Jumaat, Disember 20, 2013

Peluang Menjadi Jutawan Segera!

Mungkin ramai menjangkakan post ini sekadar gimik Skim Cepat Kaya (SCK).
Tidak..bukan SCK, malah ianya patuh syariah.
Kalau ada yang dah tahu tu, tak mengapa..saya cuma berkongsi cara yang halal dengan bermodalkan tunai RM4,020 untuk mencapai hasrat dan matlamat kewangan berjumlah RM2 juta..
Masih tak percaya..ianya ada dua cara iaitu

 
  •  Peluang memenangi RM1 juta dalam bentuk sijil SSP. Anda perlu melanggan Sijil Simpanan Premium, Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan amaun berjumlah RM3,000 di cawangan BSN yang terdekat, tapi seelok-eloknya di Kuala Lumpur bagi membuka peluang cabutan edisi tempatan. Bertindaklah sebelum atau pada 27 Disember 2013 (Jumaat). Pengumuman keputusan dibuat pada 28 Dis 2013 jam 1.30 tengahari menerusi Buletin Tengahari TV3.  Detail, Klik Pautan
  • Peluang menang RM1juta tunai. Caranya dengan membuka akaun al Awfar, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kos proses RM20 dan perlu deposit RM1,000 untuk peluang memenangi RM1juta. Tindakan perlu dilakukan sebelum atau pada 31 Disember 2013 (Selasa).Manakala pengumuman keputusan akan dibuat dalam bulan Mei 2014. Detail, Klik Pautan.

 
 
So, sekiranya anda dah buat, tawakkal jer lah dan rajin-rajinlah bersedekah, amal jariah dan perbanyakkan solat sunat dhuha dan solat sunat subuh.
Didoakan semoga ada di antara kita dijemput rezekinya melalui kaedah ini.
Anda buat, Insya Allah dapat :) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, Oktober 03, 2013

Testimoni Pelaburan Dana Syariah FundSuperMart

Agak lama juga saya menyepikan diri kerana lebih tertumpu kepada pengajian saya dalam perancangan kewangan serta lebih aktif di FB, Rosdi Abu. Saya merujuk kembali post terdahulu mengenai FundSuperMart (FSM), portal online pelaburan saham amanah. Seminar FSM membuka mata saya bagaimana mudahnya melabur saham amanah Patuh Syariah dengan kos jualan serendah 2% atau 0%. Semuanya di hujung jari anda.

Saya telah mendepositkan dana pada 30 Januari 2013 dan membuat tambahan dana pada 8 Mar 2013.  Pilihan saya semestinya Patuh Syariah dan penandaaras adalah pulangan ASB iaitu 8.90%. Setelah lapan bulan berlalu, inilah hasilnya tanpa menunggu setahun dividen seperti ASB. Semua dana terpilih ini melepasi benchmark kecuali Eastspring sekadar 3.85%; Hwang Aiiman adalah tertinggi 17.23%, diikuti oleh Aberdeen Islamic Malaysia 14.91% dan Kenangan Syariah. Secara puratanya, ROI adalah 12.64% melepasi benchmark.

Bagi yang berminat untuk mencuba, pastikan anda tidak menggunakan wang pinjaman untuk melabur
kerana saham amanahpun tertakluk juga kepada pergerakan Bursa dan  pasaran ekonomi dunia. Rajin-rajinlah membaca untuk mantapkan pelaburan. Sila nyatakan nama penuh, no hp dan emel; hantar kepada rosdiabu@gmail.com.



Sabtu, Januari 26, 2013

Cara Lebih Jimat sebagai Pelabur Unit Amanah

Fundsupermart atau FSM adalah satu platform online bagi beli jual unit saham amanah. Kos jualan yang ditawarkan adalah sangat berpatutan pada kadar 2%. Saya hadir ke Unit Trust Investment Fair anjuran FSM di KLCC hari ini sambil relax mendengar taklimat dari pengurus-pengurus unit amanah profesional. Kita dedahkan tentang asset allocation strategy, asset pick techniques dan absolute concepts amalan pengurus dana ini.

Yang menariknya tips-tips diberikan mengenai dana yang berpotensi dan persekitaran pelaburan tempat dan dunia pada masa kini  dan jangkaan masa hadapan. Untuk hari ini sahaja promosi kos jualan untuk semua unit saham amanah ditetapkan pada 0.5%.

Tepu juga maklumat yang diterima hari ini terutamanya pasal Private Retirement Scheme (PRS) di mana operasi skim ini agak sama macam KWSP dan kerajaan memberi pelepasan cukai selama 10 tahun bagi pembelian unit saham amanah PRS sehingga RM3,000 setahun bermula Tahun Taksiran 2012.

Terkilan juga kerana tak banyak pilihan yang ada untuk dana shariah, tapi puashati dengan perkembangan hwang aiiman growth fund, satu dana shariah yang berjaya mengatasi dana konvensional dengan mencapai pulangan  16.6% tahun lepas.

Lewat petangnya telah diadakan cabutan bertuah berupa hadiah unit saham amanah yang bernilai RM10,000. Saya hanya bertuah memenangi beberapa hadiah kuiz, games dan goodies untuk dibawa pulang..

Sekiranya berminat nak tahu pelbagai faedah keahlian Fundsupermart ni, sila isi info di bawah.

Full Name:
Contact Number:
Email Address:

  emelkan kepada rosdiabu@gmail.com dengan tajuk Faedah FSM. atau sms ke 019 220 3930.

 

Jumaat, Januari 18, 2013

FREE..Seminar SEHARI Perancangan Kewangan

PERCUMA. Seminar SEHARI Perancangan Kewangan. NOTA KURSUS & MAKAN/MINUM disediakan. Sila rujuk brosur. Umur >40 tahun boleh mohon juga.

Seminar berlangsung pada hari bekerja. Mengikut DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM di bawah PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005, Para 7.(ii)..
"Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun;"

So, gunakan hak anda itu dgn sewajarnya..

Rabu, Januari 02, 2013

Kenapa Saya Perlu Dapat Tiket Percuma Seminar Hartanah Pie 2020

Kalau nak berjaya, belajarlah dari mereka yang dah berjaya. Entri sulung 2bz4money tahun 2013 ini mengketengahkan sifu dan jutawan hartanah yang semakin tersohor dan dikenali sebagai Pie2020. Pelbagai teknik yang praktikal bersandarkan hasil pengalaman bertahun beliau sendiri dalam industri hartanah dikongsikan bersama seperti Rumah Lelong, SubSale, Flip In dan HomeStay. Sekiranya anda berminat mengetahui lebih lanjut, bolehlah lawati http://www.seminarjutawanhartanah.com/.
Sharing is caring..sikap easy going dan down to earth person yg dimiliki Pie2020 memudahkan kita berbicara dengan beliau di kedai kopi je. Isu-isu semasa hartanah dan lain-lain perkara yang berbangkit dibincangkan secara santai. Namun sekiranya anda memerlukan perhatian khas beliau, ada program Mentor yang ditawarkan. Banyak perkara'opportunity' dan kejayaan beliau yang dikongsi bersama secara percuma jer kita dapati dari blog beliau http://www2.pie2020.com/blog
Selain mempunyai pengalaman bertahun dalam industri hartanah, graduan perakaunan dari MMU ini, Pie2020 mempunyai kisah dan pengalaman unik tersendiri bagaimana beliau terjebak dalam industri hartanah dan dari makan gaji hingga membina perniagaan berasaskan hartanah. Sebagai usahawan yg quite simple, dia menonjolkan kehidupan ke arah 'Bebas Hutang' dan tidak terikat dgn suasana regim di pejabat. Ke arah insan yang berwawasan lagi pragmatik, Pie2020 kini mengikuti Master in Property Management di UiTM.
Padat dengan pengetahuan 'teori & praktikal' dalam pelbagai aspek hartanah, nilai seminar yang boleh dikatakan priceless ini menarik perhatian saya untuk menjadi peserta pilihan bagi seminar hartanah beliau yang akan datang. Semoga sukses..