Sabtu, Januari 26, 2013

Cara Lebih Jimat sebagai Pelabur Unit Amanah

Fundsupermart atau FSM adalah satu platform online bagi beli jual unit saham amanah. Kos jualan yang ditawarkan adalah sangat berpatutan pada kadar 2%. Saya hadir ke Unit Trust Investment Fair anjuran FSM di KLCC hari ini sambil relax mendengar taklimat dari pengurus-pengurus unit amanah profesional. Kita dedahkan tentang asset allocation strategy, asset pick techniques dan absolute concepts amalan pengurus dana ini.

Yang menariknya tips-tips diberikan mengenai dana yang berpotensi dan persekitaran pelaburan tempat dan dunia pada masa kini  dan jangkaan masa hadapan. Untuk hari ini sahaja promosi kos jualan untuk semua unit saham amanah ditetapkan pada 0.5%.

Tepu juga maklumat yang diterima hari ini terutamanya pasal Private Retirement Scheme (PRS) di mana operasi skim ini agak sama macam KWSP dan kerajaan memberi pelepasan cukai selama 10 tahun bagi pembelian unit saham amanah PRS sehingga RM3,000 setahun bermula Tahun Taksiran 2012.

Terkilan juga kerana tak banyak pilihan yang ada untuk dana shariah, tapi puashati dengan perkembangan hwang aiiman growth fund, satu dana shariah yang berjaya mengatasi dana konvensional dengan mencapai pulangan  16.6% tahun lepas.

Lewat petangnya telah diadakan cabutan bertuah berupa hadiah unit saham amanah yang bernilai RM10,000. Saya hanya bertuah memenangi beberapa hadiah kuiz, games dan goodies untuk dibawa pulang..

Sekiranya berminat nak tahu pelbagai faedah keahlian Fundsupermart ni, sila isi info di bawah.

Full Name:
Contact Number:
Email Address:

  emelkan kepada rosdiabu@gmail.com dengan tajuk Faedah FSM. atau sms ke 019 220 3930.

 

1 ulasan: