Selasa, Julai 12, 2011

Rakyat Malaysia rajin cari harga murah

KUALA LUMPUR: Pembeli Malaysia adalah pembeli kedua paling gemar mencari harga paling murah di Asia Pasifik, selepas pembeli Vietnam, menurut Kaji Selidik Trend Pembeli terbaharu oleh Nielsen.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat maklumat dan pengukur global itu berkata, 86 peratus daripada pembeli itu membeli kerana kempen promosi, dua daripada 10 gemar berpindah dari kedai ke kedai berasaskan tawaran promosi terbaik dan 65 peratus akan mencari barang-barang yang dijual mengikut promosi.

Katanya, rakyat Malaysia juga merupakan pembeli paling sensitif di segi harga di Asia Tenggara.
"Sebanyak 13 peratus dari pembeli di pasaraya besar dan pasar raya di Malaysia menyatakan mereka tahu kesemua harga barang yang mereka beli secara tetap.

Sebanyak 55 peratus mengetahui harga kebanyakan barang-barang berkenaan dan mereka akan perasan sebarang perubahan harga," katanya.

Daripada 12 negara yang dilakukan kaji selidik di Asia Pasifik, India mencatatkan jumlah pembeli paling sensitif pada perubahan harga. - Bernama

2bz4money: Melakukan sebutharga sebegini dapat memberi pilihan yg lebih jimat dan kualiti bersesuaian. Cuma jangan dan elakkan membeli barangan/perkhidmatan/kerja yang tidak perlu yg menjurus semula kepada pembaziran dan kerugian pada nilai setara pelaburan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan