Rabu, Januari 02, 2013

Kenapa Saya Perlu Dapat Tiket Percuma Seminar Hartanah Pie 2020

Kalau nak berjaya, belajarlah dari mereka yang dah berjaya. Entri sulung 2bz4money tahun 2013 ini mengketengahkan sifu dan jutawan hartanah yang semakin tersohor dan dikenali sebagai Pie2020. Pelbagai teknik yang praktikal bersandarkan hasil pengalaman bertahun beliau sendiri dalam industri hartanah dikongsikan bersama seperti Rumah Lelong, SubSale, Flip In dan HomeStay. Sekiranya anda berminat mengetahui lebih lanjut, bolehlah lawati http://www.seminarjutawanhartanah.com/.
Sharing is caring..sikap easy going dan down to earth person yg dimiliki Pie2020 memudahkan kita berbicara dengan beliau di kedai kopi je. Isu-isu semasa hartanah dan lain-lain perkara yang berbangkit dibincangkan secara santai. Namun sekiranya anda memerlukan perhatian khas beliau, ada program Mentor yang ditawarkan. Banyak perkara'opportunity' dan kejayaan beliau yang dikongsi bersama secara percuma jer kita dapati dari blog beliau http://www2.pie2020.com/blog
Selain mempunyai pengalaman bertahun dalam industri hartanah, graduan perakaunan dari MMU ini, Pie2020 mempunyai kisah dan pengalaman unik tersendiri bagaimana beliau terjebak dalam industri hartanah dan dari makan gaji hingga membina perniagaan berasaskan hartanah. Sebagai usahawan yg quite simple, dia menonjolkan kehidupan ke arah 'Bebas Hutang' dan tidak terikat dgn suasana regim di pejabat. Ke arah insan yang berwawasan lagi pragmatik, Pie2020 kini mengikuti Master in Property Management di UiTM.
Padat dengan pengetahuan 'teori & praktikal' dalam pelbagai aspek hartanah, nilai seminar yang boleh dikatakan priceless ini menarik perhatian saya untuk menjadi peserta pilihan bagi seminar hartanah beliau yang akan datang. Semoga sukses..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan