Rabu, Ogos 25, 2010

Perbelanjaan kurang berhemah

Oleh Ruhaiza Rusmin, ruhaizarusmin@hmetro.com.my,2010/08/23

MESKIPUN menerima pinjaman atau biasiswa pendidikan, masih ada mahasiswa mengeluh tidak cukup duit menampung perbelanjaan sewaktu pengajian.
SENTIASA INGAT...bantuan kewangan yang diberikan bertujuan meringankan bebanan sepanjang pengajian, jangan gunakan bagi melunaskan kehendak diri.
SENTIASA INGAT...bantuan kewangan yang diberikan bertujuan meringankan bebanan sepanjang pengajian, jangan gunakan bagi melunaskan kehendak diri.
  BIARLAH SEDERHANA...sebagai mahasiswa yang tidak ada pendapatan tetap, bersederhanalah dalam semua aspek. TIMBA ILMU...ambil peluang menghadiri pelbagai bengkel pengurusan kewangan supaya dapat membantu dalam urusan perbelanjaan. CEKAP...pengurusan kewangan yang cekap dapat mengelak berlaku pembaziran. BOLEH BELI...manfaatkan duit pinjaman bagi tujuan pembelajaran. BANTU...berikan nasihat kepada rakan supaya tidak terjebak dengan pembaziran.


Buku mahal, tinggal menyewa dan kos sara hidup meningkat adalah antara faktor menyumbang, sekali gus menyulitkan proses pembelajaran. Lebih menyedihkan apabila terpaksa berhenti belajar kerana tidak mampu bertahan. Bagaimanapun ada pihak melihat senario itu disebabkan sikap mahasiswa sendiri yang mudah terikut budaya berbelanja tanpa sempadan.Pinjaman bukan untuk tujuan menampung perbelanjaan di menara gading namun melunaskan kehendak diri. Bila sudah tersepit, baru menyesal hingga sanggup mengorbankan pelajaran dan masa depan.
Persoalannya, benarkah duit pinjaman itu memang tidak mencukupi atau mahasiswa terlalu boros berbelanja? Pensyarah Ekonomi Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Ghafarullahhuddin Din, berkata isu tidak cukup pinjaman adalah antara rungutan paling popular di kalangan mahasiswa.Menurutnya, meskipun jumlah pinjaman terbabit sudah diselaraskan dengan keperluan sepanjang tempoh pengajian, perbelanjaan kurang berhemah boleh mencetuskan masalah. “Isu ini paling popular di kalangan mahasiswa, rungutan terhadapnya tidak pernah surut meskipun ada menerima jumlah agak besar.

“Menyedihkan ketidakcukupan itu bukan disebabkan perbelanjaan pengajian, tapi tujuan tidak penting hingga menimbulkan pelbagai konflik kemudian hari.“Malah, ada sanggup menderita mengikat perut selepas kehabisan duit gara-gara sikap tidak beringat sedangkan tempoh pengajian masih panjang,” katanya.
Biarpun begitu, kekurangan itu perlu dinilai pelbagai sudut kerana bukan semua mempu­nyai sumber kewangan cukup bagi tujuan pengajian.Malah, ada kalanya pinjaman diterima hanya cukup makan terutama jika membabitkan program pengajian mahal seperti sains kesihatan dan kejuruteraan menyebabkan terpaksa mengikat perut bagi meneruskan kehidupan di kampus.

“Ada mahasiswa peroleh pinjaman atau biasiswa lumayan hingga boleh berbelanja mewah. Bagaimanapun, kebanyakannya pinjaman cukup makan.“Mereka sering terhimpit antara tuntutan perbelanjaan umum dan pengajian. Jika tidak dibantu, bagaimanakah mahu meneruskan pengajian dengan selesa,” katanya.
Beliau mengakui masyarakat sering memandang serong mahasiswa bebas berbelanja dan mengaitkannya dengan penyalahgunaan duit pinjaman.Bagaimanapun masyarakat perlu sedar mahasiswa turut mempunyai kehendak seperti orang lain.

“Mereka masih muda dan belum matang dalam menguruskan perbelanjaan hidup. Masyarakat perlu beri panduan dan jangan sentiasa menghentam.“Selain itu tiada pendapatan tetap namun berbelanja umpama golongan bekerjaya. Masalahnya kehendak individu berbeza.

“Semua pihak ada panda­ngan, tidak boleh dipersalahkan sebab penilaian itu berdasarkan apa dilihat depan mata meskipun belum tentu benar,” katanya yang menyifatkan siswa mudah terpengaruh pujukan rakan faktor utama.“Rakan pengaruh terkuat mahasiswa lupa diri dan tujuan asal pinjaman itu diberikan. Fenomena ini nampak remeh namun perlu dipantau.“Bukan saja mengganggu tumpuan, terpaksa pula me­nanggung beban lain seperti hutang, konflik diri, keluarga, dan sebagainya, sekali gus menambah beban psikologi,” katanya.

Hanya segelintir mahasiswa menyalahgunakan pinjaman itu, kebanyakannya tahu menghargai, malah sanggup berkorban menggunakannya menampung keperluan keluarga.Ada juga sanggup berhenti belajar kerana tidak mampu selain memastikan keluarga tidak terus menanggung beban.“Keadaan membuatkan mereka tiada pilihan, pinjaman tidak cukup, tidak mahu susahkan keluarga hingga ambil keputusan berhenti. Ia tidak harus berlaku kerana banyak saluran boleh membantu,” katanya. Di UiTM, kewujudan Pusat Zakat adalah antara alternatif boleh dimanfaatkan mahasiswa menghadapi masalah kewangan.Berteraskan matlamat membantu dan memastikan tiada lagi mahasiswa tercicir gara-gara kemiskinan, pusat berkenaan menjadi nadi harapan sesiapa berkelayakan.

Ditanya cara menangani masalah itu, beliau berkata mahasiswa perlu meletakkan kepentingan pengajian di peringkat tertinggi selain mencari pelbagai maklumat mengenai pengurusan kewangan.“Ada pelbagai bengkel percuma di universiti bagi membantu mereka mempelajari pengurusan kewangan, ambil inisiatif menghadirinya.
“Ingatkan diri, duit itu hanya pinjaman dan perlu dibayar semula, justeru, jangan gunakan­nya bagi tujuan pembaziran, kelak bakal menanggung akibatnya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan