Selasa, April 05, 2011

Syer Baru Bank Rakyat Untuk Siapa?

Bank Rakyat Dapat Kelulusan Tambah Modal Syer Kepada 3 Bilion
 
 KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) telah diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia pada bulan lepas untuk menambahkan modal syernya sebanyak satu bilion lagi kepada tiga bilion.

Keutamaan untuk melanggan syer-syer baru adalah kepada koperasi-koperasi dan juga ahli-ahli Bank Rakyat
, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bank Rakyat.
Beliau menjangkakan perkara seperti pengagihan kepada yang berminat melanggan syer tersebut akan dapat diputuskan oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada Mei.

Beliau berkata
senarai menunggu untuk melanggan syer tersebut, adalah panjang dan nilai permintaan melebihi RM1 bilion, sambil menjelaskan bukan ahli mewakili 40 peratus dari yang berada dalam senarai menunggu itu.

Apa yang jelas, menurut beliau, ialah
tidak semestinya semua yang memohon akan mendapat syer dan tidak semestinya yang dapat syer akan mendapat dalam jumlah yang mereka pohon.

Beliau berkata permintaan untuk syer Bank Rakyat adalah kerana prestasinya yang memberansangkan, di mana ia telah berjaya mengekalkan pembayaran dividen tahunan sebanyak 15 peratus sejak 1999.
-- BERNAMA

2bz4money: Bagi yg baru nak memohon tu, bolehlah menunggu utk tambahan modal yg akan datang utk bbrapa tahun lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan