Rabu, Ogos 12, 2015

Simpan 10 Bulan Miliki Rumah



Hanya simpan 10 bulan miliki rumah
ADLINAHANI KHALIL  |  07 Ogos 2015 1:01 AM

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Impian golongan muda bagi memiliki rumah pertama dalam tempoh singkat bukan lagi perkara mustahil jika terdapat kepercayaan, matlamat dan strategi untuk melakukannya. Menurut usahawan hartanah, Ahyat Ishak, 36, ketiga-tiga prinsip mudah itu boleh membantu golongan muda di negara ini untuk memiliki rumah pertama sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 bulan menyimpan wang.

“Rasa terkejut dan tidak percaya adalah reaksi yang sering saya terima apabila menyatakan golongan muda boleh beli rumah pertama dalam tempoh 10 bulan jika mereka menanamkan sikap percaya, mempunyai matlamat dan bijak mengatur strategi.

“Percaya merupakan prinsip paling penting iaitu golongan muda perlu mempunyai kepercayaan bahawa mereka mampu untuk membeli rumah pertama jika ada keinginan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahyat berkata, sikap percaya untuk memiliki rumah sendiri secara tidak langsung akan membentuk satu matlamat bagaimana dan apa usaha yang boleh dilakukan untuk membeli kediaman. Jelas beliau, matlamat juga berperanan sebagai garis panduan kepada golongan berkenaan untuk membeli rumah mengikut bajet dan kepentingan mereka.

“Prinsip terakhir iaitu strategi yang akan menentukan sama ada usaha golongan muda untuk membeli rumah pertama itu berjaya atau tidak. “Dalam prinsip strategi, terdapat tiga aspek yang perlu dititik beratkan iaitu selesaikan segala hutang tertunggak bagi menggalakkan penyimpanan duit, hentikan amalan membeli barangan yang tidak penting dan mengatur tindakan mengikut peringkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahyat menasihatkan golongan belia agar memahami konsep rumah pertama dan rumah idaman supaya matlamat dapat dicapai. Katanya, golongan belia hari ini cenderung untuk terus membeli rumah yang besar, selesa dan cantik walaupun hakikatnya mereka tidak mampu. Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya golongan berkenaan memikirkan kepentingan untuk memiliki rumah terlebih dahulu biarpun kediaman jenis kos rendah atau sederhana.

“Tidak mengapa beli rumah flat sekali pun sebagai permulaan dan dari situ, kita boleh terus berusaha untuk beli rumah idaman yang lebih baik,” jelasnya.


#Peluang Untuk Kumpul Deposit Rumah Pertama

Kepada mereka yang ingin memiliki Video Strategi Miliki Hartanah Dalam Tempoh 10 Bulan, sila klik pautan http://bit.ly/rumahpertama dan masukkan PROMO CODE iaitu 2292-1H10B untuk mendapatkan video tersebut dengan harga RM 50 sahaja :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan