Khamis, Oktober 03, 2013

Testimoni Pelaburan Dana Syariah FundSuperMart

Agak lama juga saya menyepikan diri kerana lebih tertumpu kepada pengajian saya dalam perancangan kewangan serta lebih aktif di FB, Rosdi Abu. Saya merujuk kembali post terdahulu mengenai FundSuperMart (FSM), portal online pelaburan saham amanah. Seminar FSM membuka mata saya bagaimana mudahnya melabur saham amanah Patuh Syariah dengan kos jualan serendah 2% atau 0%. Semuanya di hujung jari anda.

Saya telah mendepositkan dana pada 30 Januari 2013 dan membuat tambahan dana pada 8 Mar 2013.  Pilihan saya semestinya Patuh Syariah dan penandaaras adalah pulangan ASB iaitu 8.90%. Setelah lapan bulan berlalu, inilah hasilnya tanpa menunggu setahun dividen seperti ASB. Semua dana terpilih ini melepasi benchmark kecuali Eastspring sekadar 3.85%; Hwang Aiiman adalah tertinggi 17.23%, diikuti oleh Aberdeen Islamic Malaysia 14.91% dan Kenangan Syariah. Secara puratanya, ROI adalah 12.64% melepasi benchmark.

Bagi yang berminat untuk mencuba, pastikan anda tidak menggunakan wang pinjaman untuk melabur
kerana saham amanahpun tertakluk juga kepada pergerakan Bursa dan  pasaran ekonomi dunia. Rajin-rajinlah membaca untuk mantapkan pelaburan. Sila nyatakan nama penuh, no hp dan emel; hantar kepada rosdiabu@gmail.com.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan