Isnin, Ogos 09, 2010

ASW 2020: PNB umum agihan pendapatan 6.35 seunit

09/08/2010 2:34pm

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.35 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2010 berbanding 6.30 sen seunit tahun sebelumnya.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM777.53 juta, yang meningkat 32.30 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya, yang berjumlah RM587.70 juta.

"Pengagihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh 892,825 pemegang unit yang telah melanggan 13.1 bilion unit ASW 2020” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASW 2020 di sini hari ini.

"Dalam tempoh 11 bulan sehingga 6 Ogos, 2010, dana ASW 2020 telah berjaya menarik 20,226 pemegang akaun baru, sementara jumlah unit pelaburan baru bersih telah meningkat sebanyak 2.09 bilion unit atau 18.98 peratus,” katanya.

Sehingga 6 Ogos, 2010, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM887.05 juta. - Bernama

2bz4money: Saya ada menyimpan sikit ASW via buku dan sijil (secara OD). Nampaknya PNB menggunakan kadar sama seperti ASD. Yang boleh saya simpulkan sebagai memuaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan