Jumaat, April 01, 2011

Penentu inflasi terus berubah

PENGURUSAN inflasi akan menjadi lebih mencabar disebabkan kejutan dalam negeri dan faktor luaran yang serupa hari ini akan memberi implikasi berbeza terhadap inflasi pada masa depan.
Ini disandarkan kepada beberapa faktor, termasuk penentu inflasi yang akan terus berubah seiring dengan perubahan struktur dalam ekonomi Malaysia yang melalui peralihan kepada ekonomi nilai ditambah dan berpendapatan tinggi.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Laporan Tahunan 2010 yang dikeluarkan semalam berkata, proses inflasi juga boleh berubah kesan hasil daripada dasar Kerajaan seperti pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan, upah minimum dan pengurangan subsidi.
“Inflasi dalam negeri mungkin lebih dipengaruhi faktor luaran terutama harga komoditi global, apabila mekanisme harga secara beransur-ansur lebih berasaskan pasaran.

Kejutan penawaran akan berterusan dan mungkin tidak lagi bersifat sementara apabila permintaan global bagi sumber dan makanan terus meningkat,” menurut laporan itu.

Berdasarkan sejarah, purata inflasi jangka panjang di Malaysia sebanyak 2.9 peratus, adalah antara kadar inflasi yang terendah di rantau ini, namun sejak 50 tahun lalu ia diiringi empat episod inflasi yang tinggi, iaitu pada pertengahan 1970-an, awal 1980-an, 1990-an dan lewat 2000.

Sementara itu, kadar inflasi dijangka pada paras purata antara 2.5 hingga 3.5 peratus pada 2011 dan akan terus didorong oleh faktor penawaran, terutama harga komoditi global yang lebih tinggi. - Bernama

1 ulasan:

  1. BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
    Feyilfatma Nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat saya mahu menggunakan
    Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan lalu, saya adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
    Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com

    BalasPadam