahu kepada siapa ingin meluahkan kekesalan dan kemarahan ini kerana kami masih berharap mereka boleh menjelaskan bayaran yang dijanjikan. “Apabila kami cuba menghubungi mereka, ada saja alasan yang diberikan seperti pasaran tidak menguntungkan, tiada pembeli atau masalah ternakan tidak menjadi,” katanya.

Isnin, Ogos 16, 2010

HATI-HATI DENGAN PELBAGAI PROMOSI PINJAMAN SEMPENA RAMADAN

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bagai 'menangguk di air keruh', koperasi dan syarikat pinjaman wang berlesen dilihat semakin galak mempromosikan pinjaman peribadi mereka bersempena bulan Ramadan dan juga jualan mega sekarang.

Slogan seperti 'Jangan ketinggalan, promosi pinjaman peribadi kami - Ramadan Special' yang menawarkan kadar faedah rendah disebar menerusi pelbagai cara termasuk internet.

Promosi serupa turut disertai sektor perbankan yang menggunakan sistem pesanan ringkas dan media massa untuk memberitahu pelanggan tentang pinjaman kecil mereka.

Bagi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), isu itu bukan perkara baru sebaliknya telah ramai yang 'terpikat' dan akhirnya terperangkap dengan hutang setiap kali musim perayaan.

"Daripada apa yang kita perhatikan memang ramai penjawat awam terlibat dengan hutang, tambahan pula di musim perayaan. Bila ditolak segala hutang, wang gaji yang tinggal tidak sampai 40 peratus," kata Presidennya Omar Osman kepada Bernama.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai penjawat awam akan bertindak serupa tahun ini memandangkan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 10 Sept, iaitu hampir dua minggu sebelum gaji yang seterusnya.

"Kita bimbang apabila gaji bulan Ogos telah habis dibelanjakan untuk raya dan mereka tidak mampu menanggung perbelanjaan sepanjang September menyebabkan mereka berhutang, ambil wang pendahuluan dan sebagainya," katanya.

Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pembayaran gaji bulan September lebih awal bagi mengelakkan masalah itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata perbelanjaan pada bulan Ramadan seharusnya dibuat secara teliti dan berdisiplin.

"Ukur baju di badan sendiri. Adakan senarai keutamaan dan beli ikut keperluan. Dapatkan pandangan dari pihak kedua seperti pasangan dan keluarga agar tidak menyesal di kemudian hari," katanya.

Beliau mencadangkan agar setiap pembayaran dibuat secara tunai agar aliran wang keluar dapat dilihat dan seterusnya menjadikan penjawat awam lebih berhati-hati ketika berbelanja.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah pula berkata isu berhutang dapat dielakkan jika masyarakat dapat menghayati makna sebenar Ramadan iaitu mengingati nasib mereka yang tidak berkemampuan.

"Tawaran pinjaman memang banyak, tapi kalau keadaan tidak mendesak dan kita tidak perlu wang itu, jangan ambil.

"Hiasan dan perabot baru bukan benda penting. Jangan rasa rendah diri atau cemburu dengan jiran-jiran, fikir panjang sebelum buat keputusan dan jangan hidup berhutang," katanya.

Katanya, orang ramai harus bertanya pada diri sendiri sama ada mahu kemewahan tetapi dibebani hutang, atau hidup selesa tanpa kerisauan apabila kemeriahan Aidilfitri berakhir.

Ketagih Berbelanja

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

BAGI sesetengah wanita, gila berbelanja dapat memberi kepuasan. - Gambar hiasan.


TIBA sahaja Ramadan, ramai yang memperkatakan soalan kesihatan fizikal. Kemampuan berhadapan dengan diet dan penyakit sering menjadi ukuran puasa yang sempurna. Namun, bagaimana pula dengan anda yang diserang penyakit dalam diam. Lebih-lebih lagi ia memerlukan kekuatan mental untuk melawan penyakit ini. Hakikatnya, inilah yang dialami oleh umat Islam menjelang Aidilfitri. Semuanya gila berbelanja kerana ingin bergaya di hari raya dan mengejar jualan murah. Tidak cukup itu, orang ramai berpusu membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.
Menyentuh isu gila berbelanja atau istilah biasanya shopaholic, teringat sebuah filem mengenai seorang gadis yang berhadapan dengan penyakit mental ini.
Masakan tidak, watak sebagai seorang gila berbelanja bernama Rebecca ternyata dekat sekali di hati kebanyakan wanita di seluruh dunia yang menjadikan beli-belah sebagai terapi nafsu bergaya paling mujarab.

Menerusi Confessions of a Shopaholic, watak heroin, Rebecca dibelenggu hutang kerana tabiatnya yang gila berbelanja.Wanita ini juga sanggup menipu demi memenuhi kehendaknya.Dalam filem tersebut, Rebecca mendapatkan rawatan dengan menghadiri kaunseling kelompok.Apa yang tersirat di sebalik filem itu, masyarakat tempatan kurang prihatin terhadap kesan penyakit mental tersebut.Fenomena ini berlaku menjelang musim perayaan apabila semua ingin mempunyai pakaian, aksesori, perabot yang baru.
Selain dibelenggu hutang, shopaholic boleh menyebabkan kita menjadi stres, cemburu dan hubungan suami isteri renggang.

Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya, Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah, dalam konteks ini, seseorang itu hilang kawalan dan ketagihan berbelanja.Golongan ini sering berbelanja secara berlebihan dan berterusan sehingga memudaratkan diri mereka dan orang sekeliling. Tidak kira lelaki atau perempuan mereka boleh diserang penyakit mental itu.
Pelbagai alasan kenapa gejala ini berlaku. Pada awalnya, ramai yang menganggap ia satu keseronokan untuk menghilangkan kemurungan diri. Namun, mereka akan terus berbelanja dan berbelanja tanpa menghiraukan akibatnya.

Misalnya, kenapa orang membunuh diri? Mungkin kerana tekanan, kemurungan atau marah. Begitu juga dengan shopaholic yang dengan berpunca masalah dalam diri."Ketidakmatangan diri untuk mengawal nafsu dan kemahuan tanpa menyedari akibat daripada tindakan sedemikian mengikut lunas agama. Amat penting untuk membezakan keperluan dan kemahuan," jelas beliau.

Pada musim perayaan, ramai yang berbelanja kerana pengaruh rakan-rakan. Misalnya, membeli kerana didorong sikap tunjuk-menunjuk.Ramai yang sanggup berbelanja lebih daripada kemampuan kerana tidak mahu kurang daripada orang lain.Berhubung isu ini, faktor persekitaran turut menyumbangkan kepada gejala ini. Selain pesta membeli-belah dan karnival jualan murah, ramai yang mengambil kesempatan penggunaan kad kredit.Sehubungan itu, masyarakat tidak menyedari kesan yang dihadapi akibat shopaholic.
Seperti yang berlaku dalam filem, Confessions of a Shopaholic, tabiat ini menyebabkan bebanan hutang yang melampau.Apabila tekanan datang kemudian, ia secara tidak langsung menyebabkan penyakit mental yang lain seperti murung, menipu dan rasa tidak tenteram.

Masalah ini juga akan menyebabkan hubungan keluarga keruh. Kebiasaannya, masalah itu berpunca daripada kedudukan kewangan yang dihadapi khususnya mereka yang sudah berkahwin. Seperti kes Rebecca, dia akhirnya sanggup menipu orang lain dan mengetepikan kawan baik sendiri. Hubungannya dengan orang sekeliling akhirnya tidak baik.
 
"Lunas agama telah menyatakan dengan jelas tentang gila berbelanja hingga berlaku pembaziran. Apatah lagi, jika berbelanja tidak mengikut keutamaan sehingga tiada simpanan. Masalah kewangan akan dialami selepas musim raya. Ini akan mengakibatkan stres jika perbelanjaan pendidikan anak-anak pun tidak dapat disediakan," ujar beliau.

Bagi mengatasi masalah ini, Dr. Haslee menasihatkan orang ramai mengubah tingkah laku.
Kebanyakan pesakit mental tidak tahu bahawa penyelesaian bermula daripada diri sendiri.
"Isu ini ada kaitan dengan pengurusan kendiri, disiplin kendiri, kawalan kendiri dan kematangan psikologi. Individu terbabit perlu disedarkan bahawa mereka masih belum matang sebab hilang kawalan berbelanja mengikut hawa nafsu. Agama kita sangat indah dan mengajar kita membentuk jati diri yang matang, mengerjakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang menggunakan akal fikiran sendiri tanpa paksaan atau pemantauan mana-mana pihak," jelas beliau.

How safe is your credit card?

"This is such a big joke. How was his card approved when he was serving his sentence"- DATUK MICHAEL CHONG

Sunday August 15, 2010 By RASHVINJEET S.BEDI sunday@thestar.com.my 

The seizure of cloned foreign credit cards, including 70 blank ones, during a raid in a house in Alor Setar recently may be a cause for concern but industry experts say since the implementation of the chip-based cards, it is more difficult for fraud to occur now.

IT was a routine credit card transaction for travel agent Yong Lee Heng (not his real name). After getting clearance from the credit card’s issuing bank for a payment of RM17,000, Yong processed the airline tickets for five African men.But 26 days after the transaction, the bank called Yong to tell him that the credit card that had been used was forged. The bank then retrieved RM6,000 from his credit account and demanded that he pay the remaining RM11,000. Yong insists it was unfair to make him pay for a transaction that the bank had approved.“We are just a travel agency. How would we know if a card was forged?” an agitated Yong argues.


He says the bank is now prepared to offer him a discount and payment by instalment but Yong is having none of that. His case is just one instance of credit card fraud that is still happening in the country, although it is occuring on a lesser scale now.

According to statistics from Bank Negara, the total amount of credit card fraud in 2004 was around RM68mil. This fell to around RM20mil in 2006, when use of the chip-based cards using Europay-MasterCard-Visa (EMV) standards was implemented. A Commercial Crimes Investigation Department (CCID) spokesperson says that while credit card fraud is not as severe as before, it is still considered a problem.

Recently, the Kedah CCID seized 137 cloned foreign credit cards, including 70 blank ones, during a raid in a house in Alor Setar. The cards are those cloned from non-EMV cards.“Cards using magnetic strips are much easier to forge than the chip-based ones,” says the CCID spokesperson. But the EMV measures have not stopped the still-active syndicates who have come up with new ways of committing fraud (see accompanying story on the modus operandi of credit card fraud syndicates), says the spokesperson.

These include the Card Not Present (CNP), Account Take Over (ATO), false application, replacement of original credit card with another card and the classic case of stealing other people’s cards and using them.
According to Bank Negara, the CNP transactions and unauthorised transactions using lost and stolen credit cards remain the main source of fraud losses, accounting for 57% and 20% of total credit card fraud losses respectively in 2009.

MCA Public Services and Complaints Bureau head Datuk Michael Chong says his office is still receiving complaints of credit card fraud cases. In 2008, the department received 14 reports involving RM76,000; in 2009 it was 13 cases involving RM45,000. So far this year, the department has received five complaints involving RM63,000.

One of the cases involved someone who was in jail when the application for the card was made.
“This is such a big joke. How was his card approved when he was serving his sentence? Banks have to be more stringent in their approval process for credit cards,” Chong says. He believes banks are fighting for business and might be approving credit cards easily. A frequent complaint by consumer groups is the fact that banks pre-approve credit cards and send them to customers who did not sign up for them in the first place.
“If credit cards are important, then the banks must make sure the new cardholders collect them personally instead of sending them by mail,” says Chong.

There have also been cases where personal details and signatures of those applying for one credit card have been reused to apply for others. Chong also highlights incidents where credit cards can be switched, citing the case of a woman whose car was broken into while she was out jogging. As her purse was not stolen, she did not think there was anything to worry about. Later, Chong relates, the woman received a call from her bank requesting her to verify some transactions she was supposed to have made. When told she had spent RM24,000, she checked her purse and found her credit cards had been replaced with similar looking cards.

Consumers are now protected if they are victims of credit card fraud, according to the Consumers Association of Penang (CAP). Its president S.M. Mohd Idris says that in 2003, Bank Negara came up with a credit card guideline and clause (13.2) that says banks cannot charge the cardholder more than RM250 for fraudulent transactions if the cardholder is not a party to the fraud and the loss of the card was reported as soon as possible.The clause says that where the amount in dispute is more than RM250, then the onus is on the bank to prove that the cardholder has acted fraudulently or failed to inform the banks as soon as reasonably practicable upon discovery of the loss.

“In reality, the cardholder has to try to prove that the transactions were not done by him. Even then the bank will say he is responsible for all transactions carried out before the loss is reported to the bank,” says Idris.
In June 2009, the KL High Court judge held that the Bank Negara guideline “had the force of law” and that the guideline limited the liability of the cardholder to only RM250 where loss is reported promptly.
Idris says that before the High Court ruling, cardholders ended up paying more than the RM250.
Even big businesses are victims of credit card fraud.

Johan Aris Ibrahim, head of Financial Services and Loyalty, AirAsia, says that although credit card fraud is on a low side (below 1%) compared to the size of its business, they are continuously aiming for zero fraud.
He says that since 80% of AirAsia’s revenue is derived from Internet bookings, the management places high importance to keeping credit card fraud transactions at a minimum.

Johan says the company has a Credit Card Fraud Control Unit (CCFCU) operating 24/7 to detect fraudulent credit card transactions and they liaise closely with all the banks in Malaysia to verify suspicious transactions.
AirAsia, meanwhile, is encouraging their cardholders to activate the 3-D Secure feature on their credit cards with their respective banks. Johan explains that once activated, the bank will text the card holder the 3-D Secure pin. Cardholders will then be requested to input their 3-D Secure pin for every online transaction
“This will prevent fraudulent credit card transactions in case the credit card gets stolen,” says Johan.

However, according to research house Lafferty Group, payment card fraud and attempted fraud rates in Malaysia have dropped substantially following the migration from magnetic stripe to chip-based ATM cards and EMV standards on credit cards as well as the introduction of additional security measures for Internet banking.
“Cloning is a far less serious issue than before the adoption of EMV,” says Andrew Neeson, who heads the Cards and Payments and Consumer Finance Research section at Lafferty Group.
Despite this, says Neeson, combating fraud and financial crime is an unrelenting battle for the global retail banking and cards and payments industry as fraudsters will always attack what they perceive to be the weakest area of defence.

“Phishing attacks are a major issue in credit card fraud as they enable criminals to fraudulently acquire consumers’ user names, passwords and credit card details. Phishers have expanded their reach to web infrastructure sites such as domain registrars and hosting services,” he says.
He adds that banks and payment networks are fighting back against fraud with the two-factor authentication process.

For example, Visa Europe has announced that its Visa CodeSure online payment initiative is now fully available for commercial launch after a number of consumer pilots and rigorous testing with European banks.
Neeson says the Visa CodeSure system improves online security by providing a Visa card with an alpha-numeric display and 12-button keypad and battery that is embedded in the card. “The payment network explains that as cardholders are required to enter their PIN for every online transaction, the CodeSure card will prevent any unauthorised use,” he says. He adds that MasterCard Europe has also unveiled a debit card with a built-in display window and touch-sensitive button that can provide cardholders with information, such as a dynamic passcode and account balance.

Ahad, Ogos 15, 2010

Bukan Mata Wang Kedua

Hanya Bank Negara Keluarkan Wang Yang Diiktiraf


PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata hanya Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.
Mengulas mengenai pelancaran mata wang dinar dan dirham Kelantan, Perdana Menteri berkata BNM akan melihat perkara berkenaan dari segi percanggahan undang-undang."Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara sahaja boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf, yang sah dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di sini, Sabtu.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan. Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM. Diminta mengulas lanjut, Najib berkata: "Kita kena lihat sama ada ini bercanggah dengan undang-undang negara atau tidak, saya serah pada Bank Negara untuk mengkaji perkara ini."Kita biar Bank Negara buat kenyataan," kata Najib.

Mengikut laporan akhbar hari ini, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.Kenyataan itu menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan. Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia. - BERNAMA

Jumaat, Ogos 13, 2010

10 EPF members guilty of fraudulent withdrawals

NSTOnline, 2010/08/12

KUALA LUMPUR: Ten people were convicted of cheating the Employees Provident Fund (EPF) by providing fraudulent documents for withdrawals between April and June this year. EPF general manager (public relations) Nik Affendi Jaafar said they were sentenced to jail and fined by the court, adding that one of them received the maximum RM10,000 fine.

During the same period, 26 other EPF members were charged with cheating or attempting to cheat under Section 59 of the EPF Act 1991.

Nik Affendi said the EPF action taken against offenders indicated its continuous efforts to protect the retirement savings of members.

"Cheating the EPF by submitting fraudulent documents or information to withdraw savings is a very serious offence under the EPF Act 1991," he said in a statement here Thursday.

He said those convicted of the offence but returned the money to the EPF within six months of the conviction date, would be allowed to make the same withdrawal after two years from the date the money was returned.

Meanwhile, those who did not return the money or only returned them after six months from the date of conviction, would lose their rights to make the same withdrawal forever.

Nik Affendi said most of the convicted members were found to have been lured by a syndicate to commit the offence as it took advantage of their financial problems.

He advised those who wanted to withdraw their EPF savings to deal directly with the EPF.

This was vital to ensure their retirement savings did not fall into the wrong hands, he said.

Nik Affendi called on those with information on the syndicate to lodge a report by calling the EPF Anti-Fraud hotline at 03-2616 2121 during working hours. - BERNAMA


2bz4money: Buatlah sesuatu perkara secara berhemah dan mematuhi peraturan..

Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat



    KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub,   menunjukkan mata wang   Dinar Emas dan  Dirham     Perak pada majlis pelancaran di  Kota Bharu, semalam.
KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub, menunjukkan mata wang Dinar Emas dan Dirham Perak pada majlis pelancaran di Kota Bharu, semalam.

BHOnline, KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.

Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Kelantan melancarkan dinar dan dirham yang akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata berdasarkan kajian, penggunaan dinar dan dirham dalam urusan perniagaan di negeri ini tidak bercanggah dengan peraturan ditetapkan BNM.
"Kajian sudah dilakukan dan ia tidak bercanggah, kita ikut laluan yang betul dan kalau ada apa-apa kita boleh runding, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Mata Wang Syariah, Dinar dan Dirham Kelantan di sini, semalam. Pada majlis itu, Nik Aziz turut menyampaikan sijil dan pelekat kepada rangkaian peniaga negeri ini yang bersedia menerima dinar dan dirham sebagai medium jual beli.

Sebagai simbolik perasmian, Nik Aziz turut menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh, menggunakan dinar.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, turut mengesahkan pengeluaran mata wang di luar bidang kuasa kerajaan negeri, malah tindakan kerajaan PAS Kelantan itu tidak praktikal dan tidak kena pada caranya.

3 gets jail for investment scams

BusinessTimes,Friday, August 13, 2010, 05.26 AM. THREE Malaysians have been convicted in Singapore and Brunei for running investment scams and taking deposits illegally.

Hasri Mohd Noor, a director of Business Time Dina Sdn Bhd, a company related to Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, has been sentenced to six years' jail by the Brunei High Court on August 7 for illegal deposit-taking.

Hasri is being prosecuted in Malaysia now for possible offences under Section 25(1) of the Banking and Financial Institutions Act 1989 and Section 4(1) Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001.

In a related development, on July 30, Phang Wah and Jackie Hoo Choon Cheat of Sunshine Empire Sdn Bhd, was sentenced by a District Court in Singapore to nine years' and seven years' jail, respectively, for an investment scam.


Both were convicted for fraudulent trading under Section 340 of the Singapore Companies Act and criminal breach of trust under Section 409 of the Singapore Penal Code.

On June 3, Sunshine Empire was fined RM2 million after pleading guilty at the Kuala Lumpur Sessions Court to two charges under Section 25(1) of Bafia for accepting deposits from members of the public without a valid licence.

Members of the public are reminded not to place any monies or deposits with unlicensed institutions or be involved in any form of get-rich-quick schemes to avoid losing their hard-earned money," Bank Negara Malaysia said.

A list of institutions licensed to accept deposits is available on Bank Negara's website at www.bnm.gov.my. Information related to illegal financial schemes and actions taken by the central bank can be accessed at its Financial Fraud Alert Site (http://fraudalert.bnm.gov.my).

2bz4money: Negara luar ambil tindakan keras bagi memerangi SCK..

Rabu, Ogos 11, 2010

Ramadan Bukan Bulan Melayan Nafsu Atau Berbelanja Mewah

,Rabu Ogos 11, 2010
KUALA LUMPUR: Ramadan bagai tetamu yang sering dinanti-nantikan, bulan untuk umat Islam meningkatkan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa, datang lagi. Di bulan yang mulia ini juga umat Islam diharap dapat menginsafi kesusahan hidup yang terpaksa ditanggung mereka yang kurang bernasib termasuk dari segi kecukupan makanan serta minuman. Justeru bersikap sederhana dalam soal makan dan minum amat dianjurkan pada bulan ini dan hendaknya diamalkan di bulan-bulan seterusnya. Langkah yang bijak ini juga sudah tentunya dapat mengurangkan kos perbelanjaan di tengah-tengah kenaikan harga bahan bakar serta barangan keperluan lain dewasa ini.

JADI 'KOMODITI'
Di sebalik kesucian Ramadan, tidak kurang juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan bulan ini sebagai 'komoditi' perdagangan untuk tujuan meraih sebanyak mungkin keuntungan. Pelbagai taktik licik digunakan untuk menjerat sudah tentunya pengguna beragama Islam. Bagi mereka yang terus dibelenggu hawa nafsu, maka tersungkur tewas dengan berbelanja sakan daripada yang sepatutnya. Tidak cukup wang tunai, 'wang plastik' yakni kad kredit dilayang untuk membayar pembelian! Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberitahu Bernama bahawa sudah menjadi lumrah bagi sesetengah pihak mengambil kesempatan apabila tiba bulan Ramadan.

IKUT NAFSU
Setiap kali datang Ramadan, setiap kali jugalah umat Islam diperingatkan betapa mereka perlu mengawal nafsu dan ianya bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Cuma amanat dan peringatan ini tidak melekat di hati sesetengah orang lantas kos perbelanjaan bagi mereka ini di bulan Ramadan lebih banyak daripada kebiasaannya. Perhatikan sahaja mereka yang berbondong-bondong membanjiri gedung beli-belah atau bazar Ramadan yang tumbuh bagaikan cendawan setiap kali menjelang Ramadan. Ada yang sudah membeli-belah sehingga berhelai-helai pakaian serta barang lain di samping menukar langsir dan perabot rumah. Malah ada yang pasti berkunjung ke kedai menjual kereta untuk mendapatkan kereta baru untuk bergaya balik kampung. Ketika berkunjung ke bazar menjual juadah berbuka puasa pula, ada yang nafsu makan seakan membuak-buak dan bila pulang ke rumah, berbungkus jenis juadah dijinjing yang akhirnya menjadi habuan bakul sampah! "Walaupun sebenarnya bulan Ramadan ingin mendidik umat Islam untuk bersikap sederhana dalam segala bentuk amalan seperti makanan, namun tabiat berbelanja secara berlebihan ini nampaknya masih sukar dikikis," demikian komen Mohd Yusof.

MURAH ATAU SEBALIKNYA
Jika kita perhatikan di premis beli-belah, sebelum kedatangan bulan Ramadan lagi kebanyakan premis sudah mula membuat pelbagai gimik jualan. Bulan ini seakan bulan pesta menjual dan membeli-belah. Pelbagai slogan digunakan untuk menarik perhatian pengguna dengan pelbagai potongan harga dan diskaun serta hadiah ditawarkan. "Peniaga mengadakan pelbagai jualan murah dan 'jualan mega' kerana sikap suka berbelanja pengguna. Pelbagai taktik digunakan untuk menarik perhatian pengguna supaya membeli barang jualan mereka. "Berdasarkan Akta Perihal Dagangan 1972, iaitu di bawah Peraturan Perihal Dagangan (Jualan Murah) 1997, pusat beli-belah dikehendaki memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui notis untuk mengadakan jualan murah.
"Setiap tahun, sebanyak lima jualan murah yang dibenarkan bagi pusat beli-belah, iaitu tiga kali mengikut tarikh dan jangka masa yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan dan dua kali ditentukan oleh pusat beli-belah itu sendiri," jelasnya.

Menurut Mohd Yusof, semasa jualan murah juga, 70 peratus daripada keseluruhan barang yang dijual di pusat beli belah hendaklah diberikan potongan harga. "Biarpun begitu, banyak aduan yang diterima daripada pengguna tentang pusat beli-belah yang melakukan penyelewengan semasa jualan murah, antaranya harga yang sama sebelum dan semasa jualan murah. "Peniaga menaikkan harga semasa jualan murah dan memberikan diskaun tertentu yang akhirnya didapati harga barang selepas diskaun ialah sama sebelum jualan murah diadakan," tambahnya.

Pengarah Komunikasi Kumpulan Fomca itu berkata ada juga pusat beli-belah yang menukar kualiti barang yang menunjukkan apabila diberikan diskaun harga barang adalah rendah. "Sebenarnya harga rendah tetapi kualiti barang juga rendah. Disebabkan oleh pelbagai unsur penipuan yang berlaku semasa jualan murah, maka KPDNKK akan meminda Akta Perihal Dagangan bagi mengetatkan peraturan jualan murah.
"Dalam pindaan yang baru ini, peniaga yang ingin mengadakan jualan murah diwajib menyenaraikan harga lama dan bagi barang yang ingin diadakan jualan murah, sebelum lesen jualan murah dikeluarkan," katanya.

BUFET RAMADAN DAN ISU HALAL
Lazimnya juga bila datang bulan Ramadan, hotel dan restoran bagaikan berlumba-lumba menawarkan bufet Ramadan dengan senarai menu makanan yang berjela-jela panjangnya. Ada promosi berbuka puasa menawarkan 99 jenis makanan, ada juga yang mengiklankan 100 hingga 200 juadah makanan! Harga bufet pula berbeza-beza mengikut premis di mana bufet itu diadakan. Ada yang serendah RM50 hingga melebihi RM100 seorang dewasa dan untuk kanak-kanak pula sekitar serendah RM25 hingga RM50 seorang.
Realitinya berbuka puasa di hotel umpamanya menjadi satu trend hari ini. Banyak syarikat korporat mengadakan majlis berbuka puasa di hotel termasuk menjemput mereka yang kurang bernasib baik, antaranya anak-anak yatim.

Isu yang sering dikaitkan dengan berbuka puasa di hotel, di samping bayaran yang mahal ialah status halal juadah yang dihidangkan khasnya di rangkaian hotel-hotel yang tidak begitu dikenali. Nisbah hotel di negara ini yang memiliki Sijil Halal Malaysia dilaporkan terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan hotel yang ada.
Untuk itu, amat wajar sekali untuk umat Islam lebih berhati-hati sekiranya mahu berbuka puasa di mana-mana premis termasuk hotel sepanjang Ramadan.

PESAN FOMCA
Mohd Yusof berkata pengguna Islam perlu menjadikan bulan Ramadan sebagai masa untuk berjimat-cermat dalam setiap segi perbelanjaan dan mengamalkan gaya hidup lestari. "Wang yang dapat dijimatkan itu digunakan sebagai perbelanjaan musim perayaan seperti menampung kos minyak kenderaan untuk balik kampung, membeli pakaian dan sebagainya. "Jika boleh, sediakan dana dari awal tahun lagi untuk menyambut perayaan pada dengan menetapkan jumlah wang yang diperlukan. Menurut beliau, cara demikian akan memastikan pengguna tidak terbeban dengan jumlah wang yang banyak diperlukan untuk perbelanjaan musim perayaan.

Ramai pengguna yang menggunakan pendapatan bulanan mereka untuk berbelanja ketika musim perayaan yang menyebabkan mereka tidak dapat menampung perbelanjaan pada bulan itu. "Akhirnya mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang semasa, seperti hutang kad kredit, ansuran kereta, rumah dan sebagainya. "Malah ramai juga yang terpaksa berhutang untuk perbelanjaan hari raya.
"Oleh itu amalan menyimpan wang untuk kegunaan musim perayaan perlu dijadikan satu kebiasaan agar tidak mengalami masalah kewangan," katanya. - BERNAMA

Muslims advised to be thrifty during Ramadan to avoid debt

Wednesday August 11, 2010, KUALA LUMPUR: Muslims should spend prudently during the holy month to avoid getting trapped in debt which can drag the family into trouble, said the Prime Minister.

In his Ramadan message issued here yesterday, Datuk Seri Najib Tun Razak also reminded traders not to take advantage of the high demand and indiscriminately raise prices during the month.
He said Muslims in the country were fortunate they could fulfil their Ramadan obligations in peace compared to those in other countries facing natural crises or being trapped in war zones.
Month of abstinence: (From left) Norliyana Md Ali, Mastura Abu Bakar, Nurul Liana Hamdan, Nur Syafiqah Kamarolzaman, Arina Ahmad and Farah Wahida Che Umar checking different types of dates, or ‘buah kurma’, at a stall in Chow Kit in Kuala Lumpur, as they prepare for the fasting month, which starts today. The holy month of Ramadan will see Muslims all over the world fasting from dawn to dusk and practise moderation. - AZHAR MAHFOF / The Star

“Let us all together celebrate Ramadan with our friends from the other races in the spirit of goodwill as inspired by ‘1Malaysia 1Ummah (1Malaysia, 1People)’,” he said as reported by Bernama. He added that Ramadan was also the time Muslims strived for greater strength of character, reinforced their spirituality and relationships with family members and friends. Najib and his family wished Muslims a blessed Ramadan.

Isnin, Ogos 09, 2010

Gold is still the better investment

Monday August 9, 2010

By DALJIT DHESI

daljit@thestar.com.my


PETALING JAYA: The fluctuation in gold prices is not expected to affect long-term gold-related investments because the metal is still viewed as the best alternative asset class and a safe haven in times of economic uncertainty. Although the price of the commodity had rebounded after hitting three months low recently, bankers and analysts view the situation as a short-term market volatility and were confident it would not affect those investing in gold-related investments for long-term gains.

Some of the investment products in the market which are linked to gold are multi-currency and dual-currency gold accounts, gold investments via exchange-traded funds (ETFs) and structured products, as well as gold savings passbook account (GSPA).

CIMB group private banking products head Alan Inn told StarBiz the company was bullish on gold in the long term, adding that the current weakness in gold price gave a good opportunity to gain entry for such investment. “We expect the price of gold will eventually rebound in the coming months. There will certainly be volatility in gold as prices rarely move in one straight line up.
An employee adjusts gold accessories in a glass case at a jewellery shop in Huaibei, China. Gold is regarded by many as a safe alternative investment — Reuters

“As for long term-oriented investors, we recommend them to buy, lock the investment up and sit tight,” he said. Inn said with the tremendous amount of money being printed by developed nations, investors were likely to increasingly doubt the wealth preservation value of paper money. In addition, he said, the supply-demand dynamics of gold were compelling as the global gold production had stagnated since the turn of the century, with new gold discovery on a downtrend.

Concurring with Inn, Malaysian Rating Corp Bhd vice-president and head of financial institution ratings Anandakumar Jegarasasingam said the downside for gold prices appeared to be limited. This was because the metal was not only regarded as a safe alternative investment but its demand was also driven by economic and cultural factors, he said. The demand from countries like India, which is also the largest consumer of gold, was still steady due to the metal’s symbolic importance, he noted.

Citibank recently launched the country’s first multi-currency gold account which allows investors to invest directly in gold with three currencies – US dollar, euros and Australian Dollar. This is unlike most other existing products which only allows investments via ringgit and US dollar. Citibank also launched dual-currency account for gold which allows investors to pair these currencies to gold to potentially earn higher interest compared with the traditional time deposits over a one month timeframe. Denominated and held in gold, these accounts can be converted to US dollars, Australian dollars and euros and allows customers to either invest directly in gold or choose to pair currencies with gold to earn interest.
Citibank head for retail banking Paul Hodes said he expected these two products to be key growth drivers for the bank’s investment business. He said Citibank would consider adding new currencies to its gold accounts in line with clients’ needs.

Meanwhile, Inn said CIMB Private Banking allowed clients to get exposure in gold investments via ETFs, structured products and unit trust funds. Inn said the advantage of investing via this ETF was the lower cost of investment as opposed to investing in physical gold, and the high daily liquidity of the instrument.
The Gold ETF (in US dollar) had delivered a total return of 34% since CIMB Private Banking recommended its clients to invest in gold in 2008. Gold-structured products, Inn said, had also performed well as clients had been able to receive 14% returns over the last two years, outperforming fixed-deposit rates which were averaging around 2.4% per annum during the period.

Malayan Banking Bhd (Maybank) deputy president and head of community financial services Lim Hong Tat said apart from offering gold bullion coins, popularly known as Kijang Emas, the bank also offered passbook-based gold investment product, GSPA. GSPA account holders could invest in gold without having to take possession of physical gold and be burdened with its safekeeping concerns, Lim noted.
Maybank offers the conversion of gold only in ringgit value via its GSPA product. Since June 2009, Lim said the bank had recorded an average of 1,250 new GSPA accounts every month with over 70,000 grams of gold traded monthly.

ASW 2020: PNB umum agihan pendapatan 6.35 seunit

09/08/2010 2:34pm

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.35 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2010 berbanding 6.30 sen seunit tahun sebelumnya.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM777.53 juta, yang meningkat 32.30 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya, yang berjumlah RM587.70 juta.

"Pengagihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh 892,825 pemegang unit yang telah melanggan 13.1 bilion unit ASW 2020” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASW 2020 di sini hari ini.

"Dalam tempoh 11 bulan sehingga 6 Ogos, 2010, dana ASW 2020 telah berjaya menarik 20,226 pemegang akaun baru, sementara jumlah unit pelaburan baru bersih telah meningkat sebanyak 2.09 bilion unit atau 18.98 peratus,” katanya.

Sehingga 6 Ogos, 2010, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM887.05 juta. - Bernama

2bz4money: Saya ada menyimpan sikit ASW via buku dan sijil (secara OD). Nampaknya PNB menggunakan kadar sama seperti ASD. Yang boleh saya simpulkan sebagai memuaskan.

Ahad, Ogos 08, 2010

Duit loteri habis, petani bakar diri

2010/08/08

KUCHING: Seorang petani warga tua yang pernah hidup mewah selepas memenangi wang loteri berjumlah hampir RM1 juta lima tahun lalu berakhir dengan dia membakar dirinya sendiri kerana kehabisan wang berkenaan.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku dalam minggu ini, mangsa yang hanya dikenali sebagai Khoo, 63, berasal di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, dikatakan bertindak mengorek lubang kubur di belakang rumahnya sendiri sebelum menyimbah petrol dan menyalakan api pada tubuhnya.
Difahamkan, Khoo yang memenangi loteri berjumlah RM750,000 terpaksa hidup merempat gara-gara terlalu boros membelanjakan wang itu selain pernah membeli nombor ekor berjumlah RM1,800 setiap kali cabutan dengan harapan mendapat pulangan lebih besar.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi, berkata setakat ini kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dengan pihaknya percaya kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur khianat.

"Mayat mangsa hanya ditemui anak saudaranya yang melawat rumahnya kira-kira jam 7 petang semalam (kelmarin) kerana ingin bertanya khabar selepas mereka tidak berhubung bagi tempoh yang agak lama.

"Anak saudaranya yang menemui lubang berkenaan bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian yang menimpa bapa saudaranya itu. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Simunjan bagi pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memaklumkan, pakciknya itu tidak pernah berkahwin dan tinggal seorang diri kerana mengusahakan tanaman sayur di kebun bersebelahan rumahnya.
"Sebaik menang wang loteri, pakcik terus berhenti daripada mengusahakan kebun sayur selain sempat membina rumah baru, melancong ke luar negara beberapa kali serta membeli lebih banyak nombor ekor dengan harapan mendapat keuntungan besar.

"Namun nasib tidak menyebelahinya menyebabkan dia terpaksa menjual bahagian rumah yang diperbuat dari besi bagi meneruskan kehidupan. Mungkin akibat terlalu tertekan, dia bertindak membakar dirinya sendiri," katanya.

2bz4money:  Rezeki  dari hasil perjudian tidak bertahan lama..akhirnya membawa kepada kesengsaraan berpanjangan...Berusaha dan carilah rezeki dari sumber yang halal..

Sabtu, Ogos 07, 2010

Man wins Mercedes by going on shopping spree

2010/08/07
By Sheila Sri Priya
streets@nstp.com.my


Chan Chee Wah jumping for joy over his win. — Picture by Aizuddin Saad
Chan Chee Wah jumping for joy over his win. — Picture by Aizuddin Saad
KUALA LUMPUR: Positive thinking, determination and family support helped a sales manager to win a Mercedes-Benz C200K at the “Got Score Cash and Cars” contest organised by MBF Cards (M) Sdn Bhd. Chan Chee Wah, 34, said said he had made thousands of ringgit worth of transactions shopping for groceries in May and emerged as the winner of the contest.

Chan said: “Most of the grocery items that I bought to earn points for the contest are still stored in my house.

“I owe a big thank you to my wife, daughter and other family members who encouraged me to participate in the contest,

“I was determined to win the car and only had positive thoughts in my mind,” he said.

The Mercedes-Benz is the first of five luxury cars to be won by a MBF card holder. In the next seven months of the ‘Got Score Cash and Cars’ contest card holders have the chance to win a BMW 320i Sports, Volkswagen Scirocco, Mini Cooper S and Audi A4 1.8T.

The contest was launched on May 1 and ends next February. To participate, card holders need to make a minimum of five transactions worth RM50 in a single receipt within a two-month period.

Each transaction will earn the card holder points. The card holder who and the most amount of scores the most points within the two-month period will win the car.

Card holders with the next four highest points will each win RM2,500. On a daily basis the card holder who scores the most number of points will win RM1,000.

MBF Cards Malaysia president John Ding said the contest’s main objective was to reward card holders. He said the contest rewards were worth a total of RM3 million.

“Someone asked me if the company makes a profit from this contest. We do not profit from the contest. It is the way we reward customers,” he added.


2bz4money:  Tidak perlu shopping berhabis-habisan untuk menang hadiah. Ikut kemampuan; kalau dah rezeki, tak ke mana..

Jumaat, Ogos 06, 2010

Penjamin Juga Boleh Diisytihar Bankrap

mStarOnline, Selasa Ogos 3, 2010

RAKYAT Malaysia yang menjadi penjamin juga boleh diisytiharkan bankrap sekiranya terdapat perintah mahkamah terhadap peminjam utama yang gagal melunaskan hutang.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ia mungkin sukar dipercayai namun itulah hakikatnya menyebabkan banyak pihak terus mempersalahkan jabatan itu.
Menurut beliau, timbul suara tidak puas hati mengatakan Jabatan Insolvensi Malaysia bertindak zalim kerana turut memusnahkan kehidupan mereka yang tidak berhutang.

“Perlu diperjelaskan bahawa kami tidak membankrapkan mereka dan sebagai penjamin, mereka sepatutnya bertanggungjawab ke atas jaminan itu.“Jika peminjam utama gagal membayar hutang maka penjamin perlu mengambil alih tanggungjawab itu,” katanya kepada Mingguan mStar.Dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, seramai 81,908 individu diisytiharkan bankrap membabitkan jumlah hutang RM71.36 bilion.
Daripada jumlah tersebut, 4.66 peratus merupakan penjamin sosial manakala penjamin korporat 5.32 peratus.

Abdul Karim berkata, isu penjamin diisytiharkan bankrap menimbulkan pelbagai reaksi dan kekecohan kerana menyifatkan tindakan itu tidak adil. Bagaimanapun katanya, kedudukan penjamin dipinda menerusi Akta Kebankrapan 1967 pada tahun 2003 telah mewujudkan perbezaan antara peminjam utama dan penjamin.“Pindaan telah menjelaskan bahawa pemiutang tidak boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjamin secara terus kecuali boleh dibuktikan di mahkamah membabitkan hutang peminjam utama,” ujarnya.

Menurut beliau, Jabatan Insolvensi Malaysia turut mempunyai budi bicara bagi membantu penjamin keluar daripada status kebankrapan dengan persetujuan pemiutang.Tambahnya lagi, rundingan bukan saja membabitkan permohonan pelepasan kebankrapan malah jumlah bayaran hutang yang perlu dijelaskan atau dividen.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah menjadi penjamin dan mengambil langkah berhati-hati.“Paling penting, kita perlu tahu kemampuan untuk menjadi penjamin, mengenali siapa yang mahu berhutang dan keupayaannya untuk membuat bayaran.

“Jangan menjamin seseorang itu atas dasar kasihan kerana kesannya kelak tidak akan mengasihani kita. Buat keputusan dengan bijak,” kata Abdul Karim.