Sabtu, April 09, 2011

Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB)

RSIB cari pelabur buka restoran


Selain mencari pelabur, restoran Sekinchan turut menggalakkan petani membekalkan hasil tani untuk restoran itu.


KUALA LUMPUR 4 April - Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) yang mencetus fenomena baharu di sekitar Lembah Klang, kini mencari rakan kongsi strategik untuk mengembangkan lagi rangkaian restorannya kepada 100 buah cawangan pada masa depan.
Pemiliknya, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, prosesnya sangat mudah, sesiapa yang berminat hanya perlu melabur RM500,000 dan segala urusan perniagaan akan dikendalikan oleh pengurusan RSIB.
Jamal berkata: ''Pembahagian untung perniagaan akan dibuat secara sama rata antara pelabur dengan pihak pengurusan restoran dan kami berani memberi jaminan bahawa pelabur akan memperoleh semula pulangan pelaburan (ROI) mereka dalam tempoh setahun.
"Jika lokasi perniagaan yang dipilih kurang mendapat sambutan, kami akan menempatkan semula restoran berkenaan ke lokasi baharu yang lebih baik. Segala kos ditanggung oleh pihak pengurusan. Ini adalah janji kami kepada pelabur,'' kata beliau.
Jamal menambah, pihaknya telah membuka lapan cawangan setakat ini, purata jualan bagi setiap cawangan adalah RM3.6 juta setahun. Ini menunjukkan perniagaan RSIB mempunyai peluang yang cerah untuk dikembangkan dan merupakan tempat yang sesuai untuk membuat pelaburan," katanya majlis pelancaran restoran kelapan di Balakong, Selangor.
Jamal berkata, beliau menawarkan peluang pelaburan ini bertujuan membantu usahawan baharu khususnya golongan Bumiputera agar mereka mampu menjana pendapatan bersama-sama dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar.
"Saya bukan mengejar keuntungan semata-mata, tetapi untuk membantu mereka. Sebab itulah saya memberi banyak jaminan yang tidak mungkin ditawarkan oleh mana-mana pihak dalam perniagaan seumpama ini.
"RSIB sudah mencipta fenomena baharu ketika ini, oleh itu saya menjangkakan untuk mempunyai 30 cawangan sebelum akhir tahun ini. Perancangan saya adalah sebuah restoran dalam tempoh dua minggu," katanya.
Jamal berkata, beliau juga menggalakkan para petani tempatan bekerjasama dengannya untuk membekalkan hasil tani untuk kegunaan restoran, contohnya serai dan sebagainya.
RSIB ketika ini menggunakan lebih dua tan serai sehari dan akan bertambah seiring dengan pembukaan cawangan baharu, tambah beliau.
Sumber:UtusanOnline

2bz4money: fahamilah biz ini terlebih dahulu; jgn mudah mencampak 500k begitu shj.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan