Isnin, Januari 30, 2012

Kuasa Tindakan..

Duit atau modal wang bukanlah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan; sekiranya anda mempunyai wang tetapi tidak ada kemahiran, duit anda akan habis. Jika anda mempunyai wang tetapi tidak ada cita-cita, ke mana anda nak pergi? Jika anda mempunyai wang, tetapi tidak ada ilmu, wang itu pasti akan lesap. Jika anda ada wang, tetapi tidak ada keberanian, anda akan hanya ada apa yang anda ada.

Sekiranya anda mencari orang yang berpotensi berjaya, selalunya mereka adalah orang tidak ada wang atau hanya ada sedikit wang, tetapi mereka mempunyai kemahuan yang tinggi, keinginan yang luar biasa, sanggup berusaha atau bekerja untuk membina kejayaan dan suka atau ingin mempunyai banyak wang pada masa akan datang. Mereka ini saya suka. Mereka hanya perlukan sedikit wang dan berikan mereka ilmu bagaimana untuk membuat duit dan mereka akan berada di atas landasan yang betul untuk membina kekayaan & kejayaan.

Jangan jadikan masalah kewangan sebagai penyebab atau penghalang untuk kita merubah hidup kerana yang kita perlukan adalah kuasa bertindak, sedikit wang atau pinjam wang serta ilmu.

Saya pernah bergadai untuk mendapatkan ilmu. Saya asalnya tidak ada duit, tetapi ada kuasa tindakan, ada keinginan. Saya jual utk beli. Saya jual brg2 kesayangan saya utk "beli" ilmu, untuk "beli" kejayaan saya. Hidup jangan jadikan masalah duit sebagai alasan atau penutup jalan kejayaan kita kerana ramai orang yang berjaya asalnya tidak ada duit.
- Terjemahan Dr.Azizan Osman daripada tulisan Jim Rohn, lagenda pakar motivasi
antara yang terbaik di dunia.

2bz4money: Dalam kita menyediakan sesuatu projek/kertas kerja maupun dalam perancangan kewangan, mesti ada pelan bertindak, action plan..kalu tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya..

Ahad, Januari 29, 2012

Simpan untuk Kecemasan dan Masa Depan

Al-Quran (surah Yusuf, 43-68) memaparkan kisah mimpi raja Mesir ketika Nabi Yusuf berada di penjara. Mimpi yang dialami oleh Raja Mesir dengan gambaran yang ganjil itu ialah beliau melihat tujuh tangkai gandum yang subur dan penuh isinya. Pada masa yang sama Raja Mesir juga melihat tujuh tangkai gandum yang kering dan langsung tidak berisi. Raja Mesir juga melihat melalui mimpinya muncul tujuh ekor sapi yang gemuk dimakan tujuh ekor sapi yang kurus.

Setelah semua penasihat dan pakar-pakar takbir mimpi istana gagal untuk menemukan erti mimpi itu, akhirnya mereka merujuk masalah itu kepada Nabi Yusuf. Kata Nabi Yusuf, tujuh tangkai gandum yang berisi dalam mimpi itu memberi erti tujuh tahun yang penuh dengan kesuburan di Mesir. Tujuh tangkai gandum yang kering pula memberi petanda tujuh tahun berikutnya akan melanda zaman kegersangan. Tujuh tahun kegersangan itu menunjukkan tanaman tidak akan menjadi di bumi Mesir. Tujuh ekor sapi gemuk melambangkan penghasilan hasil negara yang banyak selama tujuh tahun itu dan amat perlu disimpan bagi menampung keperluan rakyat. Simbol rakyat dilambangkan oleh tujuh ekor sapi kurus yang terus hidup dengan memakan hasil tujuh tahun kemakmuran yang dilambangkan oleh tujuh ekor sapi gemuk.

Tafsiran Nabi Yusuf amat meyakinkan Raja Mesir lalu diperintahkan rakyatnya untuk bercucuk tanam sebanyak yang mungkin dan menyimpan hasil tersebut untuk menghadapi cabaran zaman kegersangan yang bakal mereka hadapi pada tujuh tahun berikutnya. Langkah bekerja keras menghasilkan tanaman serta tindakan berjimat cermat untuk menghadapi kegersangan ternyata menjadi realiti di mana kemarau melanda Mesir selama tujuh tahun dan makanan rakyat mencukupi kerana mereka menyimpan bekalan yang secukupnya.

p/s: sasarkan simpanan kecemasan bukan hanya 6 bulan atau setahun, kita usahakan 7 tahun rezab.

Jumaat, Januari 27, 2012

Wang bukan segala-galanya Tapi..

Money is Not Everything but..Almost Everything Needs Money

Org kata money is not everything atau wang bukanlah segala-galanya. Betulkah? Memang mudah utk melafazkan ungkapan tersebut. Mungkin ada kebenaran tetapi pada masa yg sama, almost everything needs money atau hampir segala-galanya dalam kehidupan ini memerlukan duit! Pada zaman ini mengaji Quran, Tadika, belajar KAFA , sekolah rendah/menengah memerlukan duit.Utk beribadat, tubuh memerlukan makanan yg sihat, lantas utk makan kita perlukan duit. Bagi pasangan bercinta, tentu mudah melafazkan, "wang tidak boleh membeli cinta kita" tetapi pada hakikatnya utk bertunang dan bernikah, wang ringgit yg banyak diperlukan!

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
"Hampir2 kefakiran itu membawa kekufuran"

Sekiranya "suara perut" melebihi "suara hati" di mana seseorg itu tidak mampu membeli makanan maka kemiskinanya itu boleh mendorongnya melupakan Tuhan, iaitu berasa marah kpd Tuhan dgn nasib yg menimpa dirinya.

Prof.Dr.Hamka menyatakan:
"Umat Islam kalau miskin hanya mampu melaksanakan Rukun Islam yg tiga shj, lagi dua mereka tidak mampu: zakat dan mengerjakan haji."
(Buku: Tasauf Moderen)

Petikan dari buku "Ringgit & Poket" oleh Noor 'Alim Mohd Yunus.

Khamis, Januari 19, 2012

NikmatNya..

Bagaimana Menambah Nikmat Allah?

Nikmat itu terbahagi tiga: 
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba. 
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba. 
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya. 

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.  Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.  Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.  Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.  Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya. 

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata: "Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya." -Ibnul Qayyim al-Jauzi 

Sumber: I Luv Islam.Com