Kenapa pulak perlu bayar cukai? Untuk bersama-sama membantu membangunkan negara.
Siapa yg kena bayar cukai? Individu bujang berpendapatan melebihi RM26,500 setahun atau individu berkahwin bersama pasangan yg tak bekerja dgn pendapatan melebihi RM36,643 setahun.
Apakah pelepasan istimewa utk tahun 2010? Bayaran broadband terhad kepada RM500 dan pelepasan individu dinaikkan kepada RM9,000.
Apakah cara yg berkesan utk mengurangkan bayaran cukai? Membuat perancangan awal mengenai pelepasan2 yg diberikan oleh LHDN. Antaranya, pembelian buku terhad RM1,000; Takaful pendidikan/kesihatan terhad RM3,000, zakat dan fitrah, dan lain-lain lagi. Pastikan semua angka2 yang diistiharkan dalam form cukai mempunyai dokumen sokongan seperti payslip, penyata takaful, bil2. Amaun seperti potongan cukai bulanan dan kwsp (terhad RM6,000) banyak membantu mengurangkan cukai anda. Pastikan anda membuat housekeeping dan filing yg teratur bagi mengesan bil dan penyata tersebut.
Macamana nak hantar borang cukai? Mudah secara online via https://e.hasil.gov.my/ (e-filing 2011). Atau hubungi 1-300-88-3010 (Hotline LHDN)
2bz4money: baru je selesai e-filing pasal buat housekeeping sambil2 mencari2 bil2 buku yg terlepas pandang.

hang mesti dapat banyak cukai terlebih bayar
BalasPadamkena gunakan kelebihan potongan yg diberi. dan tambah satu strategi lagi iaitu hantar e-filing sebelum/pada 31 Mac utk dpt refund lebih awal :)
BalasPadam