Isnin, Mac 14, 2011

RM81.6b insurans mangsa gempa

2011/03/14

GEMPA bumi melanda Jepun minggu lalu berserta kemusnahan akibat tsunami dan kebakaran, menjadikan anggaran kerugian diinsuranskan ekoran bencana itu sangat sukar dihitung, kata pegawai kanan di dua firma permodelan risiko bencana.

Kira-kira AS$24 bilion (RM81.6 bilion) harta diinsuranskan terletak di sepanjang tiga kilometer pantai yang paling teruk terjejas oleh gempa itu, kata Jayanta Guin dari firma permodelan bencana, Air Worldwide kepada Reuters.
Ia berkemungkinan bakal muncul sebagai bencana alam paling mahal dalam sejarah industri insurans.
Kira-kira AS$300 bilion harta diinsuranskan di empat kawasan paling teruk terjejas gegaran gempa itu.

Ia sama sekali tidak bersamaan dengan nilai kerugian serupa, kata Guin, sambil menambah ia akan mengambil masa berhari-hari malah berminggu-minggu, sebelum anggaran dibuat.

Satu masalah yang timbul adalah kerosakan itu sukar digambarkan kerana keadaan dan lokasi gempa tidak dijangka, kata Guin.

Eqecat, sebuah lagi firma permodelan risiko berkata, gempa itu sekurang-kurangnya lapan kali lebih kuat daripada yang pernah digambarkannya untuk kawasan itu untuk 30 tahun akan datang.
Firma itu berkata kerugian ekonomi daripada gempa itu dijangka melebihi AS$100 bilion (RM3.04 bilion). Ia tidak mengeluarkan anggaran bagi kerugian diinsuranskan.

Air Worldwide, Eqecat dan RMS adalah tiga firma permodelan risiko utama yang membantu syarikat insurans meramalkan di mana dan berapa yang kerugian yang ditanggung dan berapa banyak kerugian itu.

“Kami tidak pernah berdepan situasi ini, untuk memahami anggaran gempa bumi seperti ini,” kata Guin yang juga Naib Presiden Kanan Bahagian Penyelidikan dan Pemodelan di Air Worldwide.

“Malah, penemuan saintifik termasuk saintis dari Jepun tidak menimbang senario besar seperti itu di kawasan berkenaan,” katanya. – Reuters

2bz4money: Mampukah sykt insuran membuat bayaran penyelesaian utk keseluruhan mangsa? Penyertaan ramai secara Tabarru' dalam skim Takaful membantu setakat kemampuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan