Sabtu, Disember 10, 2011

Menabung Dahulu, Barulah Berbelanja & Impak SBPA..

Petikan artikel Bernama bertarikh 18/11/2011
Dengan pencennya sebanyak RM800, pesara Polis, Sidek Salleh, 57, terpaksa berhemah dalam perbelanjaan bagi memastikan wang itu cukup untuk menampung kehidupan keluarganya setiap bulan.
Mempunyai empat orang anak yang perlu ditanggung, beliau memperuntukkan RM200 untuk barangan keperluan, RM400 untuk sewa rumah, RM100 untuk pembayaran bil air dan elektrik dan baki RM100 sebagai simpanan kecemasan.
Tuntutan hidup memaksa beliau melakukan kerja sampingan seperti memotong rumput untuk mendapatkan duit tambahan bagi menampung kehidupan.
“Pencen dah banyak membantu tetapi masih banyak perbelanjaan yang perlu ditampung. Yang kena bayar macam-macam.
 Walaupun beliau sudah bersara, namun masih lagi dapat memperuntukkan 12.5%  daripada pencen bulanannya bagi tujuan tabung kecemasan. En Sidek jelas merancang/menguruskan kewangannya supaya dapat menghadapi komitmen yang telah dijangkakan seperti barangan keperluan seharian, bil utiliti, sewa rumah; dan perbelanjaan luar jangka atau kecemasan seperti ubatan dan keperluan anak.

Berdasarkan kemampuan kesihatan beliau, dia juga melakukan pekerjaan samping untuk menambahkan lagi pendapatan. Di sini, En Sidek boleh berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan elektrik dan air, keperluan harian dengan penggunaan secara berhemat dan berjimat. Jika anak beliau masih bersekolah, tentu RM100 sudah diperolehinya dan Skim BR1M sebanyak RM500 dipohon; juga Bonus RM500 bakal diterima pada 16 Disember nanti.

Sebagai penjawat awam (PA), realiti kehidupan seorang pesara ini menunjukkan impak bagaimana kita boleh merancang untuk menghadapi hari persaraan akan datang. Contohnya, sekiranya pengiraan tuan/puan mendapati anak-anak masih bersekolah pada umur pencen 56 tahun, mungkin terpaksalah membuat opsyen 60 tahun. Peluang ini tidak diperolehi oleh En Sidek sewaktu tempoh perkhidmatan beliau.

Dengan adanya Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kita perlu mengambil ruang untuk membuat transformasi diri dengan menjadi PA yang komited, berpengetahuan dan cemerlang. Bagi PA yang di peringkat Pelaksana, mereka boleh berusaha menambah pengetahuan dengan mengambil kursus Diploma/Ijazah secara CBGP/sandaran. Apabila berjaya memperolehi Ijazah, PA ini boleh memohon jawatan di peringkat P&P yang mempunyai gaji asas dan insentif yang lebih tinggi.

Bagi PA golongan P&P pula haruslah berusaha untuk mencapai gred 48. Gred ini  membuka dua peluang kenaikan pangkat yang lebih tinggi hingga ke tahap JUSA/Premier iaitu Fast Track (berkebolehan amat tinggi ) dan sebagai Subject Matter Expert (SME). Bagi mencapai taraf SME, P&P Gred 48 perlu memiliki kepakaran yang tinggi dengan memiliki kelayakan PostGrad iaitu Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD); melalui CBGP/Sandaran/Brain15.

Melalui SBPA ini, pekerja di sektor swasta  juga berpeluang  untuk menyertai perkhidmatan awam terus ke gred kenaikan pangkat 44  hingga ke tahap Premier dengan mempunyai syarat kemasukan tertentu yang ditetapkan oleh panel SPA.

Saya melihat inisiatif SBPA ini merupakan sebahagian agenda GTP dalam melakukan transformasi perkhidmatan yang lebih kompetitif berbudayakan inovasi dan kreativiti daalam usaha menjana pendapatan perkapita yang lebih tinggi seiiring sebagai  Negara Membangun menjelang 2020. Sama-samalah kita merealisasikannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan