Isnin, Jun 27, 2011

Membiayai Kos Pendidikan

Bukan mudah untuk mendapat tempat pengajian di IPTA kerana persaingan terlalu sengit berdasarkan pencapaian cemerlang SPM saban tahun. Sekiranya tiada mendapat jawapan IPTA, maka pilihan adalah IPTS yang  memungkinkan kos pengajian yang agak tinggi dan membebankan kebanyakkan pihak. Justeru itu kita mencari alternatif untuk membiayai kos dan yuran pendidikan. Terdapat beberapa sumber pembiayaan pendidikan seperti berikut:

1) Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN) - ini merupakan pilihan pertama memandangkan kadar keuntungan yang begitu rendah 1-2%.
2) Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan - Bagi yang sudah memiliki rumah untuk jangkamasa melebihi tempoh 'lock-in', mereka boleh menggunakan lebihan amaun pinjaman semula bagi tujuan pendidikan.
3) Nilai tunai bagi caruman polisi takaful pendidikan - Kebanyakan Takaful pendidikan membenarkan pengeluaran tunai apabila nak meningkat umur melebihi 18 tahun.
4) Simpanan dana amanah seperti Amanah Saham Didik (ASD) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) - pelaburan dalam ASD sejak umur bayi lagi dapat memberi keperluan dana pendidikan yang memuaskan kerana dividen tahunan pelaburan akan meningkat amaun pelaburan setiap tahun. Namun demikian dana ASD ini telah mencapai had maksima dan tidak lagi dibuka untuk pelaburan. Namun demikian sekiranya anak-anak telah mencecah umur 12 tahun, kita boleh meletakkan amaun maksima RM10,000 sebagai dana untuk pendidikan masa depan.



Walaupun kita tahu bahawa akses untuk pinjaman PTPTN adalah mudah namun kita tak dapat menjangkakan polisinya pada masa hadapan. Justeru itu, disarankan kita membuat tabungan pendidikan anak bagi menjamin masa hadapan yang lebih cerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan